Wajah Kembali “Flawless” Dengan 12 Serum Vitamin C Terbaik

Wajah sihat, cantik dan “flawless” dengan senarai 12 serum vitamin C terbaik kami!

Vitamin C mempunyai kebaikan yang tidak terhingga bukan sahaja kepada kulit, malah..sangat diperlukan oleh badan kita juga.

Oleh sebab itulah terhasilnya tablet dan juga serum vitamin C.

Apakah yang terjadi apabila serum vitamin c disapu pada kulit?

  • Disebabkan vitamin c merupakan antioksida yang terbaik, maka ianya akan memperbaiki serta memperbaharui sel kulit kita.
  • Vitamin c yang meresap ke kulit akan merangsang penghasilan kolagen dan menjadikan kulit muka sentiasa tegang dan kelihatan lebih remaja!
  • Vitamin C merupakan peluntur semulajadi, penggunaan serum dapat mengatasi masalah pigmentasi kullit, masalah hitam bawah mata, jeragat dan tona kulit tidak sekata. Hasilnya? kulit anda lebih berseri-seri!

Bagaimana pula jika kita kekurangan vitamin C?

  • Kekurangan Vitamin C dalam badan akan menyebabkan tona kulit menjadi kusam
  • Luka lambat sembuh
  • Kulit semakin sensitif dengan sinar UV K
  • Kulit menjadi kemerahan, kasar dan kering..

Atas sebab-sebab itulah vitamin C merupakan bahan yang sangat penting dalam penjagaan kulit.

Antioksidan dalam serum vitamin c ini mampu melindungi kulit daripada:

  • Sinar UV berbahaya
  • Merangsang penghasilan kolagen
  • Menghilangkan bintik-bintik hitam pada muka untuk menjadikan kulit muka anda kekal cantik dan sempurna.

Cara yang paling mudah untuk mengekalkan kecantikan dan kesempurnaan wajah anda adalah melalui penggunaan serum muka vitamin C dalam penjagaan harian anda.

Jom, lihat senarai serum vitamin c terpilih dan terbaik dari kami!

Serum yang menjadi pilihan dan kegemaran netizen di Malaysia!

1LANBENA

Lanbena adalah antara produk serum yang menjadi pilihan ramai di Malaysia.

Ia bukan sahaja berkesan untuk mencerahkan dan melembapkan kulit malah mampu menghilangkan kotoran dan bintik-bintik hitam pada kulit muka.

Selain itu, juga membantu memulihkan muka daripada kesan sunburn dan kulit menggelupas.

Asid hyaluronik mempunyai kesan pelembab yang baik, berkesan melembapkan kulit, meninggalkan kulit licin, bersih dan lembut.

Lihat pilihan: LANBENA Vitamin C

2TYJR

TYJR merupakan serum yang kaya dengan pati Vitamin C dengan kadar peresapan yang tinggi dan kestabilan antikosidan.

Serum ini boleh kekal di atas kulit selama 6 jam dan meningkatkan kesan pencerahan 6 kali warna kulit.

Ia mampu menggalakkan sintesis kolagen kulit dan mengurangkan pemendapan melanin.

Selain daripada menghalang kulit daripada penuaan, ia juga memutihkan dan menenangkan kulit muka.

Lihat pilihan: TYJR

3The Ordinary

Produk The Ordinary adalah krim serum tanpa air  yang mengandungi 23% Vitamin C dan Asid Hyaluronic.

Formula ini berfungsi untuk melembap dan mencerahkan kulit tanpa menjejaskan keadaan kulit asal.

Ia mampu mengurangkan kedutan dan garis-garis halus serta pigmentasi dan sekaligus mengembalikan kesempurnaan kulit muka anda.

Lihat pilihan: The Ordinary

4Annona

Anda inginkan serum yang tiada pewarna tiruan dan pewangi tambahan?

Serum Annona bersifat colourless, cepat meresap ke dalam kulit dan tidak meninggalkan kesan berminyak.

Ia mempunyai kekuatan 10x Vitamin C yang pertama di pasaran.

Antara kelebihan Annona ini adalah:

  • Memudarkan parut dan jeragat
  • Mengecilkan liang pori terbuka.
  • Melembapkan dan menganjalkan kulit.
  • Mencerahkan kulit kusam dan sekatakan tona kulit.
  • Memperbaiki sel kulit yang rosak.

Ia sangat mudah digunakan dan sesuai digunakan untuk kulit sensitif.

Lihat pilihan: Annona

5Galactomyces Pure

Anda inginkan kulit muka yang sihat dan sempurna secara semulajadi?

Cubalah produk dari Some By Mi ini.

Ia mengandungi Galactomyces yang membantu meningkatkan ketahanan dan daya hidup kulit.

Secara tidak langsung ia juga mencerahkan, melembapkan dan menganjalkan kulit muka.

Selain itu, ia membantu melegakan kulit dari sinar UV dan mengekalkan kulit yang sihat dan cantik.

Lihat pilihan: Galactomyces Pure

6Amway Artistry Intensive Skincare

Produk dari Amway ini menggunakan formulasi Vitamin C kepekatan tinggi, Vita-C Complex dan  Bi-Action Hyaluronic Acid Blend.

Ia telah terbukti secara klinikal untuk menghilangkan garis-garus halus pada muka atau tanda-tanda penuaan awal agar kelihatan sempurna dan cantik.

Penutup pengaktifan yang membawa jenama ARTISTRY mampu mengekalkan kesucian dan kuasa 100% Vitamin C asli.

Cubalah sekarang!

Lihat pilihan: Amway Artistry Intensive Skincare

7Wardah

Serum Wardah  ini mengandungi  Hi Grade Vitamin C 10% serta ekstrak Aloe Vera dan Biosakarida.

Antioksidan- antioksidan ini  membantu mencerahkan kulit, menjaga keelastikan kulit dan memperbaiki struktur kulit muka yang rosak.

Di samping itu, ia melembapkan dan dan melindungi kulit dari radikal bebas.

Ia sangat mudah meresap ke dalam kulit dan menghasilkan kulit yang lebih sihat dan cerah.

Lihat pilihan: Wardah

8KLAIRS Freshly Juice

Anda mempunyai kulit muka yang sensitif?

Klairs Vitamin C Drop adalah serum harian yang mengandungi 5% Vitamin C dan sangat lembut pada kulit serta tidak merengsakan kulit muka.

Ia memberikan kelembapan tambahan secara semulajadi dan nutrisi kepada kulit.

Serum ini mampu menghapuskan jerawat, parut jerawat, mencegah jerawat dan meminimumkan liang pori pada muka.

Lihat pilihan: KLAIRS Freshly Juiced

9By Wishtrend

Merupakan antara produk serum terbaik masa kini.

Serum ini membantu menanggalkan sel-sel kulit mati di samping memperbaharui dan menyuburkan kulit untuk mengembalikan keseimbangan dan kelembapan pada kulit anda.

Ia menggabungkan 10 bahan utama yang akan memberikan kesan Vitamin C optimum untuk hasil terbaik.

Lihat pilihan: By Wishtrend Pure

10Timeless

Terdiri daripada gabungan  Vitamin C, Vitamin E dan Ferulic Acid yang bertindak mencerahkan kulit dan membetulkan tona kulit yang tidak sekata.

Dos tambahan asid hyaluronik dan panthenol (vitamin B5) mengoptimumkan penghidratan dan menguatkan pertahanan kulit agar kulit kelihatan lebih cantik dan sempurna.

Ia tidak mengandungi pewangi tiruan dan telah diuji secara klinikal serta tidak diuji ke atas haiwan.

Sangat sesuai untuk semua jenis kulit.

Lihat pilihan: Timeless

11Kiehl’s

Produk jenama Kiehl’s ini merupakan serum anti penuaan yang mengandungi 12.5 Vitamin C dan Hyaluronic Acid.

Formulasi campuran terbaharu ini mampu meningkatkan keserian wajah dan memperbaiki tekstur kulit muka yang lebih sempurna.

Antioksidan Vitamin C menembusi lapisan permukaan kulit yang lebih dalam dan kekal berkesan dalam kulit sehingga 6 hari

Penggunaan yang konsisten selama 2 minggu pastinya memberikan kesan yang ketara dan memberangsangkan!

Lihat pilihan: Kiehl’s

12Purito Pure


Kandungan utamanya ialah Vitamin C 10% dan asid hyaluronik 84% bersama dengan Niacinamide semula jadi dan ekstrak ginseng merah untuk meremajakan kulit.

Serum vitamin c ini membantu melegakan parut jerawat, lingkaran hitam, dan bintik-bintik.

Ia juga berfungsi untuk memutihkan kulit dan menghalang penuaan kulit muka.

TIdak mengandungi sebarang bahan kimia berbahaya dan sangat selamat digunakan.

Lihat pilihan: Purito Pure

Leave a Reply