12 Foundation Terbaik Malaysia Untuk Kulit Sensitif 2024

0Shares

Senarai panjang foundation terbaik khas untuk kulit muka sensitif 2024.

Tercari-cari foundation untuk kulit sensitif?

Kami mempunyai senarai terbaik untuk anda!

Senarai foundation yang diyakini dan mendapat maklumbalas paling positif di “online shopping” terkemuka di Malaysia seperti Shopee dan Lazada!

Sebelum itu, kita kenali “foundation” terlebih dahulu.

Apa itu “foundation”?

Foundation atau bedak asas adalah  seperti kanvas bagi solekan muka.

Ia membantu menyeragamkan warna kulit, menyembunyikan cela-cela kecil dan mencipta latar belakang yang sempurna untuk solekan seterusnya.

Bedak ini juga berguna untuk mengawal kilauan berlebihan dan memberikan kesan kulit yang licin serta berseri.

Bagi anda yang mempunyai masalah kulit sensitif, pemilihan foundation yang betul haruslah dilakukan secara teliti dan berhati-hati bagi mengelakkan mengelakkan kulit anda merengsa dan iritasi.

Kulit sensitif juga sangat mudah terjadi akibat terdedah kepada pancaran sinar UV, kotoran, radikal bebas dan bahan kimia yang membahayakan.

Pastikan ianya adalah produk bebas paraben dan alkohol.

Mari lihat senarai foundation terbaik kami khas untuk kulit sensitif untuk tahun 2024!

1.Maybelline Fit Me

Semak harga dalam pilihan dibawah:

Shopee Malaysia

Lazada Malaysia

Antara foundation yang terlaris di pasaran online dan menjadi pilihan ramai pengguna di Malaysia!

Sesuai untuk kulit normal hingga berminyak.

Formula yang ringan ini melembutkan, menyempurnakan dan meninggalkan kemasan yang sempurna dan semula jadi.

Telah diuji secara dermatologi diuji dan tidak bersifat komedogenik.

2.Userism DD Cream

Semak harga dalam pilihan dibawah:

Shopee Malaysia

Lazada Malaysia

Foundation yang mengandungi SPF 50, sesuai untuk kegunaan seharian anda.

Produk ini selamat digunakan bagi ibu-ibu yang sedang mengandung dan juga kanak-kanak, terutama sekali untuk mereka yang berkulit sensitif.

Dengan menggunakan foundation ini, kulit wajah tampak lebih semulajadi dan berseri.

3.L’oreal Paris

Semak harga dalam pilihan dibawah:

Shopee Malaysia

Lazada Malaysia

Sangat sesuai untuk merawat, melembap dan melembutkan kulit agar kulit wajah lebih lembut dan berseri.

Kalis air dan mampu bertahan selama 24 jam!

Mengandungi SPF 20.

4.Aqua HD

Semak harga dalam pilihan dibawah:

Shopee Malaysia

Lazada Malaysia

Inginkan kualiti foundation setaraf jenama antarabangsa?

Cubalah Aqua HD Light Perfect Foundation.

Ia bertekstur halus, ringan, lembut dan sangat mudah disapu pada kulit.

Mudah meresap dan tidak melekit / tidak berminyak.

Sesuai untuk semua jenis kulit.

Melindungi kulit dari pancaran UV dengan kandungan SPF 15.

5. Innisfree My Foundation

Semak harga dalam pilihan dibawah:

Shopee Malaysia

Lazada Malaysia

Innisfree My Foundation yang serba baharu telah dirombak dengan 11 rona baharu dengan formula #PerfectLasting selama 24 jam yang memberikan kemasan separa matte yang licin.

Bedak asas ini membantu menyerap sebum berlebihan, membolehkan ia melekat dengan sempurna pada kulit agar sapuan yang tahan lebih lama.

Formulanya juga mampu bertahan untuk masa yang lama tanpa pengoksidaan agar kulit tampak selalu cerah.

Sangat sesuai untuk merawat kulit yang sensitif.

6.Clinelle

Semak harga dalam pilihan dibawah:

Shopee Malaysia

Lazada Malaysia

CubalahAll-in-One Clinelle WhitenUp EE (Even Effect) Cream SPF 50 PA+++ yang menggabungkan  penjagaan kulit dan solekan dalam satu produk kecantikan!

Ia adalah pelembap berwarna terkini yang merapikan tona kulit sambil menangani setiap masalah kulit.

Teksturnya yang ringan, licin dan tidak berminyak.

Sangat sesuai untuk kulit sensitif kerana mempunyai fungsi menenangkan kulit yang senstif.

7.LUXE Perfect Cover

Semak harga dalam pilihan dibawah:

Shopee Malaysia

Lazada Malaysia

Produk ini merupakan antara pilihan MUA.

Gabungan formulanya lebih lembut dan menghasilkan kesan mekap yang tampak semulajadi.

Mengandungi  SPF 40, Argan Oil, Vitamin C dan juga Collagen.

Mesra wuduk dan mudah ditanggalkan.

Semestinya, ia produk bebas minyak dan paraben.

Sesuai untuk mereka yang berkulit sensitif.

8.O. Two O Liquid Foundation

Semak harga dalam pilihan dibawah:

Shopee Malaysia

Lazada Malaysia

Mempunyai 3 pilihan warna menarik.

Sangat sesuai digunakan dalam aktiviti seharian dan mudah menyerap ke serata kulit wajah.

Memberikan kesan mekap yang lebih lembut dan berseri. Cubalah sekarang!

9.Shiseido Synchro Skin

Semak harga dalam pilihan dibawah:

Shopee Malaysia

Lazada Malaysia

Ini antara foundation yang menjadi kegemaran ramai terutama mereka yang mempunyai kulit sensitif.

Produk ini sangat sesuai bagi anda yang inginkan foundation kekal segar dan berseri sepanjang hari.

Menggunakan teknologi ActiveForce™, kulit akan kelihatan lebih bersinar dan tampak semulajadi.

10.bareMinerals

Semak harga dalam pilihan dibawah:

Shopee Malaysia

Lazada Malaysia

Khas untuk mereka yang berkulit sensitif, bareMinerals foundation pastinya pilihan yang terbaik.

Ia bersifat bebas paraben dan bahan kimia berbahaya.

Memberikan kesan mekap semulajadi selama 8 jam tanpa mengeringkan kulit wajah.

Terbukti secara klinikal untuk mengecilkan liang-liang roma.

11.LUNA

Semak harga dalam pilihan dibawah:

Shopee Malaysia

Lazada Malaysia

Antara foundation yang sesuai untuk kulit sensitif adalah daripada LUNA!

Ia telah diuji dan terbukti hipoalergenik, mempunyai tiga fungsi untuk menutup, menyegarkan dan melekat pada kulit.

Ia juga merupakan antara pilihan foundation kegemaran MUA.

Antara ciri – ciri khas:

  • SPF50+ PA+++
  •  Mengandungi 70% pati air yang membantu melembapkan kulit yang berkekalan selama 25 jam
  •  Mengandungi 5 lapisan pati hyaluron
  • Mengandungi ekstrak kelapa yang memperbaiki kulit, mengurangkan kemerahan dan menjaga kulit pada masa yang sama
  • Concealer lembut untuk mencipta kesan rupa semula jadi
  • Mencipta rupa kemasan dewy glow

12.LAIKOU

Semak harga dalam pilihan dibawah:

Shopee Malaysia

Lazada Malaysia

Laikou Foundation diperbuat daripada bahan semulajadi berkualiti tinggi yang sangat sesuai untuk semua jenis kulit.

Didatangkan dalam 3 pilihan iaitu:

  • warna ungu – Ia sesuai untuk kulit sawo matang menjadikan kulit lebih cerah secara semula jadi.
  • warna hijau – Ia sesuai untuk kulit cerah dan berjerawat. Ia dapat mengubah warna kulit kemerahan dan menjadikan kulit terasa lembut dan halus.
  • warna merah jambu – Ia sesuai untuk semua jenis kulit. Menjadikan kulit anda kelihatan lebih ceria!
0Shares

Leave a Reply