7 Probiotik Untuk Anak Terbaik di Malaysia 2020

Tingkatkan kesihatan anak- anak anda dengan pilihan probiotik untuk anak ini!

Dalam dunia saplimen, probiotik merupakan keperluan asas yang penting.

Ia berfungsi untuk mengisi semula bakteria baik di dalam badan yang rosak akibat daripada pelbagai faktor contohnya seperti pengambilan antibiotik, amalan pemakanan yang tidak sihat dan persekitaran yang kotor.

Sebilangan besar orang dewasa mengambil probiotik namun adakah kanak – kanak juga memerlukannya?

Mengikut tinjauan yang telah dibuat oleh para doktor keluarga di Amerika, mereka mendapati probiotik dapat membantu merawat penyakit radang usus.

Ia juga dapat mengurangkan tempoh cirit-birit yang disebabkan oleh gastroenteritis.

Apabila diberikan kepada ibu hamil dan menyusui, probiotik dapat mengurangkan perkembangan eksim dan alahan pada bayi mereka.

Selain itu, satu kajian yang diterbitkan dalam JAMA PediatricsTrusted Source mendapati bahawa memberi probiotik pada bayi dalam tiga bulan pertama kehidupan dapat membantu mencegah kolik, sembelit, dan refluks asid.

Manakala, maklumbalas kajian tahun 2015 menyimpulkan bahawa probiotik dapat mengurangkan simptom dan jangka masa jangkitan saluran pernafasan.

Menariknya, penggunaan antibiotik dan sakit selesma juga semakin berkurangan.

Ingin tahu senarai probiotik yang dipercayai dan selamat untuk anak anda?

Kami ada senarainya!

1Life Space

Formula serbuk probiotik ini yang mengandungi 15 jenis bakteria bermanfaat, diformulasikan untuk menyokong mikrobioma yang sihat dan kesihatan menyeluruh.

Probiotik untuk anak ini sesuai bagi kanak- kanak yang berumur 3 – 12 tahun.

Tiada tambahan tenusu dan gluten.

Lihat pilihan di Shopee: Life Space

2BioGrow


Biogrow Probiotics Kids Powder adalah suplemen probiotik dirumus khas untuk kanak-kanak yang sedang membesar.

Ia sangat sesuai diambil oleh kanak – kanak yang mengalami kesihatan usus yang lemah, sembelit, kurang selera makan dan mudah jatuh sakit.

Hanya satu sachet setiap hari untuk mengembalikan keseimbangan mikrobiota usus anak.

Lihat pilihan di Shopee: BioGrow

3Garden Of Life

Probiotik boleh dikunyah untuk kanak-kanak ini mengandungi 14 jenis bakteria yang berbeza  dan lima bilion kultur bakteria.

Ia juga mempunyai tambahan vitamin C, vitamin D dan serat prebiotik yang baik untuk menyokong tumbesaran anak.

Sesuai untuk kanak – kanak yang berumur 4 tahun dan ke atas.

Lihat pilihan di Shopee: Garden Of Life

4Blackmores

Probiotik khas untuk anak ini membantu menjaga kesihatan pencernaan dan meningkatkan sistem imun mereka.

Diformulasikan dengan empat strain uji klinikal dengan kelebihan prebiotik untuk menyokong pertumbuhan bakteria dan vitamin C dan D.

Bebas tenusu dan gluten.

Lihat pilihan di Shopee: Blackmores

5GKB Kids Probiotic

Antara kebaikan probiotik untuk anak ini adalah:

  • Baik untuk Rhinitis Alergi
  • Mengurangkan simptom alahan
  • Meningkatkan imuniti keseluruhan

Cubalah sekarang!

Lihat pilihan di Shopee: GKB Kids Probiotic

6Nature’s Way

Multivitamin harian ini digabungkan dengan kelebihan probiotik untuk kesihatan sistem pencernaan  dan sistem imun.

Semuanya dalam satu tablet kunyah yang lazat!.

Lihat pilihan di Shopee: Nature’s Way

7Bio-life Ab Junior

A.B. Junior Pre & Pro adalah formulasi synbiotik yang menggabungkan prebiotik & probiotik untuk kanak-kanak.

Ia mengandungi 3 bahan utama iaitu:

  • Lactobacillus acidophilus LA5 (probiotik)
  • Bifidobacterium lactis BB12 (probiotik), dan
  • inulin chicory (prebiotik).

Hanya 1 sachet sehari untuk penyerapan,pertumbuhan dan perlindungan kesihatan yang lebih baik untuk anak – anak anda.

Lihat pilihan di Shopee: Bio-Life Ab Junior

Penting!

  • Pengambilan probiotik memberikan kesan yang berbeza pada setiap kanak – kanak seperti perut kembung dan bergas
  • Ia boleh menyebabkan kesan sampingan yang serius pada bayi yang sangat sakit.
  • Periksa dengan pakar pediatrik anda sebelum memberi suplemen probiotik kepada anak anda.

Semoga membantu!

Leave a Reply