Vitamin untuk mata terbaik pada harga yang berpatutan!
Radang mata atau rabun mata adalah satu keadaan yang biasa dialami oleh semua orang.
Ini adalah kerana mata sentiasa terdedah kepada oksidasi terutama dari cahaya biru panjang gelombang pendek yang dapat menimbulkan tekanan radikal bebas dan mendorong penuaan.
Cahaya biru adalah bahagian dari spektrum cahaya yang mampu menjangkau lebih jauh ke dalam mata.
Ia berpotensi untuk menimbulkan tekanan pada retina secara berlebihan dan menghasilkan radikal bebas yang akhirnya merosakkan retina.
Keadaan ini pastinya akan menjejaskan aktiviti seharian kita.
Sekiranya mata anda terasa kering, anda mungkin kekurangan vitamin yang anda perlukan untuk kesihatan mata yang optimum.
9 Vitamin Paling Penting untuk Kesihatan Mata
Mata anda adalah organ kompleks yang memerlukan pelbagai vitamin dan nutrien untuk berfungsi dengan baik.
Masalah kesihatan diabetic retinopathy, macular degeneration yang berkaitan dengan usia, glaukoma dan katarak boleh mempengaruhi keadaan mata anda.
Selain daripada itu, faktor kekurangan nutrien penting untuk mata juga menjadi salah satu penyebab kerosakan mata.
Berikut adalah 9 vitamin dan nutrien utama yang membantu menjaga kesihatan mata.
1. Vitamin A
Vitamin A memainkan peranan penting dalam penglihatan dengan melindungi kornea yang merupakan penutup luar mata anda.
Vitamin ini juga merupakan komponen rhodopsin, protein di mata anda yang membolehkan anda melihat dalam keadaan gelap.
Kekurangan vitamin A yang teruk boleh menyebabkan xerophthalmia, keadaan serius yang boleh mengakibatkan mata buta.
Dalam beberapa kajian, jumlah pengambilan vitamin A yang tinggi dikaitkan dengan penurunan risiko katarak dan macular degeneration (AMD) yang berkaitan dengan usia.
2. Vitamin E
Vitamin E adalah sejenis antioksidan yang dapat membantu melindungi mata anda dari radikal bebas yang merosakkan.
Beberapa pilihan makanan yang kaya dengan vitamin E termasuklah pelbagai jenis kacang dan minyak masak.
Salmon, avocado dan sayur-sayuran hijau juga merupakan sumber yang baik.
3. Vitamin C
Seperti vitamin E, vitamin C juga adalah antioksidan kuat yang dapat melindungi mata anda dari radikal bebas yang merosakkan
Vitamin C membentuk kolagen, protein yang memberikan struktur kepada mata anda.
4. Vitamin B6, B9 dan B12
Gabungan vitamin ini dapat menurunkan kadar homocysteine , protein dalam badan anda yang mungkin berkaitan dengan keradangan dan peningkatan risiko terkena AMD.
5. Riboflavin
Sebagai antioksidan, riboflavin dapat melindungi dari radikal bebas yang merosakkan di mata anda.
Diet tinggi riboflavin dikaitkan dengan penurunan risiko terkena katarak.
6. Niacin
Kajian menunjukkan bahawa niacin dapat mengelakkan glaukoma, namun kuantiti pengambilan yang diperlukan harus dipantau dengan berhati – hati.
7. Lutein dan Zeaxanthin
Lutein dan zeaxanthin adalah sebatian tumbuhan bermanfaat yang dapat membantu mencegah AMD dan katarak.
Tidak ada pengambilan harian yang disyorkan.
Walau bagaimanapun, diet tinggi buah-buahan dan sayur-sayuran disyorkan untuk mendapatkan nutrien ini.
8. Asid Lemak Omega-3
Asid lemak omega-3 mempunyai sifat anti-radang dan dapat membantu mencegah diabetic retinopathy (DR).
Lemak ini juga dapat membantu mereka yang menghidap penyakit mata kering.
9. Thiamine
Salah satu jenis vitamin B iaitu vitamin B-1 yang berperanan dalam fungsi sel yang betul dan mengubah makanan menjadi tenaga.
Ia membantu untuk mengurangkan risiko katarak.
Kesimpulannya…
Kajian menunjukkan bahawa vitamin dan nutrien tertentu dapat membantu mencegah kerosakan mata.
Makanan tambahan atau pengambilan suplimen mungkin membantu sekiranya diperlukan.
Walau bagaimanapun, pemakanan yang kaya dengan buah-buahan, sayur-sayuran, biji-bijian, protein dan lemak sihat akan memberi kesemua nutrien yang diperlukan oleh mata anda dan seluruh badan anda untuk kesihatan yang optimum.
Senarai Vitamin Untuk Mata Terbaik Di Malaysia
Sekarang, jom kita lihat senarai vitamin terbaik untuk kesihatan mata yang telah kami sediakan!
1.Blackmores Macu Vision
Semak harga dalam pilihan dibawah:
Blackmores Macu-Vision Plus adalah formula vitamin, mineral dan antioksidan mata.
Ia membantu mengekalkan fungsi mata dan menyokong penglihatan yang sihat.
Diperkaya dengan sumber antioksidan seperti Lutein dan zeaxanthin untuk menyokong kesihatan mata.
2.Brand’s Blackcurrent & Lutein
Semak harga dalam pilihan dibawah:
Antara jenama vitamin yang menjadi pilihan ramai!
Ia direka khas dengan botol yang mengandungi Lutein 10mg dan Zeaxanthin 2mg.
Satu botol sehari dapat menambah nutrien harian yang diperlukan dan membantu menguatkan penjagaan mata anda!
3.Solgar-Dry Vitamin A
Semak harga dalam pilihan dibawah:
Kekurangan vitamin A akan mengalami mata kering yang teruk dan sukar melihat pada waktu malam.
Vitamin untuk mata dari Solgar ini sesuai untuk mereka yang mungkin mengalami kesukaran untuk mengambil makanan tambahan berasaskan minyak yang lain.
Formulasi Vitamin A ini ditawarkan dalam bentuk tablet kering dan mudah!
4.Now
Semak harga dalam pilihan dibawah:
Formula unik Now Vitamin A ini memelihara tisu-tisu yang melapisi permukaan dalaman dan luaran badan, termasuk mata, kulit, pernafasan, GI dan saluran kencing.
Antara pilihan vitamin untuk mata terbaik dengan harga yang berpatutan!
5.Doctor’s Best
Semak harga dalam pilihan dibawah:
Doctor’s Best Lutein with Lutemax® 2020 mengandungi nisbah lutein dan zeaxanthin yang optimum untuk membantu melindungi mata anda.
Ekstrak semulajadi daripada bunga Marigold ini membantu meneutralkan radikal bebas untuk menyokong fungsi visual, dan kesihatan mata daripada penggunaan peranti digital yang kerap.
- Membantu menyokong fungsi visual
- Membantu melindungi mata daripada cahaya biru tenaga tinggi yang berbahaya dalam persekitaran seharian
- Membantu menyokong kesihatan mata apabila menggunakan peranti digital
- Membantu meneutralkan radikal bebas
Ia menggabungkan semua nutrien penting untuk mata yang sihat menjadi satu formula yang sangat hebat dan mudah diambil!
6.21st Century
Semak harga dalam pilihan dibawah:
Jenama 21st Century sememangnya tidak asing lagi di Malaysia!
Diformulasi dengan 4 kandungan utama yang baik untuk mata seperti Lutein, Bilberry, Eyebright dan Gingko Biloba.
Cubalah sekarang!
7.Ocuvite
Semak harga dalam pilihan dibawah:
Inginkan vitamin untuk mata selain multivitamin?
Ocuvite Adult 50+ dipenuhi dengan nutrien penting untuk mata dan tertumpu pada satu perkara iaitu membantu melindungi kesihatan mata anda.
8.Healthy Care
Semak harga dalam pilihan dibawah:
Gabungan Bilberry dan Lutein membantu menyokong kesihatan mata dan fungsi mata yang sihat!
Bilberry mengandungi antioksidan yang membantu mengurangkan kerosakan radikal bebas pada sel-sel tubuh dan Lutein untuk menjaga kesihatan makula mata dan retina.
Kombinasi unik ini juga membantu:
- Membantu penyesuaian mata terhadap variasi intensiti cahaya dan penglihatan malam.
- Mengekalkan penglihatan yang sihat.
9.VitaHealth
Semak harga dalam pilihan dibawah:
Dapatkan perlindungan mata yang optimum dengan VitaHealth Eye-Pro!
Antara ciri – ciri istimewa:
• Ekstrak marigold XanMax® berkekuatan tinggi (200mg).
• Perlindungan spektrum penuh dengan 3 pigmen makula (lutein, zeaxanthin & meso-zeaxanthin)
• Nisbah 5:1 lutein & zeaxanthin
• Dos berkeupayaan tinggi sekali sehari
Bagaimana ia membantu?
• Menapis cahaya biru yang berbahaya
• Melindungi daripada tekanan oksidatif
• Meningkatkan prestasi visual
Hanya 1 bij sehari untuk perlindungan mata yang optimum!
Peringatan : Sekiranya anda mengalami simptom mata atau penglihatan, sila berjumpa dengan doktor mata sebelum memulakan apa-apa jenis vitamin atau membuat perubahan diet.
Semoga membantu!
Pingback: 11 Produk Eye Cream Terbaik di Malaysia 2020 - Sricantik