15 Jenama Vitamin C Terbaik di Malaysia 2024

0Shares

Senarai Vitamin C terbaik untuk meningkatkan imuniti kesihatan badan anda!

Anda sedang mencari maklumat mengenai saplimen ataupun produk vitamin C yang bagus?

Sebelum itu, jom kita ketahui serba sedikit mengenai vitamin ini terlebih dahulu.

Pengenalan Kepada Vitamin C

Vitamin C, yang juga dikenali sebagai asid askorbik, adalah penting untuk pertumbuhan, pembangunan dan pembaikan semua tisu badan.

Ia terlibat dalam banyak fungsi badan, termasuk pembentukan kolagen, penyerapan besi, fungsi sistem imun yang betul, penyembuhan luka, dan penyelenggaraan tulang rawan, tulang, dan gigi.

Vitamin C adalah salah satu daripada banyak antioksidan yang boleh melindungi daripada kerosakan yang disebabkan oleh molekul berbahaya yang dipanggil radikal bebas, serta bahan kimia toksik dan bahan pencemar seperti asap rokok.

Radikal bebas boleh membina dan menyumbang kepada masalah kesihatan seperti kanser, penyakit jantung, dan arthritis.

Vitamin C tidak disimpan dalam badan (jumlah yang berlebihan dikeluarkan), jadi berlebihan tidak menjadi kebimbangan.

Namun terlalu banyak mengambil vitamin C sebagai contoh 2,000 miligram sehari boleh menyebabkan sakit perut dan cirit-birit.

Vitamin larut air ini mesti dibekalkan secara berterusan dalam diet untuk mengekalkan tahap kesihatan.

Makan buah-buahan dan sayur-sayuran yang kaya dengan vitamin-C mentah, atau masak dengan air yang minima supaya anda tidak kehilangan vitamin larut air ini dalam air yang dimasak.

Vitamin C mudah diserap dalam makanan dan boleh diperolehi dalam bentuk saplimen, dan ia sangat membantu dalam penyerapan zat besi jika dimakan dalam masa yang sama.

Kekurangan vitamin C agak jarang berlaku, dan terutama dilihat dalam orang dewasa yang kurang gizi. Dalam kes-kes yang teruk, ia boleh menyebabkan skurvi – dicirikan oleh kelemahan, anemia, lebam, pendarahan, dan gigi longgar.

7 Kebaikan Pengambilan Vitamin C

Vitamin C merupakan vitamin penting, malangnya tubuh anda tidak dapat menghasilkannya.

Ia mempunyai banyak peranan dan dikaitkan dengan faedah kesihatan yang mengagumkan.

Bersifat larut dalam air dan terdapat di banyak buah dan sayur-sayuran, termasuk jeruk, strawberi, buah kiwi, paprika, brokoli, kangkung, dan bayam.

Pengambilan harian yang disyorkan untuk vitamin C adalah 75 mg untuk wanita dan 90 mg untuk lelaki.

Walaupun biasanya disarankan untuk mendapatkan pengambilan vitamin C dari makanan, banyak orang beralih kepada saplimen untuk memenuhi keperluan mereka.

Berikut merupakan kebaikan vitamin C:

1. Mengawal tekanan darah tinggi

Pengambilan vitamin C boleh membantu menurunkan tekanan darah tinggi dengan membantu melonggarkan saluran darah yang membawa darah dari jantung.

Namun ini bukanlah penyelesaian kepada masalah tekanan darah tinggi dalam jangka panjang.

Lebih-lebih lagi, orang yang mempunyai tekanan darah tinggi tidak boleh bergantung pada vitamin C sahaja untuk rawatan.

2. Mengurangkan risiko penyakit kronik

Vitamin C adalah antioksidan kuat yang dapat menguatkan pertahanan semula jadi badan anda.

Antioksidan adalah molekul yang meningkatkan sistem imun dengan melindungi sel dari molekul berbahaya yang disebut radikal bebas.

Apabila radikal bebas berkumpul, ini dapat menyebabkan keadaan yang dikenali sebagai tekanan oksidatif, yang telah dikaitkan dengan pelbagai penyakit kronik seperti penyakit jantung.

3. Mengurangkan kadar asid urik darah dan mencegah gout

Gejala gout muncul apabila terdapat terlalu banyak asid urik dalam darah.

Asid urik adalah produk buangan yang dihasilkan oleh badan. Pada tahap tinggi, ia mungkin mengkristal dan membentuk mendapan pada sendi.

Menariknya, beberapa kajian menunjukkan bahawa vitamin C dapat membantu mengurangkan asid urik dalam darah dan secara tidak langsung melindungi dari serangan gout.

4. Membantu mencegah kekurangan zat besi

Vitamin C dapat meningkatkan penyerapan zat besi yang kurang diserap, seperti zat besi dari sumber bebas daging.

Pengambilan 100 mg vitamin C dapat meningkatkan penyerapan zat besi sebanyak 67%.

5. Melindungi dan meningkatkan prestasi otak seiring usia

Tahap vitamin C yang rendah dikaitkan dengan peningkatan risiko gangguan ingatan dan pemikiran seperti demensia.

Sementara pengambilan vitamin C yang tinggi dari makanan dan makanan tambahan terbukti mempunyai kesan perlindungan yang baik terhadap otak.

6. Meningkatkan imuniti badan

Vitamin C dapat meningkatkan imuniti dengan membantu sel darah putih berfungsi dengan lebih berkesan, menguatkan sistem pertahanan kulit anda, dan membantu luka sembuh lebih cepat.

Sekiranya anda menghidap selesema, vitamin C dikatakan berkesan dalam mengurangkan gejala tersebut dan mempercepat pemulihan anda.

7. Kulit Yang Cantik dan Menyerlah

Vitamin C sangat penting untuk kulit muka yang cantik dan agar kelihatan lebih remaja.

Vitamin C mempromosikan pengeluaran kolagen, yang berpotensi untuk menebalkan dermis, mengurangkan garis halus, dan penting untuk kulit yang tegang dan tampak lebih muda.

Di samping itu, vitamin C adalah antioksidan, bermakna ia melindungi sel-sel kulit daripada dirosakkan oleh radikal bebas yang disebabkan oleh pendedahan UV.

Ia juga menghalang pengeluaran melanin di kulit, yang membantu meringankan hiperpigmentasi dan bintik-bintik perang, menjadikan tona kulit lebih sekata dan lebih cerah.

Akhirnya, “Vitamin C membantu membaiki kerosakan akibat pendedahan matahari dan kehilangan kolagen dengan menggalakkan pertumbuhan sel yang sihat dan regenerasi.

4 Jenis Saplimen Vitamin C

Umumnya, terlalu banyak pilihan saplimen vitamin C yang dijual di farmasi berdekatan dan juga secara online.

Jenis-jenis vitamin C ini adalah seperti berikut:

1. Ascorbic acid

Biasanya boleh diperolehi dalam bentuk natural atau sintetik.

Ia ada dalam bentuk pil kunyah atau kapsul, cecair dan mungkin serbuk.

Jika diambil terlalu banyak ianya boleh menyebabkan keradangan perut terutama jika diambil semasa perut kosong.

2. Buffered

Ia merupakan campuran garam mineral bersama ascorbic acid.

Ianya sangat sesuai mereka yang mempunyai masalah gastritis kerana sifatnya yang kurang berasid.

Contoh vitamin C jenis ini ialah calsium ascorbate.

Jika anda mempunyai masalah gastrik, vitamin c jenis ini adalah sangat sesuai untuk anda.

3. Bioflavonoids Dengan Vitamin C

Bioflavonoids adalah komponen tumbuh-tumbuhan yang menambahkan fungsi antioksida pada vitamin C.

Bioflavonoid telah digunakan dalam perubatan alternatif sebagai bantuan untuk meningkatkan tindakan vitamin C, untuk menyokong peredaran darah, sebagai antioksidan, dan untuk merawat alahan, virus, atau arthritis dan keadaan keradangan yang lain.

Ia juga menambahkan kadar penyerapan vitamin dalam usus.

4. Topical vitamin C

Ia adalah serum yang mengandungi vitamin C yang pekat.

Ia sesuai digunakan sebagai sapuan pada kulit sebagai salah satu cara melambatkan penuaan terutamanya kulit muka.

Tips Pemilihan Vitamin C yang Sesuai

Umumnya, ribuan jenama Vitamin C yang dijual di farmasi mempunyai fungsi yang sama.

Namun anda juga perlu sedikit “panduan” agar vitamin yang dipilih sesuai dengan badan dan penggunaan kita.

1. Jenis Vitamin C

Anda perlu pertimbangkan jenis vitamin c yang ingin dibeli.

Jika anda selalu mengalami masalah gastrik, anda perlu memilih vitamin c jenis Buffered.

Jika anda pernah mengalami gout, mungkin vitamin C dengan bioflavonoids sesuai untuk anda.

2. Sustainable Release

Vitamin c jenis ini merupakan pilihan yang sesuai kerana ianya melepaskan kadar vitamin c dalam badan secara berperingkat.

Oleh itu, badan anda sentiasa mempunyai bekalan vitamin c yang mencukupi sehingga 8 jam.

3. Rasa

Jika anda bercadang untuk memberikan vitamin c kepada anak anda, vitamin c yang mempunyai perisa ringan mungkin lebih sesuai.

Kanak-kanak biasanya tidak menyukai rasa vitamin c yang agak masam dan meloyakan.

4. Sesuai dengan Dos yang Disyorkan

Pastikan anda tidak terlalu taksub dengan vitamin c.

Terdapat juga segelintir vitamin c yang terlalu pekat.

Perlu ingat, saplimen diambil untuk melengkapkan dos vitamin c yang mungkin tidak mencukupi dalam tubuh badan kita.

Apatah lagi jika kita kerap memakan buah-buahan dan sayuran, maka saplimen vitamin c dengan dos yang tinggi mungkin boleh mendatangkan radang kepada perut kita.

Dan yang paling teruk akan mendatangkan keburukan terhadap organ buah pinggang kita dalam jangka masa panjang!

Pantang Larang Dalam Pengambilan Saplimen Vitamin C

  • Elakkan atau berhenti merokok
  • Elakkan atau berhenti mengambil minuman beralkohol
  • Kurangkan pengambilan minuman berkafein tinggi
  • Cuba elakkan minum air kelapa

Senarai vitamin C Terbaik Malaysia, 2024

Terdapat pelbagai jenis makanan tambahan vitamin C yang sesuai untuk orang dewasa.

Dari puluhan jenama dan produk yang berbeza, kami telah menyenaraikan senarai yang terbaik untuk anda.

Inilah makanan tambahan vitamin C terbaik yang boleh anda beli di Malaysia hari ini!

1.Blackmores Bio C

Semak harga dalam pilihan dibawah:

Shopee Malaysia

Lazada Malaysia

Blackmores Bio C 1000mg mengandungi dos vitamin C yang tinggi, ditambah dengan askorbat mineral untuk menjadikannya lembut pada perut.

Vitamin C ini disertai dengan sitrus bioflavonoid, yang menyokong tindakan vitamin C dalam tubuh.

Ia adalah antioksidan yang penting untuk  meningkatkan imuniti badan kita dan menyokong penyembuhan luka, keanjalan kulit, dan kesihatan saluran darah.

  • Sesuai untuk pesakit gastrik dan gout

2.Berocca

Semak harga dalam pilihan dibawah:

Shopee Malaysia

Lazada Malaysia

Berocca Performance Effervescent Tablet mempunyai sejumlah 12 vitamin dan mineral penting yang merangkumi vitamin C, vitamin B, kalsium, magnesium dan zink.

Dengan kombinasi unik ini, ia dapat meningkatkan tahap tenaga dan meningkatkan ketajaman mental anda sepanjang hari.

Tablet effervescent ini tersedia dengan 3 rasa menyegarkan yang berbeza iaitu oren, oren mangga dan beri asli.

  • Sesuai untuk pesakit gastrik

3.Redoxon

Semak harga dalam pilihan dibawah:

Shopee Malaysia

Lazada Malaysia

Anda sukar menelan pil atau tablet?

Redoxon Double Action Vitamin C Effervescent adalah antara vitamin C yang terbaik di Malaysia yang mudah larut dalam air.

Ia mengandungi 1000mg vitamin C bersama zink yang berkesan untuk menguatkan lagi imun badan anda.

Dengan pilihan rasa oren dan blackcurrant yang lazat, anda pasti suka Redoxon Vitamin C ini.

4.Cebion

Semak harga dalam pilihan dibawah:

Shopee Malaysia

Lazada Malaysia

Dengan rasa oren ringan dan menyegarkan, anda pasti akan menikmati minuman Cebion Vitamin C.

Sangat mudah! Hanya larutkan dalam air untuk beberapa minit sahaja dan sedia untuk diminum.

Ia diperkaya dengan sumber kalsium untuk menyokong kesihatan tulang.

Dengan peningkatan pengambilan vitamin C, kulit anda juga akan bertambah baik disebabkan peningkatan pengeluaran kolagen.

  • Sesuai untuk pesakit gastrik

5.Kordel’s

Semak harga dalam pilihan dibawah:

Shopee Malaysia

Lazada Malaysia

Kordel’s Effervescent Vitamin C 1000mg dengan Zinc dihasilkan dalam dua rasa menyegarkan iaitu buah Orange dan Passion.

Sebagai alternatif yang minuman bagi individu yang gemar meminum minuman ringan kerana vitamin C dan Zink membantu untuk menyokong sistem imun yang kuat.

Tiada pewarna tambahan digunakan hanya akar bit dan serbuk lobak digunakan untuk memberikan warna semula jadi.

  • Sesuai untuk pesakit gastrik

6.21st Century

Semak harga dalam pilihan dibawah:

Shopee Malaysia

Lazada Malaysia

Inginkan vitamin yang mudah dikunyah?

Cubalah vitamin C terbaik dari 21st Century ini.

Didatangkan dalam bentuk tablet yang mudah dikunyah dan sangat sesuai untuk mereka yang sukar menelan pil atau tablet.

Tidak mengandungi sebarang pengawet, perisa dan pewarna tiruan.

7.Life Extension

<

Semak harga dalam pilihan dibawah:

Shopee Malaysia

Lazada Malaysia

Vitamin C dan Bio-Quercetin Phytosome adalah suplemen vitamin C berpotensi tinggi yang disempurnakan dengan bentuk quercetin yang sangat mudah diserap.

Quercetin adalah flavonoid yang melengkapkan manfaat kesihatan vitamin C dan menyokong kesihatan seluruh badan.

Dapatkannya sekarang!

  • Sesuai untuk pesakit gastrik

8.VitaHealth

Semak harga dalam pilihan dibawah:

Shopee Malaysia

Lazada Malaysia

VitaHealth Time Release Vitamin C dengan Zinc ini membekalkan 1000mg vitamin C dalam satu tablet.

Ia diperkaya dengan campuran antioksidan seperti ekstrak sitrus aurantium, rutin, ekstrak sitrus sinensis dan zink untuk sokongan antioksidan yang hebat.

Ini adalah formula pelepasan nutrien berperingkat dalam jangka masa 8 jam untuk memberikan perlindungan lebih lama sepanjang hari.

9.The Real C

Semak harga dalam pilihan dibawah:

Shopee Malaysia

Lazada Malaysia

The Real C Vitamin adalah serbuk vitamin C tanpa campuran bahan lain seperti pemanis dan pewarna tiruan, non gmo dan bebas gluten.

Ia boleh didapati dalam dua jenis iaitu :

a) Ascorbic Acid (rasa lebih masam dan acidic dari sodium ascorbate)

b) Sodium Ascorbate (Rasa payau, sedikit masin)

  • sesuai bagi mereka yang tidak mempunyai masalah gastrik, gerd atau perut sensitif

10.Citrex

Semak harga dalam pilihan dibawah:

Shopee Malaysia

Lazada Malaysia

Citrex Vitamin C 1000mg membantu membina daya tahan semulajadi badan untuk melawan jangkitan dengan menghilangkan radikal bebas.

Ia juga membantu dalam biosintesis kolagen dan kesan anti-oksidatifnya membantu dalam melambatkan proses penuaan.

Cubalah sekarang!

11.BioLife

Semak harga dalam pilihan dibawah:

Shopee Malaysia

Lazada Malaysia

Antara vitamin C terbaik yang menggunakan sistem pelepasan berperingkat selama 8 jam untuk meningkatkan penyerapan vitamin C.

Ia adalah formula tidak berasid yang lembut pada perut. dan diperkaya dengan mineral askorbat dan bioflavonoid.

  • Sesuai untuk anda yang mempunyai masalah gastrik
  • Sesuai untuk kanak – kanak berumur 6-12 tahun ke atas.

12.Solaray

Semak harga dalam pilihan dibawah:

Shopee Malaysia

Lazada Malaysia

Formula pelepasan Vitamin C dalam masa dua peringkat secara cepat dan separuh lagi secara beransur-ansur dalam jangka masa sehingga 12 jam!.

Ini dapat membantu memanfaatkan Vitamin C ke badan dalam jangka masa yang lebih lama.

Sesuai untuk pesakit gastrik dan yang mempunyai perut sensitif.

100% Vegan dan Non-Gmo

13.Cenovis

Semak harga dalam pilihan dibawah:

Shopee Malaysia

Lazada Malaysia

Tercari – cari vitamin C yang bebas dari gula tambahan?

Cubalah Cenovis® Sugarless C 500mg, formula Vitamin C dengan rasa oren dalam tablet yang boleh dikunyah.

Mungkin sesuai untuk anda?

14.Gold C

Semak harga dalam pilihan dibawah:

Shopee Malaysia

Lazada Malaysia

California Gold Nutrition Gold C ™ Vitamin C adalah USP Grade L-Ascorbic Acid dan diuji dengan kualiti 3x ganda untuk memastikan bahawa ia memenuhi standard kualiti yang ditetapkan.

Sesuai untuk pengamal vegetarian (kapsul vegetarian).

Tidak mengandungi gluten, soya dan non-GMO.

15.Doctor’s Best

Semak harga dalam pilihan dibawah:

Shopee Malaysia

Lazada Malaysia

Doctor’s Best Vitamin C berfungsi untuk meningkatkan tindak balas imun, menyokong sistem kardiovaskular dan penting untuk sendi dan tisu penghubung yang lain.

Formula ini menggunakan Quali-C, jenama asid askorbik yang dihasilkan di Scotland yang sangat berharga kerana kualiti dan kebolehpercayaannya.

Cubalah sekarang!

Semoga membantu!

0Shares

5 thoughts on “15 Jenama Vitamin C Terbaik di Malaysia 2024”

  1. Pingback: 15 Cara Hilangkan Eyebag Yang Pasti Berkesan [Terbaru 2020] - Sricantik

  2. Pingback: 10 Tips Penjagaan Muka Untuk Kecantikan Yang Asli! - Sricantik

  3. Pingback: 15 Jenama Vitamin B Complex Terbaik Di Malaysia 2021 - Sricantik

  4. Pingback: 7 Vitamin Untuk Mata Terbaik Malaysia 2021 - Sricantik

  5. Pingback: 10 Kolagen Terbaik Untuk Wanita 40an Malaysia 2021 - Sricantik

Leave a Reply