Wajah Kembali “Flawless” Dengan 13 Serum Vitamin C Terbaik

Wajah sihat, cantik dan “flawless” dengan senarai 13 serum vitamin C terbaik kami!

Vitamin C mempunyai kebaikan yang tidak terhingga bukan sahaja kepada kulit, malah..sangat diperlukan oleh badan kita juga.

Oleh sebab itulah terhasilnya tablet dan juga serum vitamin C.

Kebaikan Serum Vitamin C

  • Disebabkan vitamin c merupakan antioksida yang terbaik, maka ianya akan memperbaiki serta memperbaharui sel kulit kita.
  • Vitamin c yang meresap ke kulit akan merangsang penghasilan kolagen dan menjadikan kulit muka sentiasa tegang dan kelihatan lebih remaja!
  • Vitamin C merupakan peluntur semulajadi, penggunaan serum dapat mengatasi masalah pigmentasi kullit, masalah hitam bawah mata, jeragat dan tona kulit tidak sekata. Hasilnya? kulit anda lebih berseri-seri!

Kesan Kekurangan Vitamin C

  • Kekurangan Vitamin C dalam badan akan menyebabkan tona kulit menjadi kusam
  • Luka lambat sembuh
  • Kulit semakin sensitif dengan sinar UV K
  • Kulit menjadi kemerahan, kasar dan kering..

Atas sebab-sebab itulah vitamin C merupakan bahan yang sangat penting dalam penjagaan kulit.

Antioksidan dalam serum vitamin c ini mampu melindungi kulit daripada:

  • Sinar UV berbahaya
  • Merangsang penghasilan kolagen
  • Menghilangkan bintik-bintik hitam pada muka untuk menjadikan kulit muka anda kekal cantik dan sempurna.

Cara yang paling mudah untuk mengekalkan kecantikan dan kesempurnaan wajah anda adalah melalui penggunaan serum muka vitamin C dalam penjagaan harian anda.

Tips Memilih Serum

1. Mengandungi L-ascorbic acid dengan kepekatan sekurang – kurangnya 10 -20%.

2. Pilih serum dengan dos vitamin C yang rendah jika anda belum pernah menggunakan sebarang serum vitamin C.

3. Jika ingin menggunakan serum dengan kandungan vitamin C yang tinggi, pilih botol yang gelap untuk mengelakkan proses pengoksidaan dari berlaku.

4. Selain kualiti, pilihlah jenama yang sesuai dengan bajet anda.

Pilihan Serum VItamin C Terbaik

Jom, lihat senarai serum vitamin c terpilih dan terbaik dari kami!

Serum yang menjadi pilihan dan kegemaran netizen di Malaysia!

1.Tiam My Signature C

 


Gabungan 20% asid L-askorbik (vitamin C) dengan antioksidan semula jadi untuk membantu mencegah tanda-tanda penuaan pramatang.

Serum ini membantu memudarkan parut jerawat, menghilangkan sel kulit mati dan bintik hitam, mencerahkan kulit kusam, dan meningkatkan keanjalan kulit dalam sekelip mata!

DIperkaya dengan Zinc PCA untuk membantu mengurangkan pengeluaran sebum dan mengurangkan jangkitan jerawat.

Elakkan menggunakan produk lain dengan kadar AHA, BHA, retinol atau asid askorbik yang tinggi semasa menggunakan serum ini.

Sesuai untuk kulit sensitif, eczema dan rosacea.

Bei/Lihat Tiam My Signature C:
Shopee
Lazada

2.Jumiso

Serum vitamin C JUMISO adalah serum yang tidak berasaskan air dan berkepekatan tinggi untuk mencerahkan kulit.

Ia membantu anda mengekalkan warna kulit yang cerah, sihat dan seimbang.

Diperkaya dengan vitamin lain seperti vitamin A, B, D, E K, glycerin dan niacinamide untuk melembapkan dan memelihara kulit dari jangkitan jerawat.

Vegan, bebas alkohol dan tidak meninggalkan kesan pedih pada muka.

Sesuai untuk kulit sensitif.

Beli/Lihat Jumiso:
Shopee
Lazada

3.The Ordinary

Produk The Ordinary adalah krim serum tanpa air  yang mengandungi 23% Vitamin C dan Asid Hyaluronic.

Formula ini berfungsi untuk melembap dan mencerahkan kulit tanpa menjejaskan keadaan kulit asal.

Ia mampu mengurangkan kedutan dan garis-garis halus serta pigmentasi dan sekaligus mengembalikan kesempurnaan kulit muka anda.

Tidak sesuai untuk kulit yang kering dan sensitif.

Beli/Lihat The Ordinary:
Shopee
Lazada

4.Annona

Anda inginkan serum yang tiada pewarna tiruan dan pewangi tambahan?

Serum Annona bersifat colourless, cepat meresap ke dalam kulit dan tidak meninggalkan kesan berminyak.

Ia mempunyai kekuatan 10x Vitamin C yang pertama di pasaran.

Antara kelebihan Annona ini adalah:

  • Memudarkan parut dan jeragat
  • Mengecilkan liang pori terbuka.
  • Melembapkan dan menganjalkan kulit.
  • Mencerahkan kulit kusam dan sekatakan tona kulit.
  • Memperbaiki sel kulit yang rosak.

Ia sangat mudah digunakan dan sesuai digunakan untuk kulit sensitif.

Beli/Lihat Annona:
Shopee
Lazada

5.Galactomyces Pure

Anda inginkan kulit muka yang sihat dan sempurna secara semulajadi?

Cubalah produk dari Some By Mi ini.

Ia mengandungi Galactomyces yang membantu meningkatkan ketahanan dan daya hidup kulit.

Secara tidak langsung ia juga mencerahkan, melembapkan dan menganjalkan kulit muka.

Selain itu, ia membantu melegakan kulit dari sinar UV dan mengekalkan kulit yang sihat dan cantik.

Beli/Lihat Galactomyces Pure:
Shopee
Lazada

6.Garnier Light Complete

Anda pengguna Garnier?

Cubalah serum vitamin C Garnier Light Complete ini.

Formula pencerah vitamin C dan  lemon Yuzu Jepun 30x lebih tinggi.

Serum cepat menyerap ini berfungsi  untuk meringankan bintik-bintik gelap dan tanda jerawat.

Beli/Lihat Garnier Light Complete:
Shopee
Lazada

7.Wardah

Serum Wardah  ini mengandungi  Hi Grade Vitamin C 10% serta ekstrak Aloe Vera dan Biosakarida.

Antioksidan- antioksidan ini  membantu mencerahkan kulit, menjaga keelastikan kulit dan memperbaiki struktur kulit muka yang rosak.

Di samping itu, ia melembapkan dan dan melindungi kulit dari radikal bebas.

Ia sangat mudah meresap ke dalam kulit dan menghasilkan kulit yang lebih sihat dan cerah.

Beli/Lihat Wardah:
Shopee
Lazada

8.KLAIRS Freshly Juice

Anda mempunyai kulit muka yang sensitif?

Klairs Vitamin C Drop adalah serum harian yang mengandungi 5% Vitamin C dan sangat lembut pada kulit serta tidak merengsakan kulit muka.

Ia memberikan kelembapan tambahan secara semulajadi dan nutrisi kepada kulit.

Serum ini mampu menghapuskan jerawat, parut jerawat, mencegah jerawat dan meminimumkan liang pori pada muka.

Beli/Lihat Klairs:
Shopee
Lazada

9.By Wishtrend

Merupakan antara produk serum terbaik masa kini.

Serum ini membantu menanggalkan sel-sel kulit mati di samping memperbaharui dan menyuburkan kulit untuk mengembalikan keseimbangan dan kelembapan pada kulit anda.

Ia menggabungkan 10 bahan utama yang akan memberikan kesan Vitamin C optimum untuk hasil terbaik.

Beli/Lihat By Wishtrend:
Shopee
Lazada

10.Timeless

Terdiri daripada gabungan  20% Vitamin C, Vitamin E dan Ferulic Acid yang bertindak mencerahkan kulit dan membetulkan tona kulit yang tidak sekata.

Dos tambahan asid hyaluronik dan panthenol (vitamin B5) mengoptimumkan penghidratan dan menguatkan pertahanan kulit agar kulit kelihatan lebih cantik dan sempurna.

Ia tidak mengandungi pewangi tiruan dan telah diuji secara klinikal serta tidak diuji ke atas haiwan.

Sangat sesuai untuk semua jenis kulit.

Beli/Lihat Timeless:
Shopee
Lazada

11.The Body Shop

Kilauan segera dengan kemasan halus yang halus, The Body Shop Vitamin C Skin Boost Instant Smoother pasti akan meningkatkan seri muka anda!

Boleh digunakan tanpa atau dengan pelembap.

Diperkaya dengan minyak kacang Brazil.

Sesuai untuk kulit yang stress, kusam dan tidak bermaya.

Cubalah sekarang!

Beli/Lihat The Body Shop:
Shopee
Lazada

12.Purito Pure


Kandungan utamanya ialah Vitamin C 10% dan asid hyaluronik 84% bersama dengan Niacinamide semula jadi dan ekstrak ginseng merah untuk meremajakan kulit.

Serum vitamin c ini membantu melegakan parut jerawat, lingkaran hitam, dan bintik-bintik.

Ia juga berfungsi untuk memutihkan kulit dan menghalang penuaan kulit muka.

TIdak mengandungi sebarang bahan kimia berbahaya dan sangat selamat digunakan.

Lihat pilihan:
Purito Pure
Lazada

13.Dr. Rashel

Serum wajah Dr. Rashel vitamin C ini sangat ringan dan mudah meresap ke dalam kulit.

Ia membantu memudarkan bintik-bintik matahari dan perubahan warna, menghaluskan tekstur kulit dan mengurangkan pembentukan kedutan.

Ia juga sangat sesuai untuk memudarkan parut jerawat.

Sesuai untuk kulit kering.

Beli/Lihat Dr. Rashel:
Shopee
Lazada

3 thoughts on “Wajah Kembali “Flawless” Dengan 13 Serum Vitamin C Terbaik”

  1. Pingback: 12 Essence Muka Terbaik Di Malaysia 2021 - Sricantik

  2. Pingback: 12 Jenama Vitamin C Terbaik di Malaysia 2021 - Sricantik

  3. Pingback: 10 Serum Untuk Kulit Berminyak Terbaik di Malaysia 2021 - Sricantik

Leave a Reply