13 Essence Muka Terbaik Di Malaysia 2024

0Shares

Ketahui rahsia kulit muka glowing dengan senarai essence muka terbaik ini!

Apa Itu Essence?

Essence muka merupakan produk penjagaan kulit yang pada mulanya berasal dari negara luar seperti Korea dan Jepun.

Biasanya, ia digunakan selepas pencuci muka tetapi sebelum pelembap.

Ia bertindak sebagai produk tambahan yang membantu memperbaiki dan memperkemas kulit wajah.

Essence muka mengandungi bahan-bahan yang berbeza seperti asid hialuronik, vitamin C dan E, kolagen dan banyak lagi yang dapat memberi manfaat yang berbeza pada kulit.

Ia membantu melembapkan, menghidratkan, meningkatkan keanjalan dan elastisiti kulit serta memperbaiki tampilan kulit kusam dan tidak sekata.

Apabila essence disapu pada kulit selepas menggunakan pembersih dan toner, ia membantu mengembalikan penghidratan ke sel-sel kulit.

Apabila digunakan sebelum serum, pelembap dan sunblock / sunscreen, ia membantu kulit menyerap produk ini dengan lebih baik.

Penggunaan serum mahupun essence adalah sangat baik untuk meningkatkan lagi penyerapan moisturizer anda ke dalam kulit.

Apa yang pasti, serum dan essence lebih fokus kepada masalah kulit seperti anti aging, acne, dark spot, pigmentation, firming, whitening dan lain-lain lagi.

Kandungan Essence Yang Perlu Anda Tahu

Kandungan essence muka dapat berbeza-beza bergantung kepada jenama dan jenis produk yang dipilih.

Namun, terdapat beberapa bahan yang biasanya terdapat dalam essence muka, antaranya:

  • Asid hialuronik: Membantu mengekalkan kelembapan kulit dan meningkatkan keanjalan kulit.
  • Kolagen: Membantu meningkatkan keanjalan dan kehalusan kulit.
  • Peptida: Membantu merangsang pembentukan kolagen dan memperbaiki struktur kulit.
  • Ekstrak tumbuhan: Misalnya ekstrak teh hijau, aloe vera, atau chamomile, yang membantu menenangkan dan melembapkan kulit.
  • Vitamin C dan E: Membantu mengurangkan tanda-tanda penuaan, merangsang pembentukan kolagen, dan mencerahkan kulit.
  • Asid alfa hidroksi (AHA) dan beta hidroksi (BHA): Membantu mengelupaskan sel kulit mati dan menyamarkan tanda-tanda penuaan.
  • Ceramide: Membantu mengekalkan kelembapan kulit dan menguatkan penghalang kulit.
  • Niacinamide: Membantu mengurangkan jerawat, mengurangkan liang roma, dan mencerahkan kulit.

Bahan-bahan ini bekerja bersama-sama untuk memberi manfaat yang berbeza pada kulit dan memberikan kesan yang lebih optimal apabila digunakan secara konsisten.

Kebaikan Essence Muka Untuk Kulit

Essence muka mempunyai pelbagai kebaikan untuk kulit wajah, antaranya:

1. Melembapkan kulit
Essence muka membantu mengekalkan kelembapan kulit dan mencegah kekeringan. Kulit yang cukup lembap akan kelihatan lebih sihat dan berseri.

2. Meningkatkan keanjalan kulit
Bahan-bahan seperti asid hialuronik dan kolagen dalam essence muka membantu meningkatkan keanjalan kulit dan mengurangkan kedutan. Kulit wajah akan kelihatan lebih kemas dan muda.

3. Memperbaiki tampilan kulit kusam
Vitamin C dan E dalam essence muka membantu mencerahkan kulit dan mengekalkan kesegaran. Kulit akan kelihatan lebih berseri dan bersih.

4. Mengecilkan liang roma
Beberapa essence muka mengandungi asid alfa hidroksi (AHA) dan beta hidroksi (BHA) yang membantu mengelupaskan sel kulit mati dan membersihkan liang roma. Kulit wajah akan kelihatan lebih bersih dan halus.

5. Meningkatkan penyerapan produk lain
Essence muka membantu meningkatkan penyerapan produk lain yang digunakan selepas itu, seperti pelembap atau serum.
Ini membantu produk tersebut berfungsi dengan lebih baik pada kulit.

6. Merawat masalah kulit tertentu
Bahan-bahan tertentu dalam essence muka seperti niacinamide dan ekstrak tumbuhan tertentu boleh membantu merawat masalah kulit seperti jerawat, kemerahan, atau kepekaan.

Essence muka sangat berguna untuk mengekalkan kesihatan dan kecantikan kulit wajah. Penggunaan secara konsisten akan membantu memberikan kesan yang lebih optimal.

7 Tips Menggunakan Essence

Essence digunakan sama seperti ketika anda menggunakan serum.

Ia seharusnya disapu selepas cleanser dan toner, sebelum anda menggunakan moisturizer dan sunscreen / sunblock.

Berikut adalah beberapa tips untuk menggunakan essence muka dengan betul:

1. Gunakan setelah pencuci muka
Pastikan kulit wajah anda bersih sebelum menggunakan essence muka. Pencuci muka biasa sudah cukup, tetapi jangan gunakan pembersih yang terlalu kuat atau beralkohol kerana ia boleh mengeringkan kulit.

2. Gunakan sebelum pelembap
Essence muka sebaiknya digunakan sebelum pelembap untuk membantu meningkatkan penyerapan pelembap. Ini akan membantu mengunci kelembapan dalam kulit dan meningkatkan keberkesanan pelembap.

3. Sapukan ke seluruh wajah
Essence muka sebaiknya disapukan ke seluruh wajah dengan lembut, jangan hanya pada bahagian tertentu. Ini akan membantu memberi manfaat yang merata pada kulit.

4. Gunakan secukupnya
Jangan gunakan terlalu banyak essence muka kerana ia boleh menyebabkan kulit terlalu lembap dan berminyak. Sejumlah saiz kacang soya sudah cukup.

5. Gunakan secara konsisten
Untuk mendapatkan manfaat yang optimal, gunakan essence muka secara konsisten dalam rutin penjagaan kulit anda. Gunakan setiap hari pagi dan malam untuk hasil yang lebih baik.

6. Gabungkan dengan produk lain
Essence muka dapat digabungkan dengan produk lain seperti serum atau masker untuk meningkatkan manfaat pada kulit. Pastikan untuk memilih produk yang sesuai dengan keperluan kulit anda.

7. Pilih essence muka yang sesuai
Pastikan memilih essence muka yang sesuai dengan jenis kulit anda. Jika kulit anda kering, carilah essence muka yang melembapkan, dan jika kulit anda berminyak, carilah yang ringan dan tidak berminyak.

Menggunakan essence muka dengan betul akan membantu memberikan manfaat yang lebih baik pada kulit wajah anda.

Ingatlah untuk menggunakan secara konsisten dan pilih produk yang sesuai dengan jenis kulit anda.

Senarai Produk Essence Terbaik Untuk Wajah Anda

Adakah anda pernah mendengar tentang “glass skin”?

Pemakaian essence adalah langkah utama untuk mencapai kulit yang bersih dan ‘glowing’.

Sebagai panduan, anda boleh melihat senarai essence terbaik di Malaysia yang telah kami sediakan khas untuk anda!

1.L’oreal Paris

Semak harga dalam pilihan dibawah:

Shopee Malaysia

Lazada Malaysia

Antara essence muka terbaik yang mendapat maklum balas positif daripada para pengguna di Malaysia!

L’Oreal Paris Revitalift Crystal Micro-Essence mengandungi formula berkualiti tinggi, mudah digunakan dan memberikan manfaat yang baik pada kulit wajah.

Essence ini membantu menyediakan nutrisi penting untuk kulit seperti asid hialuronik dan Vitamin B3 untuk membantu menjadikan kulit lebih berseri dan anjal.

Sesuai untuk semua jenis kulit dan sangat direkomendasikan untuk mereka yang ingin meningkatkan kesihatan dan kecantikan kulit wajah.

2.Cosrx

Semak harga dalam pilihan dibawah:

Shopee Malaysia

Lazada Malaysia

Inginkan kulit yang lebih berseri dan tampak bersinar?

Cubalah essence terbaik dari Cosrx ini.

Cosrx Advanced Snail 96 Mucin Power Essence adalah produk yang efektif untuk merawat kulit yang rosak, kusam dan tidak bermaya.

Dengan kandungan mucin yang tinggi, produk ini memberikan nutrisi, kelembapan dan membantu mengurangkan tanda penuaan pada kulit.

Produk ini mudah digunakan, sesuai untuk semua jenis kulit dan memiliki harga yang berpatutan.

Oleh itu, produk ini adalah pilihan terbaik untuk menjaga kesihatan dan kecantikan kulit wajah!

3.Hada Labo

Semak harga dalam pilihan dibawah:

Shopee Malaysia

Lazada Malaysia

Hada Labo Premium Whitening Essence ini terbukti berkesan untuk mencerahkan kulit yang kelihatan kusam dan tidak bermaya!

Diperkaya dengan kandungan bahan- bahan unik seperti arbutin dan Hyaluronic Acid, produk ini membantu memberikan kelembapan, nutrisi dan mencerahkan kulit.

Bebas wangian, minyak mineral, alkohol dan pewarna sintetik.

4.Secret Key

Semak harga dalam pilihan dibawah:

Shopee Malaysia

Lazada Malaysia

Kembalikan semula keserian kulit anda dengan essence terbaik dari Secret Key!

Ia mengandungi ekstrak filtrat fermentasi galactomyces, Centella dan lidah buaya untuk melembapkan, mencerahkan dan meningkatkan keanjalan kulit.

Produk ini mengandungi 24K emas yang dikenali sebagai bahan yang kaya dengan antioksidan yang membantu melindungi kulit daripada radikal bebas serta ekstrak bunga mawar yang membantu memberikan kelembapan dan kehalusan kulit.

Didatangkan dalam 3 pilihan essence mengikut kesesuaian kulit anda!

5.Mugwort Essence

Semak harga dalam pilihan dibawah:

Shopee Malaysia

Lazada Malaysia

Kulit anda sensitif?

Essence ini diformulasikan dengan 100% ekstrak mugwort dari Ganghwa Country, Korea untuk menenangkan kulit yang sensitif, kemerahan atau bermasalah.

Kaya dengan vitamin dan mineral, mugwort Korea terkenal dengan kemampuannya untuk mengembalikan kulit muda dan detoksifikasi yang luar biasa.

Ia membantu menjadikan kulit anda lebih sihat dan segar.

6.Bio-essence Bio-Gold

Semak harga dalam pilihan dibawah:

Shopee Malaysia

Lazada Malaysia

Formula unik essence muka Bio-esssence Bio-Gold mampu untuk memperbaiki dan memperbaharui tesktur semula jadi kulit.

Ia mengandung anti-oksidan kuat yang melindungi kulit daripada kerosakan radikal bebas, sehingga memperlambat tanda-tanda penuaan awal.

Diperkaya dengan ekstrak mawar Jepun yang unik, Eijitsu untuk kuasa penghidratan lebih lama!

7.Missha

Semak harga dalam pilihan dibawah:

Shopee Malaysia

Lazada Malaysia

Essence muka terbaik Missha ini dipercayai mampu memperbaiki kerosakan dan meratakan warna kulit hanya dalam beberapa minggu!

Formula yang telah diperbaharui ini mengandungi lebih dari 90% ekstrak ragi fermentasi dari barli ungu Himalaya untuk memperbaiki tekstur kulit dan mengurangkan pigmentasi.

8.Benton Snail Bee

Semak harga dalam pilihan dibawah:

Shopee Malaysia

Lazada Malaysia

Produk ini mengandungi 90% ekstrak siput dan racun lebah dan bukannya air.

Bahan utama seperti mukin siput dan racun lebah membantu menyembuhkan jerawat, memudarkan parut jerawat, mencerahkan tona kulit, dan mengekalkan penghidratan sepanjang hari.

Mukin siput menyokong pertumbuhan semula sel semula jadi dan menambah kelembapan untuk meningkatkan ketegasan, dan racun lebah mempunyai sifat anti-radang, anti-bakteria, dan anti-virus semula jadi.

Sangat digalakkan untuk mereka yang mempunyai kulit sensitif dan bermasalah.

9.NeoGen

Semak harga dalam pilihan dibawah:

Shopee Malaysia

Lazada Malaysia

Neogen Real Ferment Micro Essence diformulasikan dengan lebih daripada 93% mikro bio fermentasi kompleks yang membantu meningkatkan penyerapan bahan aktif dalam kulit.

Ia mengandungi niacinamide yang membantu mencerahkan kulit, mengurangkan kemerahan dan kesan jerawat.

Sesuai digunakan untuk semua jenis kulit, termasuk kulit sensitif.

Cubalah sekarang!

10.Nacific

Semak harga dalam pilihan dibawah:

Shopee Malaysia

Lazada Malaysia

Inginkan kulit yang lebih cerah?

Cubalah Phyto Niacin Whitening Essence ini.

Dengan niacinamide sebagai ramuan utama, produk ini menghalang pengeluaran melanin pada kulit sambil memastikan ia tetap terhidrat dan menenangkan semuanya.

11.Laneige

Semak harga dalam pilihan dibawah:

Shopee Malaysia

Lazada Malaysia

Essence pelembap yang membantu kulit kelihatan lembap dan jernih menggunakan Air Mineral Hijau dari sayur-sayuran.

Sesuai untuk kulit kombinasi dan kering.

12.Isntree

Semak harga dalam pilihan dibawah:

Shopee Malaysia

Lazada Malaysia

Isntree Clear Skin 8% AHA Essence berfungsi untuk menjana semula kolagen dan warna kulit yang sekata.

Ia mengandungi gliserin dan natrium hyaluronat untuk penghidratan, serta kumpulan bahan penenang seperti allantoin, centella asiatica, dan lidah buaya.

Sangat sesuai untuk kulit yang sensitif.

13.Garnier

Semak harga dalam pilihan dibawah:

Shopee Malaysia

Lazada Malaysia

Garnier Sakura White Pinkish Radiance Essence Lotion diformulasikan dengan ekstrak sakura Jepun, asid hyaluronik, vitamin B3 dan CG.

Mempunyai tekstur yang lembut dan cair untuk menghidrat dan melembutkan kulit serta merta selepas membersihkan muka.

Sesuai untuk kulit remaja.

Kesimpulan

Semoga artikel ini membantu anda mencari produk essence muka yang sesuai dengan keperluan kulit anda.

Dengan pelbagai jenama dan formula yang tersedia, pasti terdapat satu produk yang sesuai untuk setiap individu.

Jangan lupa bahawa penggunaan essence muka secara konsisten dapat membantu menjaga kulit wajah anda agar sentiasa sihat, lembut dan berseri-seri.

Mari mulakan perjalanan kecantikan kulit wajah yang lebih baik dengan menggunakan salah satu daripada 13 essence muka terbaik di Malaysia pada tahun 2023!

0Shares

Leave a Reply