Senarai panjang shampoo terbaik untuk melebatkan rambut Malaysia 2024!
Senarai shampoo yang terbaik dan sememangnya berkesan dengan pembelian sehingga 40k pengguna di online shopping seperti Shopee dan Lazada sahaja!
Walaupun tidak ada cara untuk mengubah tekstur folikel rambut, namun banyak perkara yang boleh anda lakukan untuk membuat rambut kelihatan lebih tebal dan mengurangkan kerosakan dan keguguran rambut.
Salah satunya adalah menggunakan produk shampoo yang sesuai untuk rambut anda.
Bagaimana shampoo boleh mengurangkan keguguran rambut?
Realitinya, sebilangan besar syampu yang terdapat di pasaran tidak menjalani ujian klinikal.
Namun, syampu tersebut mampu meningkatkan aliran darah sehingga dapat membantu rambut gugur hingga tahap tertentu mengikut jenis ramuan yang digunakan.
Keberkesanan syampu tersebut bergantung pada kekerapan dan masa penggunaan.
Tips Memilih Shampoo Melebatkan Rambut
1. Fahami Jenis Rambut Anda
Pertama sekali, ketahui jenis rambut dan kulit kepala anda.
Anda tidak boleh menggunakan syampu yang diformulasikan untuk kulit kepala kering pada kulit kepala berminyak.
Berikut ini adalah klasifikasi jenis rambut berdasarkan parameter yang berbeza:
2. Tentukan masalah rambut anda
Anda mungkin mengalami keguguran rambut disebabkan oleh kelemumur, pewarnaan rambut, akar rambut lemah atau masalah kulit kepala.
Rambut yang gugur sekitar 100 helai dianggap normal.
Penting untuk mengetahui punca rambut gugur sebelum anda memilih syampu yang sesuai.
Berikut adalah beberapa bahan yang boleh anda cari untuk mengatasi masalah rambut anda:
3. Petua yang anda harus ingat
- Pilih syampu yang tidak banyak berbuih. Ini adalah syampu bebas sulfat dan selamat di kulit kepala anda.
- Cuba cari bahan semula jadi semaksima mungkin.
- Sekiranya anda mempunyai rambut ikal, kerinting atau kasar, cari syampu yang melembutkan rambut anda selain mencegah rambut gugur.
- Gunakan syampu yang ringan jika anda mempunyai rambut yang sangat nipis.
- Untuk rambut kering, cari bahan pelembap bersama dengan bahan yang berkesan terhadap keguguran rambut.
4. pH Shampoo
Peluh di kulit kepala anda bercampur dengan minyak atau sebum untuk membentuk lapisan nipis yang disebut ‘acid mantle’.
PH acid mantle ini adalah sekitar 4.5 hingga 5.5.
Sifat rambut yang berasid menghalang pertumbuhan kulat dan bakteria pada kulit kepala dan rambut juga.
Selain itu, pH ini menjadikan kulit rambut tetap utuh dan sihat.
Oleh itu, cari syampu yang pHnya dekat dengan kulit kepala anda sehingga tidak menyebabkan kerosakan pada rambut / kulit kepala.
5. Apa yang harus dielakkan?
Untuk merawat keadaan rambut gugur anda, cari syampu yang mengandungi bahan aktif semula jadi.
Elakkan sulfat (myreth sulfate, sodium lauryl sulfate dan ammonium lauryl sulfate), alkohol, propylene glycol, parabens, phthalates.
‘Mengapa rambut saya gugur semasa bersyampu?’
Jangan risau. Keadaan ini adalah normal.
Ini adalah rambut yang berada dalam fasa rehat atau fasa telogen.
Namun, jika anda melihat segumpal rambut tersumbat di pancuran anda, sila dapatkan nasihat dan bantuan perubatan terdekat anda.
Senarai shampoo khas untuk rambut gugur
Dalam artikel ini, Sricantik telah membantu anda menyenaraikan 15 produk shampoo yang berkesan untuk melebatkan rambut dan mengurangkan rambut gugur.
1.LAVOO™ Protein Treatment Series
Semak harga dalam pilihan dibawah:
Rambut merupakan mahkota bagi wanita, masalah rambut gugur adalah masalah besar dan perlu ditangani dengan segera sebelum menjadi kronik.
Masalah keguguran rambut kebiasaanya adalah berpunca daripada akar rambut yang tidak kuat atau rapuh disebabkan tidak dapat sumber protein yang mencukupi.
Dengan itu, LAVOO mengeluarkan Protein Hair Treatment dan terbukti ia sangat sesuai bagi mereka yang menginginkan rambut yang lebat, sihat dan bersinar.
Shampoo ini diperkaya dengan pelbagai bahan ramuan yang sangat baik untuk merawat dan menjaga rambut daripada gugur, kusam dan nipis.
Antaranya adalah ekstrak protein yang mana dapat menguatkan dan memberi efek bersinar pada rambut, melembutkan dan memudahkan proses mengurus rambut anda.
Protein Hair Treatment didatangkan dengan shampoo, serum dan hair spray lengkap.
Tersedia dengan pouch bag dan massage brush bagi memudahkan anda gosok dan urut rambut dan kulit kepala.
Protein Hair Treatment terdiri daripada:
- Protein Essence Shampoo 400ml
- Protein Collagen Hair Spray 120ml
- Protein Complex Serum 60ml
- FREEG LAVOO Travel Pouch Bag
- FREE Shampoo Massage Brush
Pelbagai kebaikan yang anda akan dapat daripada set Protein Hair Treatment ini.
Sepantas 1 minggu, anda akan dapat rasakan perubahan yang ketara dan masalah rambut akan hilang.
Antara fungsi Protein Hair Treatment adalah :
- Menguatkan dan memberi ketahanan pada akar rambut
- Menggalakkan dan mempercepatkan pertumbuhan rambut
- Memberikan efek sinar pada rambut
- Mengelakkan rambut gugur dan menebalkan rambut
- Mengelakkan rambut keriting dan bercabang, melembutkan rambut
Anda inginkan testimoni mengenai produk ini?
Lihat testimoni di sini: LAVOO Protein Treatment Series
2.Pantene Pro-V
Semak harga dalam pilihan dibawah:
Rambut anda rosak dan tidak bermaya?
Cubalah shampoo untuk melebatkan rambut Pantene Pro V ini!
Ia melembapkan rambut dan mengandungi keratin dan panthenol untuk menyihatkan rambut.
Tidak mengandungi sebarang pewarna dan juga paraben, ianya amat bagus untuk merawat rambut yang rosak dan dapat menghalang rambut bercabang.
3.Avalon Organics
Semak harga dalam pilihan dibawah:
Avalon Organics Thickening Shampoo adalah campuran seimbang Biotin, Quinoa protein dan Vitamin E.
Selain membersihkan dan menyuburkan rambut, ia membantu mengawal keguguran rambut serta menguatkan akar rambut,
Ia juga membantu merangsang kulit kepala untuk menggalakkan pertumbuhan rambut.
Hasilnya, rambut kelihatan lebih lebat dan lembut dengan sihat.
Jadikannya sebagai pilihan utama anda untuk mendapatkan rambut yang lebat dan cantik!
4.Petal Fresh Hair Rescue
Semak harga dalam pilihan dibawah:
Tercari-cari produk shampoo untuk melebatkan rambut berasaskan tumbuhan?
Petal Fresh Hair Resque menggunakan teknologi berasaskan tumbuhan untuk membersihkan kulit kepala daripada minyak dan kotoran.
Ia mengandungi vitamin B3, B5, B7 unutk memulihkan keratin rambut, meningkatkan keanjalan rambut, mengurangkan kerosakan dan keguguran rambut.
Tidak mengandungi paraben dan bahan-bahan kimia berbahaya.
Antara shampoo melebatkan rambut terbaik di Malaysia!
5.Pure Thickening Shampoo
Semak harga dalam pilihan dibawah:
Pure Shampoo berkesan untuk mengurangkan rambut gugur dan merangsang pertumbuhan rambut yang baru.
Ia mengandungi ekstrak tumbuhan semulajadi, yang melindungi akar-akar rambut agar lebih kuat dan fleksibel serta kelihatan lebih tebal.
Diperkaya dengan ekstrak halia untuk meningkatkan peredaran darah dan membantu mengoptimumkan pertumbuhan rambut baru.
Ia selamat digunakan kerana tidak mengandungi minyak silikon dan bahan perangsang tambahan.
6.Grafen Hinoki Shampoo
Semak harga dalam pilihan dibawah:
Hinoki Shampoo menggunakan air cypress yang dan minyak pati Cypress yang diekstrak dari cypress di Kepulauan Jeju.
Ia membantu memelihara kulit kepala dan rambut agar kekal bersih dan sihat,
Ia bertindak merawat rambut dengan 4 cara iaitu;
- menyingkirkan kotoran dari rambut
- membekalkan nutrien penting terus ke akar rambut.
- menormalkan pH kulit kepala
- menggunakan kesan antibakteria semulajadi
Jika anda mempunyai rambut yang mudah gugur, nipis dan rapuh, cubalah Hinoki Shampoo sekarang!
7.Faith Fleur
Semak harga dalam pilihan dibawah:
Produk ini semakin mendapat tempat di hati pengguna-pengguna di Malaysia kerana wangian harumannya yang ringan dan lembut!
Antara kelebihan Faith Fluer Hair Shampoo ini adalah:
- mengurangkan keguguran rambut gugur
- menggalakkan pertumbuhan rambut
- menghapuskan kelemumur dan mencegah dari kekeringan kulit kepala
- menghalang pembiakan kulat kelemumur dan mejadikan rambut subur dan hitam
- membantu dan merawat pembentukan tisu kulit kepala
- menyuburkan kulit kepala
Hasilnya, lembut lebih mudah diurus, lebih tebal dan lebih sihat.
8.Grafen Root Booster Shampoo
Semak harga dalam pilihan dibawah:
Jualan produk rambut No.1 Korea ini telah mencecah hampir 16 juta di seluruh Malaysia!
Root Booster Shampoo berbeza dengan shampoo lain kerana ianya mengandungi 9 ekstrak herba yang berkesan untuk merawat kulit kepala, keguguran rambut dan pengawalan kelemumur.
Shampoo berasaskan air tulen yang tidak melekat kerana ia tidak mengandungi xanthan gum.
Mempunyai pH yang sama dengan kulit kepala bagi mengimbangi tahap pH pada kulit kepala.
Bebas paraben.
9.Nioxin Cleanser (1)
Semak harga dalam pilihan dibawah:
Nioxin Cleanser Shampoo Step 1 direka khas untuk rambut yang nipis dan halus.
Fungsi utamanya menghilangkan minyak dan serpihan seperti sebum, asid lemak dan sisa persekitaran yang boleh menyekat folikel rambut.
Ia menguatkan tekstur rambut sambil menyegarkan kulit kepala dan memberikan kilauan yang sihat.
Ramai pengguna memberikan respons terhadap peningkatan ketebalan rambut, malah produk ini turut menggalakkan cabaran 30 hari untuk pengguna melihat sendiri perbezaannya.
10.Herbal Essences Bio Renew
Semak harga dalam pilihan dibawah:
Rambut anda rosak dan mudah gugur?
Cubalah syampu Argan Oil of Morocco dari Herbal Essences Bio Renew ini yang direka khusus untuk merawat rambut yang rosak secara semulajadi.
- gabungan antioksidan penting, gaharu dan kelp laut
- menghidupkan semula rambut anda dalam masa 21 hari sahaja
- wangian dari pelbagai lapisan sitrus bergas, rempah eksotik dan vanila berkrim
Bebas dari paraben, bahan pewarna dan gluten.
11.EVAS Pedison Hair Protein Shampoo
Semak harga dalam pilihan dibawah:
Suka dengan wangian dan haruman buah mangga?
Produk dari Evas Pedison yang menggabungkan protein dan ekstrak mangga ini pastinya akan memikat hati anda hanya dengan sekali cucian sahaja.
Ia bertindak dalam 3 langkah mudah iaitu:
- nutrisi dari ekstrak mangga melembap rambut lebih dalam agar rambut bersinar dan bercahaya.
- protein, kolagen dan peptida merawat rambut yang rosak agar lebih sihat .
- Buih yang mewah dan lembut membasuh dan menyingkirkan minyak dan kotoran kulit kepala.
Dengan aroma mangga yang lembut dan tahan lebih lama, anda akan merasa bertenaga dan menyegarkan sepanjang hari. Cubalah sekarang!
12.Amazing Collagen Scalp Shampoo
Semak harga dalam pilihan dibawah:
Amazing Collagen Scalp Shampoo adalah syampu pembersih yang bersifat hypoallergenic.
Ia mengandungi bahan organik dan bahan semula jadi yang dipatenkan serta kolagen terhidrolisis untuk mengurangkan rambut gugur dan merawat masalah kelemumur.
Mempunyai haruman aromaterapi serai semulajadi yang mampu menghilangkan stress.
Serai mempunyai sifat antibakteria, menenangkan dan anti-penuaan yang sangat baik serta membantu peredaran darah ke kulit kepala.
13. Ogx Thick & Full Biotin
Semak harga dalam pilihan dibawah:
Shampoo dan Conditioner sememangnya tidak dapat dipisahkan.
Produk daripada OGX ini adalah gabungan prestasi tinggi dari ProVitamin B7 yang sangat hebat meresap jauh ke dalam kulit kepala.
Fungsi kolagen dan protein gandum terhidrolisis mampu menguatkan setiap helaian rambut untuk rambut yang lebih tebal dan sihat.
14.Himalaya Herbals
Semak harga dalam pilihan dibawah:
Himalaya Herbals Anti-Hair Fall Shampoo adalah shampoo yang mengandungi bahan semulajadi seperti bhringaraj dan bunga serai untuk membantu mengurangkan keguguran rambut dan memperbaiki struktur rambut.
Ia membantu menutrisi kulit kepala dan rambut, serta membantu mengurangkan gatal dan ketombe.
Shampoo ini juga mengandungi bahan-bahan yang membantu melindungi rambut dari kerosakan akibat pencemaran dan pemanasan.
15.Ginger Wang
Semak harga dalam pilihan dibawah:
Syampu ekstrak halia tua ( GINGER WANG ) asli sesuai untuk lelaki dan wanita.
- Halia membantu mengaktifkan pengaliran darah ke kulit kepala dan rambut.
- Menggalakkan pertumbuhan anak anak rambut dan menguatkan akar rambut
- Penggunaan jangka panjang produk ini akan menjadikan rambut anda hitam dan lebat dengan akar rambut yang kuat.
Produk mesti cuba!
Kesimpulan
Selain daripada perawatan rambut dari luar, diet dan pemakanan yang seimbang juga merupakan salah satu faktor penyumbang untuk rambut yang lebat dan sihat.
Anda anda cadangan atau produk yang lebih bernas untuk melebatkan rambut?
Berikan komen anda di bawah!
Hye i have a question ! saya ade rambut gugur jd better amek produk untuk gugur atau produk untuk lebatkan rambut ? sebab rambut saya pun agak nipis sebab kan rambut gugur ni , so saya masih dalam dilema sama ada nak beli produk rambut mana satu . So what should i use ??
Hi Mira. Saya cadangkan agar you guna syampu dan conditioner khas untuk kurangkan rambut gugur. Dan, kalau boleh amalkan pakai hair tonic dan serum rambut sekali ya.
Hai . Saya ada masalah hampir botak rambut mungkin disebabkan stress sebab saya jenis bekerja keras . Apa produk yang sesuai untuk saya ? Kalau boleh saya nak lebatkan rambut sebab tak tahan diejek oleh orang disekeiling saya .
https://www.sricantik.com/jenama-vitamin-b-complex-terbaik/
Hi Marleen. Kadangkala, tekanan dan tahap stress yang tinggi juga boleh menyebabkan keguguran rambut. Dalam situasi ini, sistem imunisasi badan kita akan menyerang badan kita sendiri dan menyebabkan folikel rambut turut terjejas.
Mungkin anda boleh amalkan saplimen seperti vitamin C, zink dan B Complex. B Complex sangat baik untuk meredakan stress. Cuba semak senarainya di sini:
https://www.sricantik.com/jenama-vitamin-b-complex-terbaik/
Semoga membantu ya.
Actually orang kedai tersalah gunting rambut sy.. So rambut sy jadi agk pendek.. Boleh sy tau x shampoo apa yg sesuai untuk memanjangkan semula rambut??
Hi Iera. Sebelum tu, boleh saya tahu awak mempunyai masalah rambut x? contohnya, rambut mudah gugur, kering, rapuh atau berkelemumur.
Jika awak ada masalah rambut seperti contoh tadi, awak boleh guna syampu yang sesuai untuk masalah rambut awak ya. Bila kulit kepala kita sihat, barulah rambut akan cepat tumbuh dengan lebih sihat dan panjang. Semoga membantu ya!
Hye,sy ada masalah rambut gugur sejak dari dulu dn smpi sekarang rambut sy masih gugur walaupun xbanyak.boleh sis rekomen kn syampu yang sesuai untuk masalah rambut sy..
Hai nurul..sebenarnya banyak faktor kenapa rambut gugur, antaranya faktor umur, stress, gaya hidup, hair styling dan sebagainya. Cuba kenal pasti dahulu punca rambut gugur. Kemudian, pilihlah syampu khas untuk rambut gugur, bebas paraben dan bebas SLS. Semoga membantu!
bagaimana ingin mengenal pasti punca rambut gugur? saya mempunyai kulit kepala gatal dan rambut saya sering gugur, ap produk yang sesuai?
hi fadthun. Jika rambut yang gugur terlalu teruk sehingga menjejaskan penampilan diri anda, saya cadangkan agar anda berjumpadengan doktor untuk mengenal pasti punca sebenar rambut anda gugur.
Namun, jika rambut yang gugur dalam lingkungan 100 helai sehari, itu dikira normal.
Apa yang saya boleh cadangkan, gunakan produk shampoo yang bebas paraben, sls, dan sles. Jika shampoo yang anda gunakan itu menyebabkan kulit kepala gatal dan sering gugur, anda mungkin tidak sesuai dengan shampoo tersebut.
Amalkan pemakanan seimbang, elakkan stress dan selalulah bersenam.
Semoga membantu!
Hye, boleh sis cadang x shampoo apa yg sesuai utk rambut saya. Rambut saya rontok, nipis, mudah terputus dibahagian tengah² rambut, bila sikat rambut cepat gugur. Dan rambut saya juga sangat kering.. Saya harap sis boelh bantu saya untuk dapatkan shampoo yg terbaik?
Hi Wawa, jika rambut anda terlalu rontok dan sangat mudah putus, saya sarankan agar anda elakkan penggunaan bahan kimia dan bahan pemanas ke atas rambut anda seperti mewarna rebonding atau keriting. Elakkan mengikat rambut dengan kuat dan sikat rambut ketika rambut sudah kering.
Anda boleh gunakan syampu bayi yang lebih lembut untuk membasuh rambut anda.
Elakkan stress dan makan makanan tinggi protin dan vitamin C. Amalkan saplimen yang mengandungi mineral zink kerana ia sangat membantu menguatkan akar rambut. Semoga membantu ya.
Hi, saya ada masalah rambut yang sangat teruk. Saya dah terlalu banyak tukar shampoo sebab stress tengok rambut asyik gugur shj. Sekali sikat macam musim luruh. Boleh suggest shampoo apa yang sesuai? Saya takde masalah kelemumur. Cuma rambut kering yang terlampau dan rambut gugur yang melampau
Hi Zie, stress juga adalah antara sebab kenapa rambut mudah gugur. Kemungkinan produk syampu yang anda gunakan sebelum inim mengandungi bahan kimia yang sangat tinggi dan tidak sesuai dengan rambut anda. Saya cadangkan anda cuba cari produk syampu khas untuk rambut kering dan sensitif yang bebas dari paraben, SLS, SLES. Lebih baik jika anda gunakan sekali dengan conditioner, serum dan tonik rambut. Semoga membantu ya.
Saya dari kecil ada masalah kekurangan rambut akibat keturunan. Boleh saya tahu shampoo apa yang sesuai
Hi Shahrul. Berkenaan dengan masalah anda, ia boleh disebabkan oleh banyak faktor seperti:
Genetik
Penggunaan syampu yang tidak sesuai
Kelemumur
Pemakanan
Cadangan saya, sebaiknya anda berjumpa dengan pakar rawatan rambut untuk mendapatkan nasihat mereka. Semoga membantu ya.
If stress atau mgrane ada ke syampu yg sesuai untuk rambut yang gugur tu
Hi Marlina. Cuba elakkan stress atau migrain ya. Cuba kenal pasti apa yang menyebabkan anda stress atau migrain sebab itu adalah salah satu kenapa rambut gugur. Be happy and positive always ya.
hiii. saya mengalami masalah akar rambut yg tidak kuat, sbb tu rambut sy mudah gugur, kalau shampoo and gosok kuat sikit makin bnyk rambut yang gugur, lepas guna conditioner lagiii bnykk gugur. dah try shampoo mcm mcm. ada cadangan tak yg mana pling terbaik.
hi Nur Azizah. Saya cadangkan anda cuba syampu khas untuk menguatkan akar rambut dan buat masa sekarang, elakkan menggunakan conditioner. Ada banyak jenis syampu untuk menguatkan rambut dan pastikan ianya tidak mengandungi paraben, SLS dan SLES. Jangan lupa amalkan serum dan hair tonic juga ya.
Semoga membantu.
Hi,saya ada masalah rambut yang gugur dan berkelumumur.saya taktau dah nak pakai shampoo apa yang sesuai tambah2 lagi rambut saya Yang cepat berminyak dan saya cepat berpeluh dan menyebabkan rambut jadi berminyak
Hi nur diyana. Antara punca rambut gugur, berkelemumur dan berminyak adalah kerana hormon badan yang tidak stabil. Faktor hormon tidak stabil juga banyak dipengaruhi dari pelbagai faktor seperti gaya hidup, corak pemakanan dan stress.
Apa yang boleh saya cadangkan, anda cuba gunakan syampu yang bebas dari paraben, SLES, SLS. Hindari stress dan amalkan gaya dan corak pemakanan yang sihat.
Semoga membantu!
saya mempunyai masalah kelemumur, bila saya pakai syampoo selsun, kelemumur hilang tapi rambut menjadi gugur yang banyak..bole sis bagi cadangan syampoo yang bersesuaian.
Hi Mila. Mungkin syampu selsun tidak sesuai untuk rambut anda. Saya cadangkan agar anda mencuba syampu anti dandruff yang lain seperti Loreal Anti-dandruff atau Head and Shoulder anti-dandruff. Semoga membantu ya!
Hi. Sy ade masalah akar rambut yg tak kuat, rapuh dan senang putus. Ia menyebabkan rambut sy banyak gugur dan agak nipis. Rambut sy juga kering dan kadang kadang berminyak. Boleh tolong suggest jenis syampu yg mana sesuai untuk sy? Sekarang pakai herbal essence grapefruit dan moca mint untuk melebatkan rambut. Terima kasih
Hi Fatihah. Sejak pakai shampoo herbal essence tu ada apa- apa perubahan? Kalau sesuai, awak boleh teruskan pakai shampoo tu. Apa yang boleh saya cadangkan, awak cuba amalkan saplimen zink dalam diet harian awak. Mineral zink sememangnya banyak membantu dalam menguatkan akar rambut kita. Amalkan diet seimbang ya!
Puan. Saya pernah memakai krim pelurus rambut setelah itu rambut saya gugur banyak sekali dan mengakibatkan ada spot botak yg menampakkan kulit kepala sekarang selain tu rambut saya juga jadi kering dan kondisinya nipis dari sebelum memakai produk pelurus tersebut. Harap puan dpt memberi cadangan produk apa yg sesuai utk saya
Hi,sebelum ni saya ada masalah rambut gugur banyak sampai takut nak sikat rambut, mungkin sebab kering & kadang-kadang kusut. Perasan rambut yang gugur mostly jenis halus & panjang sebab rambut saya memang panjang. Kadang tu rambut jadi bersimpul sehelai-sehelai.
Sekarang tu saya pakai syampu untuk menguatkan rambut jenama watsons & conditioner.
Kemudian kadang-kadang saya pakai minyak rambut safi & hair tonic. Rambut dah kurang gugur, tapi still nampak jarang sikit rambut bahagian kiri kanan. Saya takde masalah kelimumur
Apa patut saya buat? Perlu ke tukar syampu lain? atau potong sedikit rambut? saya nak tanya apa produk yang boleh melebatkan rambut?
Harap dapat membantu, sedih umur belum 30 tahun tapi rambut dah nampak jarang sangat.
Thank you.
Hi sara. Kadang – kadang diet yang tidak seimbang ataupun faktor persekitaran boleh menyebabkan kesihatan rambut sedikit terjejas. Rasanya awak tidak perlu tukar syampu lagi memandangkan rambut tidak gugur lagi tetapi mungkin awak boleh potong sedikit rambut. Saya cadangkan agar awak tambahkan makanan tambahan atau suplimen seperti multivitamin, protein dan zink untuk menyokong akar rambut. Semoga membantu ya!
hai saya nak tanya. saya ingin lebat dan kuatkan akar rambut.saya guna shampoo herbal essence arabica coffee. tapi rambut saya banyak gugur. boleh bagi cadangan
Hai liza. Antara salah satu faktor keguguran rambut adalah diet yang tidak seimbang yang menyebabkan kekurangan nutrien dalam badan. Rambut memerlukan sokongan protein, kalsium dan zat besi yang cukup. Apa yang saya boleh cadangkan adalah anda lebihkan sumber protein, kalsium dan zat besi dalam diet harian anda. Jika anda ingin ambil saplimen, pastikan ianya selamat dan berkesan ya. Semoga membantu!
Hi, saya nak tanya jenama shampoo apa yang sesuai untuk rambut gugur untuk remaja. Rambut saya nak hampir botak sbb tersalah pakai shampoo. Shampoo tu x sampai 2 minggu saya pakai dia dah buat rambut saya gugur. Sedangkan dia kata shampoo untuk rambut gugur.
Hi Syasya. Adalah lebih baik jika anda terus berjumpa dengan doktor atau pakar rambut yang bertauliah untuk mengetahui masalah sebenar rambut anda gugur. Anda juga boleh meminta pandangan dan nasihat yang lebih lanjut tentang jenis syampu yang sesuai untuk masalah rambut anda.
Hai syukri. Sebenarnya, kekerapan kita membasuh rambut bergantung kepada jenis rambut. Mencuci rambut secara berlebihan akan menyebabkan rambut kehilangan minyak semulajadi dan membuatkan rambut bercabang, keriting dan licin. Mencuci rambut selang sehari ada kekerapan terbaik tanpa mengira berapa panjang rambut seseorang itu. Namun, ia tetap bergantung kepada jenis rambut kita juga. Semoga membantu ya!
Hai, masalah rambut saya, selalu gugur, tarik sikit dah tercabut rambut, sama juga masa syampoo, kekadang rasa geram sbb asik gugur, rambut saya agak nipis sekarang. Dan saya juga ada kelimumur, selang sehari dua tak syampoo mesti ada kelimumur yg byk, lepas syampoo pun sama. Bole bagi cadangan syampoo? Kalau bole bagi jenama syampoo ya. Terima kasih ?
Hi Tisya. Apa yang boleh saya cadangkan ialah gunakan syampoo yang agak ringan dan lembut seperti Faith Fleur. Adalah lebih baik jika shampoo yang kita gunakan bebas paraben, SLS, dan SLES. Selain itu, amalkan pemakanan yang seimbang dan elakkan stress ya. Sumber protein, zat besi dan kalsium sangat penting untuk pertumbuhan sel dan tisu baru dalam badan kita sekaligus menyokong pertumbuhan rambut baru dan mengurangkan rambut gugur. Semoga membantu!
Hi , saya ada 2 masalah .
1. Rambut gugur
2. Kulit kepala berpeluh menyebabkan kelemumur.
Shampoo apa yang sesuai untuk saya .
Hi Nana. Sebagai cadangan, anda boleh gunakan syampu khas untuk kulit kepala berkelemumur seperti Faith Fleur Anti-Dandruff, Grafen Root Booster Shampoo atau Petal Fresh Shampoo. Namun, pilihan shampoo yang sesuai bergantung dengan jenis rambut anda. Sila dapatkan nasihat lebih lanjut daripada pakar rambut yang bertauliah. Semoga membantu!
Hello, saya umur 23 tpi ada masalah botak M sbb trsilap cukur.. Apa shampoo yg boleh tumbuhkan anak rambut dan panjang kan anak rambut?
Hi Haikal. Untuk masalah seperti ini, penggunaan syampu yang terbaik adalah syampu khas untuk lelaki. Contohnya seperti jenama Clean and Clear Men Deep Cleansing dan Alpecin Caffiene Shampoo Double Effect. Syampu ini sangat membantu untuk mempercepatkan pertumbuhan anak rambut dan menguatkan akar rambut. Semoga membantu ya!
Hi, saya ada masalah rambut gugur. Rambut jenis nipis. Kalau boleh nak rambut nampak lebat la… Boleh cadangkan shampoo mana yg boleh sy try. Nak try herbal essence tpi ada seller suruh ambik jenis Argan oil and ada seller suruh ambik Whitegrape & Mosa Mint. Saya dilemma tak tau nak ambik mana satu.
Anda boleh mencuba shampoo yang mengandungi minyak argan, sangat bagus untuk rambut gugur dan melebatkan rambut jika digunakan secara konsisten.
hai sri cantik. Terdapat dalam 8-15 helai rambut yang gugur setiap kali saya shampoo rambut saya. adakah ianya normal ? tq
Hi Mat Na. Menurut pakar, jika bilangan helai rambut yang gugur dalam sehari dalam lingkungan 50-100 dalam sehari, ianya dikira normal. Teruskan denngan amalan gaya hidup yang sihat dan penjagaan kebersihan diri yang baik. Semoga membantu ya!
Hai…saya nak tanya..rambut saya jenis leper dan nipis…shampoo apa yang sesuai untuk saya.saya lelaki
Hai Adam. Pilihlah syampu yang memberi kesan tebal. Syampu sebegini sebenarnya meningkatkan ukuran helai rambut anda buat sementara waktu dan membantu menyembunyikan tanda-tanda penipisan. Senarai syampu terbaik untuk lelaki ada di sini https://www.sricantik.com/syampu-terbaik-untuk-lelaki/. Semoga membantu ya!