15 Jenama Vitamin B Complex Terbaik Di Malaysia 2024

0Shares

Jenama vitamin B Complex yang terbaik dan popular di Malaysia 2024!

Ingin tahu jenama vitamin B Complex terbaik di Malaysia?

Kami bantu anda senaraikannya, senarai terbaik jenama vitamin B complex yang popular di Malaysia 2024!

Seperti yang kita ketahui, badan kita tak dapat menghasilkan vitamin B secara semula jadi.

Kekurangan sumber vitamin B akan menjejaskan kesihatan dan kecantikan kulit anda kerana kunci utama bagi vitamin B adalah menjaga kesihatan sel dan membuat anda sentiasa bertenaga.

Pastikan tubuh sentiasa dalam keadaan cergas dan berdaya dengan mendapatkan cukup vitamin B!

Apa itu Vitamin B Complex?

Ia terdiri daripada lapan jenis vitamin B, iaitu:

  • B-1 (thiamine)
  • B-2 (riboflavin)
  • B-3 (niacin)
  • B-5 (pantothenic acid)
  • B-6 (pyridoxine)
  • B-7 (biotin)
  • B-9 (folic acid)
  • B-12 (cobalamin)

Setiap jenis vitamin B penting ini menyumbang kepada keseluruhan fungsi tubuh anda.

Kepentingan Vitamin B Complex

Seperti Vitamin C, vitamin-vitamin B turut berperanan penting dalam menjaga kesihatan dan kesejahteraan yang baik.

Sebagai blok bangunan tubuh yang sihat, vitamin B mempunyai kesan langsung terhadap tahap tenaga, fungsi otak dan sel metabolisme badan anda.

Ia membantu mencegah jangkitan dan menyokong :

  • kesihatan sel
  • penghasilan sel darah merah
  • tahap tenaga
  • penglihatan yang baik
  • fungsi otak yang sihat
  • penghadaman yang baik
  • fungsi saraf yang betul
  • penghasilan hormon dan kolesterol
  • kesihatan kardiovaskular
  • penghasilan otot

Bagi Wanita..

Vitamin B sangat penting bagi wanita yang sedang hamil dan menyusu.

Vitamin ini membantu perkembangan otak janin serta mengurangkan risiko kecacatan pada bayi.

Dan untuk ibu hamil, vitamin B dapat meningkatkan tahap tenaga, melegakan mual dan menurunkan risiko terkena preeklampsia.

Bagi Lelaki..

Vitamin B mampu meningkatkan kadar testosteron pada lelaki, yang secara semula jadi menurun seiring bertambahnya usia.

Mereka juga dapat membantu lelaki membina otot dan meningkatkan stamina badan.

Simptom – simptom  kekurangan Vitamin B :

Salah satu cara untuk memenuhi keperluan vitamin B adalah dengan memakan makanan yang sihat dan segar seperti sayuran berdaun hijau, pelbagai jenis kekacang, telur, ikan dan nasi perang.

Tetapi disebabkan gaya hidup yang aktif, sibuk, stress, penuaan dan diet yang tidak seimbang menyukarkan kita untuk mendapatkan kesemua vitamin B penting itu.

Gejala berikut mungkin merupakan tanda awal bahawa anda tidak mendapat cukup vitamin B:

  • ruam pada kulit
  • kulit pecah pecah di sekitar mulut
  • kulit bersisik di bibir
  • lidah bengkak
  • keletihan
  • lemah badan
  • anemia
  • mudah stress atau depression
  • mual atau loya
  • kekejangan perut
  • cirit-birit
  • sembelit
  • kebas-kebas di bahagian hujung tangan dan kaki

Walaupun kemungkinan anda mengalami kekurangan vitamin B, gejala ini juga mungkin juga petanda pada masalah kesihatan yang lain.

Sila dapatkan nasihat dan pemeriksaan daripada doktor untuk pengesahan lebih lanjut.

“Terlebih” Vitamin B?

Anda tidak mungkin mendapat terlalu banyak vitamin B kompleks dari diet anda.

Ini adalah kerana vitamin B kompleks larut dalam air.

Ini bermakna ia tidak disimpan di dalam badan anda tetapi dikeluarkan dalam air kencing anda setiap hari.

Anda juga tidak mungkin mendapat terlalu banyak vitamin B jika anda mengambil suplemen mengikut saranan yang telah disediakan.

Pastikan anda mengambil dos vitamin yang betul kerana pengambilan dos yang berlebihan juga boleh memudaratkan kesihatan badan.

Antara gejala dos berlebihan Vitamin B Complex adalah :

  • terlalu dahaga
  • perubahan keadaan kulit
  • penglihatan kabur
  • kekejangan perut
  • loya atau muntah
  • kerap kencing
  • cirit-birit
  • kerosakan saraf

Dapatkan rawatan perubatan segera sekiranya anda merasakan anda mengalami gejala dos berlebihan vitamin B Complex.

Tips Pengambilan Vitamin B Complex

Antara tips pengambilan vitamin yang betul adalah :

  • Baca arahan penggunaan dan pengambilan dos
  • Jarak waktu makan
  • Berhenti bila ada kesan sampingan. Segera hubungi doktor.
  • Rujuk kepada doktor anda sebelum mengambil apa-apa jenis vitamin terutamanya bagi kanak-kanak dan ibu mengandung.

Senarai Jenama Vitamin B Complex Terbaik

Dan, antara pilihan terbaik untuk memenuhi keperluan vitamin B dalam badan ialah dengan mengambil suplemen atau vitamin B Complex dalam bentuk kapsul atau tablet.

Jom, kita lihat 15 senarai jenama vitamin b complex yang telah kami sediakan.

1.Blackmores

Semak harga dalam pilihan dibawah:

Shopee Malaysia

Lazada Malaysia

Blackmores Executive B ialah kombinasi vitamin-vitamin kumpulan B serta zat galian magnesium dan zink yang dirumus khas.

Nutrien-nutrien ini penting untuk memenuhi keperluan mereka yang aktif dan sibuk.

Tidak mengandungi sebarang pewarna dan perasa tiruan serta bahan-bahan pengawet.

Tiada tambahan gluten, yis, garam, derivatif susu dan gandum.

Pengambilan sehari hanya satu tablet sahaja selepas makan.

2.Life Extension

Semak harga dalam pilihan dibawah:

Shopee Malaysia

Lazada Malaysia

BioActive Complete B-Complex memberikan pelbagai jenis vitamin B untuk keperluan badan sepanjang hari seperti vitamin B6, B12, niasin, biotin, folat 5-MTHF yang aktif secara biologi.

Kombinasi vitamin-vitamin ini membantu dalam penghasilan tenaga untuk sel-sel badan.

Terdapat 60 tablet per botol untuk pengambilan yang konsisten selama 30 hari.

Antara jenama B complex terbaik di Malaysia!

3.21st Century

Semak harga dalam pilihan dibawah:

Shopee Malaysia

Lazada Malaysia

Produk ini mengandungi 7 jenis vitamin, Folic Acid dan PABA.

Selain itu, ia mengandungi 3 lipotropik penting iaitu Methionine, Choline dan Inositol yang penting untuk organ hati.

Sesuai untuk mereka yang merokok, mengambil minuman beralkohol, mudah letih dan kurang bertenaga.

Hanya ambil satu kapsul sehari selepas makan.

4.Thorne

Semak harga dalam pilihan dibawah:

Shopee Malaysia

Lazada Malaysia

Antara produk hypoallergenic dan menggabungkan hanya bahan-bahan yang paling tulen.

Sangat sesuai untuk wanita yang mengalami sindrom pra-haid (PMS)yang penting untuk sokongan mood dan tekanan.

Dapatkannya sekarang!

5.Bio-Life

Semak harga dalam pilihan dibawah:

Shopee Malaysia

Lazada Malaysia

Bio-Life merupakan kombinasi kumpulan vitamin-vitamin B yang diperkaya dengan Vitamin C dan beberapa mineral tertentu.

Ia bersifat pelepasan berkala yang mana nutrien-nutrien dilepaskan secara berkala ke seluruh sistem badan dalam masa 6-8 jam selepas pencernaan bagi memastikan penyerapan maksimum.

Sesuai untuk semua golongan terutama bagi mereka yang tidak mengamalkan diet yang seimbang dan inginkan kulit yang cantik.

6.Isotonix

Semak harga dalam pilihan dibawah:

Shopee Malaysia

Lazada Malaysia

Isotonix B Complex Plus Powder adalah kombinasi 8 jenis vitamin B penting dengan potassium dan magnesium.

Ia bersifat isotonik yang memudahkan badan kita mendapatkan penyerapan maksimum.

Ia berbentuk serbuk dan mudah dibancuh.

7.Nature’s Bounty

Semak harga dalam pilihan dibawah:

Shopee Malaysia

Lazada Malaysia

Bagi pengamal vegetarian, vitamin ini pastinya sesuai untuk anda.

Dilengkapi pelbagai jenis vitamin B termasuk asid folik dan biotin serta vitamin C tambahan untuk kesihatan jantung dan sokongan imun badan.

Tidak mengandungi bahan-bahan pengawet, pewarna dan perasa tiruan.

Hanya perlu diambil sekali sehari.

8.Shine

Semak harga dalam pilihan dibawah:

Shopee Malaysia

Lazada Malaysia

Produk ini mengandungi 6 jenis kumpulan vitamin B iaitu B1, B2, B3, B5, B6 dan B12.

Ia penting untuk fungsi metabolik normal dan penghasilan sel darah merah.

Kumpulan vitamin-vitamin B ini sangat mudah larut dalam air dan tidak disimpan dalam badan.

Vitamin B yang berlebihan akan dikumuhkan melalui air kencing.

9.Kirkland Signature

Semak harga dalam pilihan dibawah:

Shopee Malaysia

Lazada Malaysia

Jenama Kirkland Signature juga merupakan antara Vitamin B Complex yang terbaik dan tidak asing lagi bagi pengguna di Malaysia.

Kandungannya yang terdiri daripada 8 jenis vitamin B menyokong metabolisme tenaga.

Formula ini juga membantu mengekalkan sistem saraf yang sihat, menukarkan sumber makanan kepada tenaga dan vitamin C menyokong kesihatan antioksidan.

Cubalah sekarang!

Lihat Kirkland:
Shopee
Lazada

10.Vitahealth

Semak harga dalam pilihan dibawah:

Shopee Malaysia

Lazada Malaysia

Vitahealth Vitamin B Complex ini diperkaya dengan choline dan ekstrak biji anggur, salah satu antioksidan hebat yang 50 kali lebih kuat daripada vitamin E dan 20 kali lebih kuat daripada vitamin C!

Nutrien-nutrien penting ini juga meningkatkan sistem imun badan dan membantu mengekalkan kulit yang cantik, rambut dan kuku yang sihat.

11.Herbs of Gold

Semak harga dalam pilihan dibawah:

Shopee Malaysia

Lazada Malaysia

Anda sering mengalami tekanan atau stress?

Herbs of Gold Vitamin B Complex Plus pastinya sesuai untuk meningkatkan tenaga dan menyokong sistem pertahanan badan anda. .

Ia mengandungi Vitamin B Complex Plus dan diperkaya dengan vitamin C, zink, kalsium, magnesium dan flaxseed oil.

12.Doctor’s Best

Semak harga dalam pilihan dibawah:

Shopee Malaysia

Lazada Malaysia

Anda seorang pengamal vegetarian?

Fully Active B Comples with Quarefolic dari jenama Doctor’s Best pastinya sesuai untuk anda.

Ia menyediakan nutrisi vitamin B lengkap termasuk folat aktif penuh, vitamin B6 dan vitamin B12.

Bersifat non-GMO dan bebas gluten.

13.Solgar

Semak harga dalam pilihan dibawah:

Shopee Malaysia

Lazada Malaysia

Makanan tambahan Solgar B Complex dengan Vitamin C adalah formula vitamin untuk sistem saraf anti-stres.

Ia mengandungi semua vitamin B penting dan antioksidan vitamin C tambahan.

Juga sesuai untuk pengamal vegetarian.

Bebas gluten dan laktosa.

14.Centrum Energy

Semak harga dalam pilihan dibawah:

Shopee Malaysia

Lazada Malaysia

Direka khas untuk membantu anda mengurangkan rasa letih dan meningkatkan kesihatan minda!

Formula hebat Centrum® Energy membekalkan tenaga tahan lama sepanjang hari dengan campuran mineral, Vitamin B dan Vitamin C.

Jangan lepaskan peluang untuk mencubanya!

15.NHF

Semak harga dalam pilihan dibawah:

Shopee Malaysia

Lazada Malaysia

Antara keistimewaan NHF B Complex + Mineral:

  • Kandungan tambahan magnesium, kalsium, zink dan tembaga untuk meningkatkan keberkesanan vitamin B Complex.
  • Kaedah penanaman dan pengekstrakan yis semulajadi.
  • Sesuai untuk vegetarian.
  • Tidak mengandungi maltodekstrin, aspartame dan magnesium stearat.
  • Bebas pengawet, bahan tambahan kimia, gluten, perasa dan pewarna tiruan.
  • Bukan GMO serta,
  • Mematuhi piawaian GMP, ISO dan HACCP.

 

Jadi, jenama B complex yang mana menjadi pilihan anda?

Sila kongsi di ruangan komen dibawah!

0Shares

1 thought on “15 Jenama Vitamin B Complex Terbaik Di Malaysia 2024”

  1. Pingback: 15 Cara Hilangkan Eyebag Yang Pasti Berkesan [Terbaru 2020] - Sricantik

Leave a Reply