Rawat mata anda dengan pilihan produk eye cream terbaik masa kini!
Selain rambut dan kulit wajah, mata juga adalah antara aset penting bagi wanita.
Garis halus, kedutan, kendur, ‘eye bag‘ dan sindrom ‘panda eyes’ antara perkara yang ingin dielakkan.
Walaubagaimanapun, masalah eye bag dan panda eyes juga boleh disebabkan oleh genetik, pigmentasi, alergi, dan kulit yang menipis.
Apa itu ‘ Eye Bag’?
Bengkak seakan akan lebam atau bengkak di bawah mata adalah perkara biasa semasa anda meningkat usia.
Seiring berjalannya waktu, tisu di sekitar mata anda termasuk beberapa otot yang menyokong kelopak mata anda mulai lemah.
Ia juga disebabkan oleh lemak normal yang membantu menyokong mata akan mula boleh bergerak ke kelopak mata bawah menyebabkan kelopak mata kelihatan bengkak.
Selain itu. cecair dari dalam badan juga boleh terkumpul di ruang bawah mata anda yang memnyebabkan bengkak mata.
Namun, jangan risau.
Kesan bengkak mata yang biasa ini boleh dikurangkan malah dihilangkan dengan menggunakan eye cream yang sesuai.
Kebaikan Menggunakan ‘Eye Cream’
Krim mata bukan sekadar pelembap biasa.
Ia telah dirumuskan secara khusus untuk merawat masalah yang tertumpu di sekitar mata.
Tujuannya adalah memberikan penghidratan dan antioksidan tambahan seperti asid hyaluronik di kawasan bawah mata.
Antara kebaikan menggunakan krim mata adalah seperti berikut:
-
- Mengurangkan lingkaran hitam
- Mengurangkan peampilan garis halus dan kedutan
- Melindungi kawasan mata dari kesan radikal bebas
- Memberikan penghidratan tambahan
- Memberikan kesan penyembuhan segera
Bagaimana Memilih ‘Eye Cream’
Bahan-bahan krim mata tertentu menawarkan faedah khusus untuk kulit di sekitar mata anda.
Semasa memilih, pastikan ianya mengandungi bahan bahan ini seperti berikut:
-
Antioksidan
Antioksidan melindungi kulit anda daripada kerosakan sel.
Ia mengatasi kesan penuaan dan membantu mencerahkan kulit anda terutama pada kulit di sekitar mata anda.
Cari bahan seperti minyak tumbuhan, vitamin C, vitamin E, dan asid ferulik.
-
Ceramides atau asid hyaluronik
Bahan-bahan ini melembapkan kulit anda dengan memerangkap air dan membantu merawat kawasan yang berkedut.
-
Retinol
Bentuk vitamin A ini merangsang kolagen untuk mengurangkan dan mencegah garis-garis halus dan kedutan.
-
Peptides
Bahan-bahan anti-penuaan ini meningkatkan kolagen dan elastin untuk menegangkan kulit yang kendur.
-
Niacinamide atau kojic acid
Bahan-bahan ini dapat membantu mengurangkan kesan lingkaran bawah mata.
Ia juga membantu mencerahkan kulit anda dengan melambatkan sel penghasil pigmen.
Tips Menggunakan ‘Eye Cream’
- Cuba simpan krim mata anda di dalam peti sejuk. Rasa kesejukan tambahan akan menenangkan mata yang letih dan membantu mengurangkan bengkak.
- Menggunakan krim mata sebelum memakai concealer menghasilkan kesan yang lebih halus dan kemas.
- Oleh kerana kawasan mata sangat sensitif, pilihlah krim mata yang bebas wangian. Produk dengan wangian yang kuat dapat merengsakan kulit halus di sekitar mata anda. Kerengsaan boleh menyebabkan kekeringan dan berpotensi lebih banyak kerosakan, seperti kedutan.
- Untuk hasil terbaik, gunakan produk ini secara konsisten dan jangka panjang. Biasanya, kesan terbaik dapat dilihat seawal 3 – 4 minggu penggunaan.
Dapatkannya sekarang di sini!
Berikut adalah senarai produk eye cream terbaik yang telah kami sediakan khas untuk anda!
1.L’oreal Paris
Semak harga dalam pilihan dibawah:
L’Oreal Paris Revitalift Anti-Aging Laser X3 adalah antara produk eye cream terbaik di Malaysia!
Diformulasikan dengan Hyaluronic Acid, ia memberikan pelembapan mendalam untuk mata dan mengurangkan bengkak mata dengan berkesan.
Bahan utama lain adalah Pro-Xylane untuk memberi manfaat anti-penuaan dan meningkatkan keanjalan kulit bawah mata anda.
2.Olay Regenerist
Semak harga dalam pilihan dibawah:
Olay Regenerist Revitalizing Eye Serum diformulasikan untuk menghidupkan semula dan memperbaharui kulit di sekitar mata anda.
Diformulasikan dengan Amino-peptide Complex, krim mata ini melembabkan kulit agar kulit tampak lebih muda dan halus.
Bebas wangian dan tidak meninggalkan kesan melekit pada kulit.
3.Innisfree
Semak harga dalam pilihan dibawah:
Kawasan mata anda kering dan menggelupas?
Cubalah eye cream dari Innisfree ini.
Ia mengandungi ekstrak orkid Jeju yang merupakan bahan antioksidan yang sangat baik dan dapat membantu memberikan kelembapan tambahan jauh ke dalam lapisan kulit mata anda.
Mata anda pasti akan kelihatan lebih cerah dan berseri!
4.Origins Ginzing
Semak harga dalam pilihan dibawah:
Antara produk eye cream terbaik untuk menghilangkan lebam dan mengurangkan bengkak mata.
Ia diformulasikan dengan biji kopi, panax ginseng, ekstrak magnolia dan pencerah optik semula jadi untuk menyegarkan kawasan mata yang letih.
Pulihkan bengkak mata anda dengan eye cream Origins GinZing Refreshing.
5.Cosmoderm
Semak harga dalam pilihan dibawah:
Cosmoderm Q10 Eye Treatment Gelis adalah gel rawatan mata yang diperkaya dengan Co-Enzyme Q10, kolagen dan ekstrak tumbuhan yang menenangkan untuk mengurangkan ‘mata panda’, bengkak mata dan garis-garis halus.
Cubalah sekarang!
6.Estee Lauder
Semak harga dalam pilihan dibawah:
Estee Lauder Advanced Night Repair Eye Supercharged Complex ini berfungsi pada kulit anda di sekitar kawasan mata anda sepanjang malam dengan tindakan tiga kali ganda!
Ia membantu mengurangkan lingkaran mata gelap dan memperbaiki kulit mata anda dengan kesan pelembapan 24 jam dan anti pengoksidaan selama 8 jam.
7.Laneige
Semak harga dalam pilihan dibawah:
Eye cream terbaik dari Laneige ini sangat ringan dan mudah diserap oleh kulit.
Kandungan bahan octacosanol dan ceramide water memberikan kuasa penghidratan yang baik dan membantu mengembalikan keanjalan kulit bawah mata anda.
8.CeraVe
Semak harga dalam pilihan dibawah:
Kandungan ceramidenya berfungsi untuk memperbaiki, memulihkan dan mengekalkan penghalang semula jadi kulit anda dan asid hyaluroniknya bertindak untuk meningkatkan penghidratan.
Selain itu, ia juga mengandungi niacinamide yang menyegarkan mata anda yang letih.
Dan jika anda penggemar solek mata seperti maskara, krim mata lembut ini juga sesuai dengan alat solek anda.
Sesuai untuk kulit sensitif.
9.Clinique
Semak harga dalam pilihan dibawah:
The Clinique All About Eyes Cream diformulasikan untuk mengatasi tanda-tanda penuaan pramatang di bawah mata anda.
Teksturnya berbentuk gel yang sangat ringan dan mudah diserap oleh kulit anda.
Dengan penggunaan yang berpanjangan, anda pasti teruja melihat kawasan mata anda lebih cerah dan berseri -seri!
10.Benton
Semak harga dalam pilihan dibawah:
Eye cream ini mempunyai unsur utama, EGF (faktor pertumbuhan epidermis) yang membantu meningkatkan pengeluaran kolagen dan sel kulit baru.
Rumusannya membantu mencegah kerosakan kulit dan melegakan kerengsaan dan tekanan pada kulit.
Ia juga mengandungi Adenosine untuk kawasan mata yang lebih halus dan awet muda.
11.Nutox
Semak harga dalam pilihan dibawah:
Diperkaya dengan ekstrak sarang burung dan ekstrak botani semula jadi, Nutox Eye Refiner pastinya menjadi pilihan terbaik anda.
Formulasi bebas minyak yang tidak melekit memberikan penghidratan yang tahan lama dan secara dramatik mengurangkan garis-garis halus, kedutan, lingkaran hitam, dan bengkak hanya dalam satu minggu!
12.Himalaya
Semak harga dalam pilihan dibawah:
Himalaya Under Eye Cream mengandungi campuran ramuan herba yang terbukti dan selamat yang dicipta khas untuk merawat kawasan halus di sekitar mata.
Ia menyahtoksin dan melembapkan kawasan bawah mata dan melicinkan kedutan dan garis-garis halus.
Produk ini membantu mengurangkan lingkaran hitam sebanyak 50% dalam empat minggu, menjadikan kontur mata lebih cerah dan licin.
13.Sukin Purely Ageless
Semak harga dalam pilihan dibawah:
Garisan halus di sekitar mata?
Rawatlah dengan Sukin Purely Ageless Reviving Eye Cream ini.
Ia menawarkan penghidratan kaya antioksidan (green coffee) dan mengurangkan lingkaran hitam di sekeliling mata anda.
Ia diperkaya dengan bahan-bahan semulajadi dan menenangkan seperti jus daun aloe barbadensis dan bahan pelembap seperti Ribose.
Tanpa wangian sintetik, minyak mineral, sulfat, warna tiruan – tidak ada!
Tidak sesuai untuk kulit sensitif.
Semoga membantu ya!