Senarai produk untuk hilangkan masalah hitam bawah mata terbaik 2024!
Anda mencari produk untuk hilangkan hitam bawah mata?
Mungkin artikel ini boleh membantu anda!
Masalah lingkaran hitam di bawah mata sememangnya tidak asing lagi bagi kita.
Sudah pasti ianya akan menjejaskan penampilan anda.
Bagi seseorang wanita, eyebag merupakan masalah “besar” dan boleh menjejaskan kecantikan serta penampilan mereka.
Ada banyak faktor penyebab kemunculan masalah ini, antaranya ialah:
- kurang tidur
- bekerja didepan skrin pada waku yang lama
- gaya hidup dan diet yang tidak seimbang
- genetik
Salah satu cara semulajadi yang terbaik untuk merawat masalah hitam bawah mata ialah dengan mengambil lebih banyak sayur-sayuran dan buah-buahan antioksidan.
Walaubagaimanapun, kaedah paling cepat adalah rawatan luaran.
Dan, sebab itulah mengapa kita harus menggunakan krim mata di dalam rutin penjagaan harian kita.
Ini adalah untuk melindungi dan menjaga mata kita agar kekal cantik dan berseri.
Senarai Produk Hilangkan Hitam Bawah Mata Terbaik, Malaysia
Oleh itu, kami kongsikan krim khas untuk masalah hitam bawah mata yang mungkin mengubah penampilan anda.
Jom, semak 10 senarai yang telah kami sediakan dibawah!
1.AHC Ageless
Semak harga dalam pilihan dibawah:
Inginkan Eye Cream yang juga berfungsi sebagai Face Cream?
AHC Ageless Real Eye Cream adalah produk anti penuaan diformulasi khas bagi mereka yang ingin memiliki mata dan kulit muka kelihatan cantik dan sempurna.
Ia menggunakan sistem bisensor mikro yang mana bahan-bahan aktifnya mempunyai 1/200 daripada saiz liang pori muka.
Bahan peptida uniknya menjadikan kulit anda lebih anjal dan lembut.
2.Olay Ultimate
Semak harga dalam pilihan dibawah:
Anda mempunyai mata yang kelihatan bengkak, berkedut dan kusam?
Produk Olay Ultimate Eye Cream mampu merawat mata yang bengkak, berkedut dan kusam dengan serta-merta.
Produk Olay 3 dalam 1 ini berkesan untuk mengurangkan penampilan garis-garis halus dan kedutan di sekitar mata anda.
Ia diperkaya dengan peptida dan vitamin untuk memperbaharui permukaan kulit mata dari masa ke masa dan mengurangkan kesan bengkak mata.
Berikan mata anda dengan rangsangan kecantikan dan kelembapan dengan Olay Ultimate Eye Cream.
3.Repair
Semak harga dalam pilihan dibawah:
Antara produk hilangkan hitam bawah mata terbaik untuk merawat eye bag, lingkaran hitam , bengkak dan garis halus serta masalah kulit mata yang lain.
Ciri – ciri lain:
- membantu melegakan ketegangan dan keletihan kulit di sekeliling mata yang menjadikan kulit lebih cantik dan berseri.
- meningkatkan keanjalan kulit menjadikan kulit di sekitar mata lebih lembap, lembut dan elastik.
- menggalakkan peningkatan kolagen dan mencegah penuaan.
4.Nutox Eye Refiner
Semak harga dalam pilihan dibawah:
Nutox Eye Refiner yang diperkaya dengan sarang burung dan ekstrak botanikal semulajadi meningkatkan tahap protein kulit mata anda.
Formulasinya yang bebas minyak dan tidak melekit memberikan penghidratan yang tahan lama untuk kesan anti-kedutan 3D yang ketara.
Kulit di sekitar kawasan mata terhidrat, segar dan berseri.
Secara tidak langsung hilangkan kesan hitam bawah mata anda!
Anda pasti teruja apabila melihat kedutan dan garis halus mula berkurang serta tiada lagi ‘eye bag’ hanya dalam 1 minggu.
5.Himalaya Under Eye Cream
Semak harga dalam pilihan dibawah:
Himalaya’s Under Eye Cream mengandungi campuran herba-herba yang terbukti berkesan dan selamat untuk digunakan di kawasan kulit mata yang sensitif.
Ia berfungsi untuk mengurangkan eye bag dan melindungi kawasan sensitif mata dari sinar matahari.
Selain itu, krim mata ini mampu menyahtoksifikasi dan melembapkan bahagian bawah mata sekaligus melicinkan kedutan dan garis halus.
Kesan eye bag dan garis-garis halus akan hilang dengan penggunaan yang konsisten selama 30-40 hari.
6.Cosmoderm Eye Treatment Gel
Semak harga dalam pilihan dibawah:
Cosmoderm Eye Treatment Gel mengandungi Co-Enzyme Q10, Aloe Vera, Timun, Horse Chestnut, Kolagen, Chamomile, Licorice dan Gingko Biloba.
Ia sangat berkesan untuk menghilangkan kesan kehitaman bawah mata dan meningkatkan keelastikan struktur kulit mata.
Selain itu, ia meningkatkan peredaran darah di sekitar kulit bawah mata untuk mengurangkan bengkak dan lingkaran hitam.
Gel ini tidak berminyak dan mudah menyerap dalam kulit untuk melembap dan menyegarkan kulit bawah mata.
Ia sangat sesuai digunakan untuk remaja dan dewasa.
7.Kiehl’s Creamy Eye Treatment
Semak harga dalam pilihan dibawah:
Kiehl’s Creamy Eye Treatment ini sangat sesuai digunakan pada semua jenis kulit termasuk kulit sensitif.
Ia menggabungkan bahan-bahan penting termasuk Beta-Carotene, Butter Shea dan Avocado Oil untuk penghidratan kulit yang maksimum.
Formulanya yang unik akan membuatkan kulit mata anda nampak lembut dan cantik tanpa menjejaskan kesan mekap.
Antara produk hilangkan hitam bawah mata yangselamat digunakan dan telah diuji oleh pakar dermatologi dan oftalmologi.
8.Clinique
Semak harga dalam pilihan dibawah:
Gel air yang ringan dan lembut yang membantu merawat kulit di sekitar mata anda dengan kesan penghidratan selama 96 jam.
Ia juga membantu mengetatkan dan mencerahkan kawasan mata yang halus serta menghidratnya menggunakan Teknologi Lipid-Sphere Auto-Replenishing.
Bebas paraben, phthalates dan pewangi sintetik.
9.L’Oreal Paris Triple Power Eye Treatment
Semak harga dalam pilihan dibawah:
Revitalift Triple Power Eye Cream adalah krim mata anti-penuaan yang diformulasikan dengan 3 ramuan anti-penuaan yang terbukti iaitu Pro-Retinol, Vitamin C dan Hyaluronic Acid.
Ia berfungsi untuk mengurangkan kedutan, menghilangkan bengkak mata dan mencerahkan kawasan mata dalam 1 minggu.
Hasilnya, mata kelihatan lebih berseri dan segar.
10.Clinelle Eye Bright
Semak harga dalam pilihan dibawah:
Clinelle Eye Bright Eye Cream ini adalah cecair penghidratan bebas minyak yang diformulasikan dengan ramuan botani.
Ia membantu meningkatkan penghidratan kulit dengan serta-merta sambil mengurangkan garis-garis halus dan kedutan di kawasan sekitar mata.
Cubalah sekarang!
Semoga perkongsian produk untuk menghilangkan dan mengatasi masalah kehitaman bawah mata ini dapat membantu anda!
Pingback: 11 Produk Eye Cream Terbaik di Malaysia 2021 - Sricantik
Pingback: 10 Tips Penjagaan Kulit Muka Yang Betul ! - Sricantik