13 Kasut Sukan Perempuan Popular dan Trendy 2022

0Shares

Pilihan kasut sukan perempuan paling popular di Malaysia 2022!

TIdak dapat dinafikan, perempuan suka shopping.

Itu adalah sifat lahiriah perempuan yang lelaki harus tahu.

Dan satu perkara yang mereka gemar adalah mengumpul dan mencuba pelbagai jenis kasut termasuklah kasut sukan.

Kasut sukan untuk perempuan merangkumi pelbagai jenis termasuk kasut lari, kasut berjalan kaki, kasut tenis dan termasuklah kasut bola sepak.

Pemilihan kasut sukan yang sesuai bergantung dengan jenis jenis aktiviti sukan yang anda lakukan.

Jenis – jenis kasut sukan

1. Kasut larian

Seperti namanya, kasut larian dicipta khusus untuk aktiviti berlari.

Ia agak fleksibel dan menyokong gerakan ke hadapan.

Fungsi kasut ini adalah untuk menyerap kejutan atau hentakan semasa berlari untuk melindungi tumit dan kaki anda.

Selain itu, kasut jenis ini boleh mengelakkan kaki daripada terjejas teruk akibat tekanan dan kecederaan teruk seperti patah tulang dan sebagainya.

Jika anda ingin memilih kasut seperti ini, pastikan ianya tidak terlalu ketat, sesuai dan mempunyai ruang di sekitar jari kaki.

2. Kasut berjalan

Kasut jenis ini direka agak ringan supaya anda dapat berjalan dengan selesa.

Kasut ini juga dapat digunakan sebagai kasut hiking atau mendaki untuk pemula kerana mempunyai ‘cushion’ lembut di tumit dan bola kaki untuk menyerap kejutan atau hentakan.

Ini untuk mengelakkan rasa sakit atau lepuh pada kaki.

Bahagian atas kasut ini dibuat menggunakan ‘breatheable material’ untuk keselesaan anda.

Ia dilengkapi dengan tapak yang sedikit bulat yang membantu mengalihkan berat badan dari tumit ke jari kaki dengan lancar dan cekap.

Tambahan lagi,ia dilengkapi dengan sokongan tumit dan lengkungan yang tinggi untuk memastikan sokongan pada kaki dan pergelangan kaki yang lebih baik.

3. Kasut Bola Keranjang / Tennis

Kasut ini direka khas untuk pergerakan pantas dari sisi ke sisi yang biasanya diperlukan dalam permainan seperti bola keranjang, tennis mahupun badminton.

Ia juga mempunyai telapak fleksibel di bawah bola kaki untuk membolehkan anda melakukan gerakan ke depan yang pantas.

Biasanya, ia lebih berat daripada jenis kasut yang lain untuk memastikan kestabilan lebih baik dan dapat bermain dengan selesa.

4. Cross Trainers

Kasut ini adalah gabungan sokongan, cushioning dan fleksibiliti.

Oleh itu, ia boleh digunakan untuk lebih daripada satu jenis sukan.

Kasut jenis ini dapat menyerap hentakan untuk mengurangkan kejutan pada kaki dan juga dapat membantu pergerakan sisi ke sisi atau ke hadapan.

Kasut serbaguna ini dapat digunakan untuk aktiviti berlari, zumba, aerobik atau bermain tenis.

9 Tips Memilih Kasut Sukan

Sebelum melihat senarai kasut sukan perempuann yang telah kami sediakan di bawah, ada baiknya anda ketahui bagaimana memilih kasut sukan yang sesuai dengan kehendak dan keperluan anda.

1. Kenal Pasti Jenis Aktiviti

Sebelum memilih kasut, kita hendaklah mengenal pasti jenis sukan atau aktiviti yang akan kita lakukan.

2. Gaya Penampilan

Bagi golongan hipsters yang ingin memiliki kasut terkini dan mengikut trend, mereka pastinya mencari jenama terbaik dan merujuk kepada senarai yang disediakan di bawah.

Senarai ini merangkumi salah satu jenama terbaik yang akan menyediakan kasut terkini dan mempunyai penampilan yang bergaya.

Ia sangat sesuai dengan pilihan semua wanita yang mencari kasut yang bergaya namun tidak menjolok mata.

3. Saiz Yang Sesuai

Saiz yang betul adalah salah satu faktor paling kritikal yang selalu kita ingat semasa membeli kasut.

Pilihlah saiz yang ideal, tidak terlalu longgar dan tidak terlalu ketat.

Apa yang penting adalah keselesaan semasa menggunakan kasut tersebut.

4. Berat Kasut

Faktor utama lain yang seharusnya diambil kira adalah fleksibiliti dan keselesaan kasut tersebut.

Kasut yang ringan akan membantu kita berjalan dan berlari dengan mudah tanpa menjejaskan gaya.

Oleh itu, dalam senarai yang disediakan, kami sangat menekankan faktor keselesaan dan memastikan kasut itu ringan dan sangat sesuai untuk pembeli.

5. Ketahanan

Kasut yang tahan lama, kalis air dan boleh bertahan dalam keadaan apa pun semestinya menjadi keutamaan semasa memilih kasut.

6. Lekapan

Ia digunakan untuk menentukan kualiti lapisan luar dan lapisan tunggal.

Sifat ini pada dasarnya berguna dalam menentukan kekuatan lekatan antara dua permukaan.

7. Ketahanan Warna

Ini juga adalah faktor yang harus diambil kira semasa memilih kasut kerana jika warna kasut mudah kelihatan pudar, ia nampak tidak menarik lagi.

Istilah ini pada dasarnya bermaksud ketekunan warna dan beberapa ujian dapat dilakukan untuk memeriksa ketahanan warna dalam pelbagai keadaan.

8. Kestabilan bahan

Kestabilan bahan adalah faktor menunjukkan sama ada bahan yang digunakan dapat bertahan dalam semua keadaan.

Pada dasarnya, ia menentukan kualiti bahan yang tidak mengembang atau mengecut, atau ukurannya tidak meningkat ketika berada pada suhu yang berbeza.

9. Kesan Rintangan

Ia adalah kemampuan bahan untuk menyerap kejutan dan hentaman tanpa mengalami kerosakan.

Ini dapat memastikan bahan tersebut tidak rosak ketika mengalami tekanan luaran atau tenaga hentaman.

Senarai Kasut Perempuan Terbaik Di Malaysia

Di sini, kami cuba membantu anda dengan menyediakan senarai kasut perempuan popular dan trendy berdasarkan tips di atas.

Khas untuk anda yang baru berjinak – jinak dengan aktiviti sukan dan sedang mencari kasut sukan yang sesuai dan pastinya mampu milik!

Jom semak senarainya bersama – sama!

1.Adidas

Adidas adalah antara pengeluar kasut sukan yang berkualiti tinggi.

Sesuai untuk aktiviti:

  • Jogging
  • Berjalan kaki
  • Senaman

Terdapat 5 pilihan warna yang cantik dan menarik.

Low top style dan jenama terkenal!

Beli/Lihat Adidas Low Top:
Shopee

2.B.U.M Equipment

Kasut perempuan tebaik dari B.U.M Equipment yang berkualiti tinggi dan selesa dengan harga yang berpatutan!

Ciri – ciri kasut:

  • Stabil dan berangin
  • Sesuai untuk berlari dan berjalan kaki
  • Ringan dan selesa dipakai sepanjang hari.
  • Material canvas
  • Low top style

Dapatkannya sekarang!

Beli/Lihat B.U.M Equipment:
Shopee

3.Heus Hive

Angka jualannya hampir mencecah 33K menjadikan kasut sukan ini antara yang paling popular di kalangan para pengguna di Malaysia!

Didatangkan dalam 3 pilihan warna menarik.

Sesuai untuk aktiviti senaman, jogging dan berjalan di taman.

Beli/Lihat Heus Hive:
Shopee

4.Fashion

Inginkan gaya hipster dengan warna yang ceria?

Cubalah kasut Fashion ini.

Sesuai untuk aktiviti:

  • Hiking
  • Berlari
  • Berjogging

Bentuk kasut hadapan bulat dan bertumit sederhana tinggi.

Terdapat 5 jenis gabungan warna berbeza untuk anda pilih.

Beli/Lihat Fashion:
Shopee

5.Clover Alpha

Tercari – cari kasut yang sesuai untuk aktiviti hiking?

Kasut Clover Alpha adalah antara kasut yang mempunyai tapak dengan cengkaman kuat.

5 Pilihan warna yang sesuai untuk perempuan mahupun lelaki.
Beli/Lihat Clover Alpha:
Shopee

6.Speed 9

Kasut sukan prempuan untuk mereka yang gemarkan aktiviti hiking!

Tapak yang agak kasar untuk memberikan kesan cengkaman yang kuat.

Ringan dan fleksibel.

3 pilihan warna menarik dan trendy!

Beli/Lihat Speed 9:
Shopee

7.Puma

Sesuaikan gaya anda dengan kasut klasik PUMA RS-X!

Reka bentuk berani ini menggabungkan elemen grafik dengan bahagian atas suede yang unik untuk memberi anda kesan terbaik setanding kualitinya.

Ciri – ciri khas:

  • Ringan
  • Bahagian luar getah
  • Penjenamaan RS-X pada lidah kasut

Sesuai untuk aktiviti berlari, gym dan aerobik.

Beli/Lihat Puma:
Shopee

8.Korean Style

Sempurnakan hari anda dengan kasut sukan perempuan yang bergaya ini.

Tapak kasut yang tebal akan membuatkan anda kelihatan lebih tinggi dengan sekelip mata!

Ciri – ciri khas :

  • Bahan mesh berongga
  • Bahagian luar anti-slip
  • Warna terang

Sesuai untuk aktiviti gym, zumba dan aerobik.

Beli/Lihat Korean Style:
Shopee

9.Sherry Stylist

Khas untuk anda yang sukakan gaya feminin!

Rekaan yang menarik dengan tali kasut lebar menjadikannya lain daripada yang lain.

Sesuai untuk aktiviti jogging dan senaman ringan di rumah.

Beli/Lihat Sherry Stylist:
Shopee

10.Rubber Sport Shoes

Kasut sukan perempuan untuk aktiviti seperti senamrobik air, hiking dan berjogging di tepian pantai.

Ciri – ciri khas:

  • Reka bentuk ringan, sangat fleksibel dan selesa seperti memakai stokin.
  • Sol getah anti-slip dengan prestasi penyerapan hentakan yang dibentuk secara ergonomik yang melindungi kaki.
  • Mudah dipakai dan dibawa kemana sahaja.

Jangan ketinggalan untuk mendapatkannya sekarang!

Beli/Lihat Rubber Sport Shoes:
Shopee

11.Zumba

Anda peminat sukan Zumba?

Gaya trendy namun ringkas yang sering menjadi pilihan perempuan masa kini!

Semestinya harga mampu milik.

Beli/Lihat Zumba:
Shopee

12.Ryka Devotion XT

Kasut sukan perempuan dari Ryka Devotion XT yang inovatif ini memberikan fleksibiti dan kebebasan untuk membuat pergerakan pantas.

Merupakan Pemenang Anugerah Kasut Majalah SHAPE 2019 untuk “Best Studio Shoe”.

Ciri – ciri khas:

  • Bahagian atas mesh bernafas dengan rekaan hadapan bentuk kaki bulat
  • Sistem sokongan dalaman yang disesuaikan untuk pergerakan lateral
  • Lapisan sintetik yang bergaya
  • Lapisan tapak kaki bersifat ‘antimikrobial ortholite’
  • Outsole getah rangka berlekuk lapan bahagian berfungsi serentak dengan midsole RE-ZORB LITE dan Pivot Point untuk pergerakan yang mudah.

Sangat sesuai untuk aktiviti menari, zumba dan aerobik.

Beli/Lihat Ryka Devotion XT:
Shopee

13.Nike Kyrie

Jenama kasut sukan Nike antara yang paling popular di dunia sukan!

Kasut sukan bola keranjang yang harus dimiliki kerana warnanya yang lembut dan rekaan menarik yang sangat dekat di hati wanita.

Tunggu apa lagi?

Dapatkannya di sini sekarang!

Beli/Lihat Nike Kyrie:
Shopee

0Shares

Leave a Reply