12 Lip Balm Terbaik Di Watson Malaysia 2024

0Shares

Tentu anda sedang mencari lip balm yang terbaik di Watson berhampiran dengan anda, kan?

Kami ada senarai terbaik untuk anda!

Senarai lip balm terbaik dan terpilih yang ada di Watson dan menjadi kegemaran wanita di Malaysia!

Mengapa lip balm?

Lip balm yang baik adalah sangat penting kerana ia dapat melindungi bibir anda dari kesan suhu yang terlalu sejuk atau terlalu panas.

Kulit di bibir adalah lembut dan tidak mempunyai kelenjar sebum, yang bermaksud ia tidak menghasilkan minyak pelembap secara semula jadi yang dilakukan oleh seluruh kulit anda.

Selain melegakan bibir yang pecah-pecah, bibir anda pasti akan kelihatan lebih menyerlah!

Lip balm juga terdapat dalam pelbagai rasa dan aroma yang menyenangkan.

Kebaikan Lip Balm

1. Kulit lebih cepat sembuh

  • Kulit di bibir anda lebih nipis daripada kulit wajah anda.
  • Jadi sekiranya anda mengalami bibir yang pecah-pecah dan kering, menggunakan lip balm akan memastikan bibir anda terhidrasi dengan baik dan cepat sembuh.

2. Elakkan rasa malu dari bibir yang pecah-pecah

  • Sekiranya anda pernah mengalami bibir yang pecah-pecah, mengelupas dan retak, anda pasti ingin menutup cela tersebut, bukan?
  • Apalagi, jika cuaca sangat sejuk yang menyebabkan bibir mudah kering.
  • Oleh itu, wajib memakai lip balm.

3. Bibir kelihatan lebih menyerlah

  • Bibir nipis dan kering bertukar menjadi montok dan dilembapkan dengan sapuan balm yang memberikan bibir bak model ternama yang sempurna!
  • Melembapkannya dengan lip balm setiap hari adalah kaedah terbaik untuk memastikan anda mengekalkan penampilan awet muda.

4. Mengandungi perlindungan SPF

  • Sebilangan besar lip balm hari ini, mempunyai jSPF di dalamnya.
  • Ini secara automatik akan melindungi dari sinar matahari yang berbahaya.

Dapatkannya hari ini!

Anda boleh dapatkan semua lip balm terbaik yang kami senaraikan ini bukan sahaja di Watson berhampiran, malah di kedai online terkenal di Malaysia! Shopee.com.my

Ya, kesemua barangan Watson juga boleh didapati di shopee!

Mengapa shopee? Mudah sahaja, hampir semua pengguna di Malaysia menggunakan shopee sebagai medium utama dalam urusan jual beli dalam talian!

Disamping itu, harga yang ditawarkan mungkin lebih menarik?

Baik, mari kita lihat senarai lip balm yang popular dan menjadi pilihan di Watson, Malaysia bagi tahun 2024!

1.Mentholatum Lip Pure

Semak harga dalam pilihan dibawah:

Watson Malaysia

Shopee Malaysia

Lazada Malaysia

Mentholatum Lip Pure Lip Balm diformulasikan daripada madu lebah Manuka, sangat sesuai bagi mereka yang mempunyai kulit sensitif.

Ia mengandungi bahan-bahan semulajadi seperti  minyak Shea Butter, minyak Almond, minyak Jojoba dan ekstrak Aloe Vera untuk melindungi dan melembapkan bibir.

Ia juga mengandungi vitamin antioksida seperti Vitamin E dan Grape Seed Oil untuk membantu mengekalkan bibir yang sihat dan nampak muda.

Tidak mengandungi bahan pewarna dan pengawet tiruan.

2.Sebamed Lip Defense Triple Protection

Semak harga dalam pilihan dibawah:

Watson Malaysia

Shopee Malaysia

Lazada Malaysia

Anda mempunyai bibir yang kering dan merekah?

Sebamed Lip Defense Triple Protection SPF 30 sangat berkesan untuk merawat bibir yang merekah, melindungi bibir dari sinar pancaran UV dan melembapkan bibir.

Ia dibuat dengan formulasi khas yang merangkumi vitamin E dan miyak Jojoba untuk memulihkan dan melegakan bibir.

Sapukan di permukaan bibir setiap hari untuk perlindungan maksimum.

3.Nivea Lip Care

Semak harga dalam pilihan dibawah:

Watson Malaysia

Shopee Malaysia

Lazada Malaysia

Adakah bibir cantik anda memerlukan kelembapan?

Manjakan bibir anda dengan NIVEA Cherry Shine Caring Lip Balm.

Alami pelembapan tahan lama digabungkan dengan aroma ceri yang menarik dan pigmen terpilih yang meninggalkan sentuhan warna pada bibir anda.

Teksturnya yang lembut dan licin dengan segera melembapkan bibir anda dan mengekalkannya selama 24 jam!

4.Maybelline Baby Lips Color

Semak harga dalam pilihan dibawah:

Shopee Malaysia

Lazada Malaysia

Maybelline Baby Lips Color dirumus khas dengan vitamin E dan minyak Jojoba untuk melembap serta memberikan penghidratan selama 12 jam.

Warnya mampu bertahan selama 8 jam dengan perlindungan SPF 15.

Ia mempunyai 4 pilihan warna yang menarik bersesuaian dengan remaja.

5.SILKYGIRL Silky Lips Multivitamin

Semak harga dalam pilihan dibawah:

Watson Malaysia

Shopee Malaysia

Lazada Malaysia

SILKYGIRL Silky Lips Multivitamin Lip Balm adalah pelembap bibir yang sesuai untuk remaja yang menginginkan bibir sihat selembut bayi.

Ia mengandungi vitamin A, B, C dan E dan juga SPF 15 untuk melembapkan, menyihatkan dan melindungi bibir anda dari sinaran UV berbahaya.

Ia  mempunyai tiga pilihan warna yang ceria iaitu Sweet Pink, Candy Pink dan Rose Pink.

6.Dermal Therapy Lip Balm

Semak harga dalam pilihan dibawah:

Shopee Malaysia

Lazada Malaysia

Dermal Therapy Lip Balm telah terbukti secara klinikal sangat berkesan untuk merawat dan memulihkan bibir yang kering dan merekah sepantas 1 hari.

Ia sangat sesuai untuk kegunaan perubatan dan harian.

Ianya boleh disapu di bahagian bibir 3-4 kali sehari.

Sangat sesuai digunakan bagi golongan dewasa dan kanak-kanak di atas 12 tahun.

7.Water360 by Watsons

Semak harga dalam pilihan dibawah:

Watson Malaysia

Shopee Malaysia

Lazada Malaysia

Pelembap bibir Water360 by Watson ini membantu melegakan bibir yang kering dan merekah.

Kandungan bahan utama seperti almond, Macadamia Oil dan Shea Butter membantu mengurangkan penampilan garis-garis halus sambil menyuburkan, membaiki dan melindungi bibir anda daripada mengelupas.

Sesuai untuk kegunaan harian, lip balm ini juga memberikan kesan warna semulajadi agar bibir tampak lebih berseri.

Bibir anda bukan sahaja akan kelihatan lembap dan sihat malah berbau wangi dan segar.

Menarik, kan? Cubalah sekarang!

8.Himalaya Lip Balm

Semak harga dalam pilihan dibawah:

Watson Malaysia

Shopee Malaysia

Lazada Malaysia

Himalaya’s Lip Balm diperbuat daripada bahan aktif semulajadi untuk melegakan bibir yang kering dan pecah terutamanya pada musim sejuk.

Ia diperkaya dengan minyak asli daripada Castor, Wheatgerm, Coconut, Carrot dan Sweet Indrajao untuk melindungi bibir daripada kering.

Sumber vitamin E yang kaya dalam Wheatgerm Oil berfungsi untuk menyuburkan kulit bibir dan mencegah kehilangan lembapan. Ia juga adalah sumber antioksidan yang kuat.

Hasilnya, bibir anda kelihatan lembap dan sihat sepanjang masa.

9.IN2IT Men Matte & Moist Lip Balm

Semak harga dalam pilihan dibawah:

Watson Malaysia

Shopee Malaysia

Lazada Malaysia

Khas untuk para lelaki yang inginkan pemakaian lip balm untuk aktiviti seharian agar bibir tampil segar dan menarik.

Lip balm berperisa mint yang melembapkan bibir sepanjang hari dengan bahan-bahan yang menghidrat dan berkhasiat.

Ia boleh didapati dalam 3 warna berbeza dan sangat mudah digunakan.

Sesuai untuk semua jenis kulit.

10.Ego QV

Semak harga dalam pilihan dibawah:

Shopee Malaysia

Lazada Malaysia

Antara lip balm terbaik yang menjadi pilihan mereka yang mempunyai bibir kering dan sensitif.

Ego Qv Lip Balm memberikan perlindungan tambahan pada bibir agar kekal lembut dan lembap sepanjang masa.

Bebas daripada pewangi tiruan, pewarna, lanolin dan propylene glycol.

Cubalah sekarang!

11.Vaseline Lip Therapy

Semak harga dalam pilihan dibawah:

Watson Malaysia

Shopee Malaysia

Lazada Malaysia

Bibir anda kelihatan sangat kering dan kusam?

Cubalah  lip balm terbaik Vaseline Lip Therapy Rosy ini.

Sangat sesuai dipakai sepanjang hari untuk memelihara kelembapan dan kesihatan kulit bibir.

12.Avene Cold Cream

Semak harga dalam pilihan dibawah:

Watson Malaysia

Shopee Malaysia

Lazada Malaysia

Avene’s Cold Cream Nourishing Lip Balm tidak terasa berminyak dan boleh dipakai dengan selesa dengan gincu di bahagian atas!

Sangat fleksibel kerana boleh dipakai siang dan malam menjadikan bibir sentiasa terhidrasi.

Aroma ringan, non- flavor dan hypoallergenic.

Nota tambahan:

Harus diingat bahawa beberapa produk lip balm mengandungi bahan kimia yang berbahaya

Apabila anda membeli lip balm, pastikan anda membaca senarai ramuan pada bungkusan.

Beberapa jenama mengandungi bahan berbahaya seperti parafin, petrolatum, pewarna, dan fenol.

Sebagai gantinya, cuba ganti jenama ini untuk memilih produk yang mengandungi bahan yang lebih selamat.

Dan, terdapat juga risiko kemungkinan jangkitan.

Penggunaan produk secara berterusan boleh menyebabkan pencemaran.

Walaupun banyak orang menggunakannya dengan cara seperti gincu, ada yang lebih suka menggunakan lip balm dengan jari mereka.

Ini membolehkan bakteria dan kuman di tangan anda mendapat akses mudah ke mulut anda yang boleh mempengaruhi kesihatan anda.

Anda boleh mengelakkan jangkitan dengan menukar produk anda, dan mencuci tangan sebelum menggunakan lip balm ke mulut.

Semoga membantu!

0Shares

4 thoughts on “12 Lip Balm Terbaik Di Watson Malaysia 2024”

  1. Pingback: Bibir Kering, Gelap dan Kusam, Ini 3 Produk Terbaik Yang Harus Kamu Miliki! - Hijabista

  2. Pingback: Bibir Kering, Gelap dan Kusam, Ini 3 Produk Terbaik Yang Harus Kamu Miliki! » Viral Meletop

  3. Pingback: Bibir Kering, Gelap dan Kusam, Ini Produk Terbaik Yang Harus Kamu Miliki! – Malay News- Malaysian newspapers from Kuala Lumpur

  4. Pingback: 10 Scrub Bibir Terbaik Dan Terlaris Di Malaysia 2021 - Sricantik

Leave a Reply