Senarai pilihan lipstick terbaik untuk bibir yang kering dan sensitif di Malaysia 2023.
Wanita yang cenderung memiliki bibir yang kering semestinya mengalami masalah untuk memilih gincu yang sesuai untuk mereka.
Namun, itu tidak bermaksud mereka tidak boleh menggunakan lipstick sama sekali.
Tips Memilih Lipstick
Berikut adalah beberapa tips penting sebelum anda membeli gincu yang sesuai untuk bibir kering anda.
1. Pilih bahan yang menghidratkan dan berkhasiat untuk bibir kering seperti hyaluronic acid, glycerin, vitamin E, shea butter, petrolatum, dimethicone dan safflower oil
2. Elakkan wangian yang kuat dan sebarang bahan yang merengsakan seperti beeswax, kerana ia mengandungi propolis yang boleh menyebabkan alah kepada sesetengah orang.
3. Sebaiknya pilihlah yang mengandungi SPF untuk melindungi kulit pada bibir anda.
Senarai Lipstick Terbaik Untuk Bibir Kering Malaysia 2023
Di sini kami telah menyenaraikan beberapa pilihan gincu yang pastinya sesuai untuk anda yang mempunyai bibir kering dan sensitif.
Mari kita semak bersama – sama!
p/s : Cara terbaik untuk memastikan bibir anda tidak kering sepanjang hari adalah menghidratkannya dengan pelembap bibir sebelum menggunakan gincu, semasa memakai, dan selepas menanggalkan gincu anda.
Lihat senarai lip balm terbaik di Watson di sini: Lip Balm Terbaik Di Watson
1.Revlon Super Lustrous
Semak harga dibawah:
Gincu klasik ini adalah kombinasi sempurna bagi warna berimpak tinggi dalam formula pelembapnya.
Ia diformulasikan dengan menggunakan pigmen mikrofine tetapi rasanya ringan dan mudah dioles pada bibir.
Rumusannya diselitkan dengan vitamin E dan minyak avocado untuk melindungi bibir dari kering dan sentiasa kekal lembap.
2.L’Oreal Paris Chiffon Signature
Semak harga dibawah:
Inginkan lipstick yang mampu bertahan lama sepanjang hari?
Cubalah lipstick dari L’oreal Paris Infallible Pro – Matte ini.
Dirumus untuk memaksimumkan keselesaan, tekstur baharu ini sangat lembut serta tidak mengeringkan bibir anda.
Ciri – ciri istimewa:
- Kemasan matte selembut baldu•
- Berpigmen tinggi •
- Tekstur ultra ringan dan melembapkan yang sangat selesa pada bibir •
- Selesa dan tahan sepanjang hari.
3.Laneige Stained Glasstick
Semak harga dibawah:
Uniknya, gincu ini menggunakan teknologi pelapisan pelbagai warna.
Ia mewujudkan pelbagai warna yang lebih jelas dan terang dengan setiap aplikasi serta memaksimumkan pantulan cahaya yang bersentuhan dengan bibir.
Teksturnya yang lembut menjadikan bibir anda kelihatan lembap dan selesa sepanjang masa.
4.Maybelline Superstay Matte Ink
Semak harga dibawah:
Koleksi gincu terbaru dari Maybelline ini menampilkan 10 warna nude yang menarik untuk menyempurnakan lagi hari anda.
Ia memberikan kesan dramatik dengan sekali sapuan dan memelihara kelembapan bibir anda sepanjang hari.
Selesa dipakai sepanjang hari walaupun pada bibir kering.
Bebas dari bahan pewangi tiruan.
5.M.A.C Satin
Semak harga dibawah:
Formula gincu berkrim dari M.A.C ini sangat lembut dan mudah dioles pada bibir.
Pilihan warna yang sangat menarik dan tahan lama.
Sangat sesuai untuk mereka yang mempunyai bibir yang kering.
6.Moonshot Reve De Paris Extreme Stick
Semak harga dibawah:
Didatangkan dalam 6 pilihan warna yang sangat cantik dan menarik.
Teksturnya sangat lembut dan mempunyai kemasan matte.
Lipstick mudah alih dengan kandungan yang penuh seperti gincu lain.
7.Colorkey
Semak harga dibawah:
Lipstick dengan formula pelembap yang tinggi, lut sinar agar bibir lebih gebu dan berkilau terutama pada waktu malam.
Aplikasi teknologi Korea untuk membentuk lapisan gincu dengan mudah, melembapkan dan tahan warna.
Diperkaya dengan minyak pati asli seperti minyak kacang macadamia dan minyak bunga geranium untuk menyuburkan kulit bibir serta menjadikan bibir merah jambu dan anjal.
8.Lemooc
Semak harga dibawah:
Lemooc Velvet Lipstik Matte mempunyai tekstur yang sangat ringan sehingga anda akan lupa anda memakai gincu.
Mengandungi vitamin E, minyak jojoba, minyak buah zaitun yang melembapkan bibir.
Gincu matte cecair yang sangat selesa ini memberikan warna matte yang berkekalan selama 12 jam.
Dengan 12 pilihan warna unik dan menarik, pastinya menjanjikan kelainan pada penampilan baru anda.
9.Nature Republic
Semak harga dibawah:
Gincu matte dengan warna sebenar dari Nature Republic ini pasti akan membuatkan ramai orang tertarik!
Ia menampilkan kemasan sutera dan tidak bertompok.
Formula menghidrat yang diperkaya dengan shea butter.
Produk mesti cuba!
10.Ephyra Lips
Semak harga dibawah:
Antara produk terbaik Malaysia yang setanding dengan produk berkualiti global!
Ephyra Lips Cream-To-Matte Lip Color diperkayakan dengan minyak jojoba dan vitamin E untuk merawat dan melembap bibir yang kering.
Tahan lama dan mesra wu’dhu.