12 Scrub Badan Terbaik Dan Terlaris di Malaysia 2024

0Shares

Senarai scrub badan terbaik yang popular di pasaran online Malaysia 2024!

Anda mencari scrub badan terbaik?

Perlukan senarai panjang body scrub agar anda mudah membuat pilihan?

Mencari scrub badan yang sudah terbukti dan dipercayai oleh kebanyakan pengguna di Malaysia.

Kami ada senarai terbaik hanya untuk anda!

Kenapa perlu scrub badan?

Secara ringkasnya kulit kita mempunyai lapisan kulit terluar, epidermis, dimana terkumpulnya sel-sel kulit mati yang perlu dikeluarkan.

Mandi secara normal tidak memberikan pengelupasan yang diperlukan untuk kulit yang paling sihat.

Scrub badan adalah satu cara untuk membersihkan kulit kita dari sel kulit mati dan kotoran.

Ia juga membantu untuk mengelupas kulit yang kusam, memperbaiki tekstur kulit dan meningkatkan pengaliran darah ke kulit.

Jika anda mahukan kulit licin yang sihat, anda wajib meminimakan sel kulit mati anda.

Cara terbaik ialah dengan menggunakan scrub badan!

Faedah scrub badan

  • Memudahkan kulit anda menyerap krim pelembap atau losyen dengan lebih baik.
  • Dengan menggunakan scrub badan secara berkala, liang pori-pori akan terbuka yang dapat mengelakkan benjolan dan rambut tumbuh ke dalam.
  • Kulit lebih halus dan sekata.
  • Merangsang pertumbuhan sel kulit baru
  • Memperbaiki tekstur kulit
  • Meningkatkan pengaliran darah ke kulit

Tips Memilih Scrub Badan

1. Sugar Body Scrub

Sugar body scrub sangat popular di kalangan wanita dari seluruh dunia, terutama di kalangan mereka yang suka membuat scrub sendiri.

Lulur ini menggunakan gula sebagai bahan utama antara bahan-bahan lain, memberikan anda pilihan warna putih atau coklat, berbutir, atau serbuk.

Jika anda inginkan scrub yang kurang kasar, ini adalah pilihan terbaik!

Selain itu, gula boleh dicampur dengan apa sahaja dari madu hingga minyak dan gliserin untuk membuat lulur, dan ia boleh digunakan untuk mana-mana bahagian badan termasuk bibir dan wajah.

2. Salt Body Scrub

Tidak seperti scrub gula, scrub garam dapat memberikan pengelupasan yang lebih kuat.

Kebiasaannya, lulur badan garam dibuat dari pelbagai jenis garam laut bergantung kepada seberapa kasar dan tahap pengelupasan yang anda mahukan.

Bahagian terbaik mengenai lulur garam adalah kemampuan mereka membawa toksin dan kotoran ke permukaan kulit, mempunyai kesan penyembuhan yang kuat pada luka atau parut.

3. Herbal Body Scrub

Seperti namanya, herbal bosy scrub mengandungi pelbagai ramuan herba sebagai bahan utama.

Beberapa contoh yang baik adalah kulit jeruk dan bunga lavender yang mempunyai sifat penyembuhan dan pelembab yang kuat.

Setiap ramuan mempunyai aroma dan ciri unik yang membersihkan kulit dan menyingkirkan toksin berbahaya.

4. Coffee Body Scrub

Serbuk kopi adalah ramuan yang sangat baik bagi wanita yang mempunyai selulit.

Ia juga membantu meningkatkan peredaran darah ketika digunakan pada kulit.

Tidak hairanglah mengapa banyak pusat kecantikan / spa menggunakannya untuk tujuan terapi.

Juga sesuai digabungkan dengan vanila atau minyak pati lain untuk mendapatkan haruman yang mempesonakan!

5. Scrub Badan Pelembap

Scrub badan pelembap sangat sesuai untuk wanita dengan kulit yang kering.

Biasanya ia mengandungi ekstrak seperti aloevera, yogurt, minyak, oatmeal, kacang almond, dan sebagainya.

Pilihan Scrub Badan Terbaik!

Memilih scrub yang tepat untuk jenis kulit anda sangat mustahak untuk mendapatkan hasil yang maksimum.

Jom lihat senarai terbaik scrub badan untuk kulit yang cantik dan berseri!

1.TANAMERA

Semak harga dalam pilihan dibawah:

Shopee Malaysia

Lazada Malaysia

Herba yang ada di dalam sabun scrub badan ini terkenal dengan fungsi anti-radang.

Ia mempunyai manfaat anti-bakteria yang sesuai untuk mengurangkan jerawat dan masalah kulit badan seperti masalah ruam dan gatal – gatal.

Mampu meratakan tona kulit dan mendapatkan warna kulit yang sekata.

2.TEMYRACLE

Semak harga dalam pilihan dibawah:

Shopee Malaysia

Lazada Malaysia

Temyracle Whitening Body Scrub diperbuat dari garam laut mineral semula jadi, asas sabun organik dan pewarna semula jadi.

Ia membantu pengelupasan kulit mati dan penghidratan kulit badan anda menjadikannya halus dan lembut.

Gabungan pembersihan, pengelupasan dan urutan memberikan manfaat melebihi apa yang boleh dilakukan oleh sabun biasa.

3.Bio Glow

Semak harga dalam pilihan dibawah:

Shopee Malaysia

Lazada Malaysia

Scrub muka dan badan ini membantu pengelupasan kulit mati dan memberikan kesan menenangkan dan berkhasiat pada kulit.

Kandungan Provitamin memberikan kesan regenerasi sehingga ke lapisan kulit yang lebih dalam memberikan lebih kelembapan.

Diperkaya dengan Aloe Vera untuk membantu mempercepat pembaikan tisu kulit dan mendorong pertumbuhan sel yang normal.

4.St. Ives Even Bright Pink Lemon Mandarin

Semak harga dalam pilihan dibawah:

Shopee Malaysia

Lazada Malaysia

Dirumus khas dengan menggunakan 100% kulit lemon dan ekstrak sitrus serta serbuk kulit walnut 100% semulajadi.

Scrub badan terbaik dari St. Ives ini membantu membersihkan dan menanggalkan sel kulit mati untuk kulit yang lebih yang berseri.

Ia juga boleh digunakan sebagai sabun tangan untuk membersihkan kotoran dan bakteria dengan berkesan.

5.WATSONS Gel Body Scrub Strawberry Blueberry

Semak harga dalam pilihan dibawah:

Shopee Malaysia

Lazada Malaysia

Watsons Gel Body Scrub diperkaya dengan ekstrak Strawberry dan Blueberry, yang  mengandungi antioksidan kuat untuk melindungi dan meningkatkan kulit anda.

Ia berupaya membersihkan badan anda dan menghilangkan semua kulit mati dengan 100 % manik pengelupasan secara semula jadi.

Gel scrub badan ini juga mempunyai aroma buah yang pastinya menyegarkan minda dan deria anda.

6.FRESHOP Detox

Semak harga dalam pilihan dibawah:

Shopee Malaysia

Lazada Malaysia

Detox body scrub ini diformulasikan khas menggunakan charcoal (arang), Rosemary dan Tea Tree oil untuk merawat badan yang ada masalah jerawat, parut, sunburn dan celahan badan yang gelap.

Cubalah sekarang!

7.The Body Shop

Semak harga dalam pilihan dibawah:

Shopee Malaysia

Lazada Malaysia

Dirumus khas daripada sari bunga mawar dari Britain, scrub badan istimewa ini membersihkan kulit dengan lembut agar lebih licin dan segar.

Menyental tubuh pasti terasa indah dengan skrub badan bertekstur gel dengan kelopak mawar yang sebenar.

8.Ginvera World Spa

Semak harga dalam pilihan dibawah:

Shopee Malaysia

Lazada Malaysia

Manjakan diri anda dengan Ginvera Turkish Shower Scrub yang menghidratkan secara intensif dengan scrub mandi Apricot dan Hazelnut yang lembut ini.

Rumusannya yang sangat kaya dengan biji aprikot dan ekstrak hazelnut direka untuk membersihkan dan menyihatkan seluruh kulit badan anda.

Ia juga mempunyai exfoliants dan microbeads semula jadi untuk mengelupas kulit anda dengan lembut agar ia sentiasa segar dan licin.

9.Odeon

Semak harga dalam pilihan dibawah:

Shopee Malaysia

Lazada Malaysia

Skrub untuk muka dan badan antara yang terlaris di Malaysia!

Dengan lebih daripada 6k pembelian hanya di Shopee Malaysia sahaja!

Terdapat 5 pilihan, anda pilih mana satu yang anda inginkan.

10.Sumber Ayu

Semak harga dalam pilihan dibawah:

Shopee Malaysia

Lazada Malaysia

Fungsi utama:

  • Mencerahkan kulit
  • Menanggalkan kulit mati
  • Melembutkan kulit
  • Tambahan aroma wangian berpanjangan
  • Antioksida supaya kulit lebih halus dah mulus!

11.Sariayu

Semak harga dalam pilihan dibawah:

Shopee Malaysia

Lazada Malaysia

Sariayu Body Scrub dengan butiran lulur/scrub yang ringan menbantu menanggalkan kotoran dan sel-sel kulit mati sehingga kulit menjadi halus dan bersih.

Diperkaya dengan ekstrak Buah Langsat dan minyak essential jeruk yang menyegarkan serta membantu mencerahkan kulit tubuh anda!

12.Dove Exfoliating Body Polish

Semak harga dalam pilihan dibawah:

Shopee Malaysia

Lazada Malaysia

Antara scrub badan yang menjadi pilihan pengguna di Malaysia!

Kulit pastinya terasa licin dan lembut setiap kali selepas mandi.

Cubalah sekarang!

Kesimpulan

Scrub badan memberikan banyak manfaat untuk kulit kita.

Ia membantu untuk mengelupas kulit yang kusam, membersihkan pori-pori, memperbaiki tekstur kulit dan meningkatkan pengaliran darah ke kulit.

Ia juga melembapkan kulit dan mengurangkan jerawat.

Walaupun scrub badan sesuai untuk semua jenis kulit, penting untuk memilih bahan yang sesuai dengan jenis kulit anda dan tidak menggunakan scrub badan terlalu kerap.

Pastikan pilih scrub yang sesuai dan ikuti panduan penggunaan untuk hasil terbaik!

Semoga membantu ya!

0Shares

2 thoughts on “12 Scrub Badan Terbaik Dan Terlaris di Malaysia 2024”

  1. Pingback: 12 Hair Mask Terbaik dan Berkesan Di Malaysia 2021 - Sricantik

  2. Pingback: 10 Scrub Bibir Terbaik Dan Terlaris Di Malaysia 2021 - Sricantik

Leave a Reply