13 Sunblock Untuk Kulit Sensitif Malaysia 2024 [Terbaik!]

0Shares

Senarai panjang sunblock untuk kulit sensitif terbaik dan terpilih 2024!

Pelindung matahari atau sunblock sangat penting untuk melindungi kulit kita daripada sinar matahari yang berbahaya.

Sinar UV boleh menyebabkan kulit rosak, penuaan awal dan kanser kulit.

Ia juga boleh menyebabkan kulit sensitif menjadi lebih teruk.

Oleh itu, mengaplikasikan pelindung matahari adalah satu langkah mudah yang boleh kita ambil untuk melindungi kulit kita dari bahaya sinar matahari.

Kepentingan Sunblock

Penggunaan krim sunblock penting untuk mengelakkan kulit daripada terdedah dengan sinaran UVA dan UVB yang berbahaya.

Pilih pelindung matahari dengan faktor perlindungan matahari (SPF) sekurang-kurangnya 30 dan yang tertera perkataan “spektrum luas” pada label.

Sapu pada semua kulit yang terdedah setiap hari untuk mencegah sebarang penyakit seperti barah kulit.

Namun, harus diingat bahawa tiada produk sunblock yang mampu menghalang 100% sinaran matahari.

Antara kepentingan sunblock adalah seperti :

1. Kekalkan Penampilan Yang Lebih Muda

Sekiranya anda melihat wajah kanak-kanak dan orang dewasa yang lebih tua, anda pasti dapat melihat kesan kerosakan akibat sinar matahari pada kulit.

Sinar UV yang berbahaya, selain boleh menyebabkan barah kulit, ia juga mengurangkan keanjalan kulit, merosakkan lapisan atas kulit dan menyebabkan tilmbulnya tompokan pigmen.

Lama kelamaan, kulit anda berkedut, kendur, dan tumbuh bintik-bintik usia coklat.

Pakar dermatologi bersetuju bahawa dengan penggunaan sunblock diikuti dengan moisturizer dianggap sebagai salah satu produk anti-penuaan terpenting yang boleh anda beli.

2. Melembapkan kulit kering

Memilih pelindung matahari pelembap dapat membantu memperbaiki kerosakan.

Cuba cari kandungan bahan penghidratan seperti lanolin, minyak dan dimethicone, sejenis silikon.

Cari bahan-bahan ini atau dengan istilah seperti krim, losyen atau salap.

Pemilihan sunblock untuk jenis kulit yang sesuai juga sangat penting.

3. Melicinkan tekstur dan warna kulit.

Melindungi kulit anda dengan sunblock spektrum luas membantu mencegah sebarang kerosakn kulit yang serius.

Kerosakan kulit akibat sinar matahari yang lebih sedikit juga bermaksud pengedaran pigmen dan saluran darah yang lebih sekata.

Hasilnya?

Kulit pastinya lebih halus dan tona kulit lebih sekata, dengan atau tanpa solek.

Sunblock atau Suncreen?

Anda pasti perasan bahawa terdapat dua jenis: Sunblock dan Suncreen.

Apa perbezaan antara keduanya dan mana yang lebih baik?

Sunscreen adalah krim yang mengandungi sebatian kimia seperti avobenzone dan oxybenzone yang menyerap sinar UV untuk mencegahnya menembusi kulit anda.

Bahan-bahan ini kadang-kadang boleh menyebabkan kerengsaan jika kulit anda sensitif tetapi bahan ini cenderung lebih mudah digunakan.

Ia bergantung pada reaksi kimia untuk menyerap sinar UV  yang kemudian dilepaskan dari kulit.

Manakala, sunblock mengandungi bahan mineral seperti titanium dioksida atau zink oksida yang secara fizikal menyekat sinar UV.

Sunblock dinamakan begitu kerana secara amnya ia menyekat sinar UV dengan membentuk pelindung fizikal.

Sementara sunscreen mengandungi bahan kimia yang menyerap sinar UV sebelum kulit anda dapat.

Secara umumnya, sunscreen direka untuk melindungi dari sinar UVA, yang menyebabkan kerosakan kulit.

Sunblock, bagaimanapun, diformulasikan untuk menghentikan kerosakan yang disebabkan oleh sinar UVB, jenis yang menyebabkan kulit mengalami selaran matahari.

Namun, terdapat beberapa produk sunscreen dan sunblock yang mempunyai kedua dua fungsi untuk membantu mencegah kedutan dan selaran matahari.

Sunblock untuk Kulit Sensitif

Menurut pakar dermatologi, kulit yang sensitif atau mengalami masalah kulit lebih sesuai menggunakan sunblock.

Ini adalah kerana beberapa bahan dalam sunscreen boleh menyebabkan kerengsaan atau reaksi alergi.

Sunblock tidak mempunyai bahan kimia yang boleh menyebabkan kerengsaan.

Oleh kerana sunblock hanya berada di permukaan kulit, ia boleh diterima dengan baik oleh jenis kulit yang paling sensitif.

Kesimpulannya, produk sunblock terbaik adalah produk yang anda suka gunakan dan sesuai dengan keperluan anda.

Tips Memilih Sunblock Untuk Kulit Sensitif

1. Broad Spectrum

Pilih produk berlabel “spektrum luas (broad-spectrum)”, kerana ini bermaksud melindungi dari sinar UVA dan UVB.

Sinar UVA adalah sinar matahari yang menyebabkan kedutan dan bintik-bintik penuaan.

Manakala, sinar UVB menyebabkan kulit mengalami selaran matahari.

Terlalu banyak pendedahan kepada kedua-duanya boleh menyebabkan barah kulit.

2. Sun Protection Factor, SPF

SPF adalah ukuran berapa banyak cahaya UVB yang dapat ditapis oleh sunblock,

Menurut pakar dermatologi, SPF 15 menyekat sekitar 93 peratus sinar UVB, sementara SPF 30 menyekat sekitar 97 peratus sinar UVB.

Maka, sunbock terbaik adalah yang mengandungi SPF 30 atau lebih tinggi.

Jika anda berada di luar rumah untuk tempoh masa yang agak lama, sunblock boleh diulang sapu setiap dua jam atau setiap kali selepas aktiviti berenang.

Ingat, tidak ada sunblock yang benar-benar dapat melindungi anda dari sinar matahari.

Selain daripada memakai sunblock, anda juga digallakan untuk memakai pakaian pelindung seperti  topi, pakaian renang pelindung matahari, pakaian lengan panjang atau seluar panjang.

Dan selalu berada di tempat teduh.

3. Jenis kulit

Untuk kulit sensitif, pilih sunblock fizikal atau mineral.

Sunblock fizikal mempunyai zink oksida dan titanium dioksida untuk melindungi kulit.

Kedua-dua bahan ini tidak akan membakar atau menyengat merengsakan kulit.

4. Elakkan wangian

Beberapa sunblock mungkin diformulasikan dengan wangian tertentu untuk memberikan aroma yang menyenangkan namun ini dapat menyebabkan kerengsaan dan tompok kemerahan pada kulit.

5. Bebas minyak

Mempunyai kulit sensitif yang mudah berjerawat juga wajib menggunnakan sunblock kerana kulit akan menjadi lebih gelap dan bekas jerawat lebih ketara dengan pendedahan cahaya matahari.

Sebaliknya, cubalah SPF yang bebas minyak dan non-komedogenik yang bermaksud formula tidak akan menyumbat liang.

Senarai Sunblock Terbaik Untuk Kulit Sensitif

Sunblock terbaik dan mendapat maklumbalas positif dari ramai pengguna dan pasti sesuai dengan kulit anda!

1.Nanowhite Omega Day Shield

Semak harga dalam pilihan dibawah:

Shopee Malaysia

Lazada Malaysia

Apa yang membezakan Nanowhite Omega Day Shield SPF 50 dengan produk sunblock yang lain?

Rahsianya ialah, ianya dirumus khas dengan teknologi nano dan Omega White C yang berkesan untuk melindungi kulit muka daripada sinaran UVA dan UVB berbahaya dengan SPF 50 PA++.

Ia tidak menyumbat liang-liang pori dan membantu melindungi kulit muka daripada pembentukan pigmentasi .

Sangat sesuai digunakan bagi wanita yang berumur dalam lingkungan 24-35 tahun.

2.Nutox Solar Protect

Semak harga dalam pilihan dibawah:

Shopee Malaysia

Lazada Malaysia

Nutox Solar Protect SPF 45 PA++ dirumus khas dengan blok spektrum matahari yang berupaya melindungi kulit muka daripada sinaran UVA dan UVB berbahaya.

Ia diperkaya dengan B’Nest Collagen dan Oxyfusion untuk menguatkan perlindungan kulit terhadap radikal bebas dan tanda-tanda penuaan pra matang.

Dengan SPF 45 PA++, ia melindungi kulit anda daripada sinaran  UV dengan sempurna, mncegah bintik-bintik hitam dan penuaan pra matang.

3.Nalc Waterproof UV Protect

Semak harga dalam pilihan dibawah:

Shopee Malaysia

Lazada Malaysia

Inginkan sunblock kalis air dan tahan sepanjang hari?

Nalc Perfect Waterproof UV Protect dihasilkan menggunakan teknologi terkini yang mampu melindungi kulit muka daripada sinaran UVA dan UVB dengan kandungan SPF 50 PA++.

Sifat kalis airnya sangat sesuai digunakan pada bila-bila masa dan di mana sahaja.

Ia tidak berminyak dan melekat serta sesuai digunakan sebagai bedak asas muka.

Ia sangat sesuai bagi mereka yang mempunyai kulit sensitif.

4.3W Clinic Intensive UV Sun Block

Semak harga dalam pilihan dibawah:

Shopee Malaysia

Lazada Malaysia

Intensive UV Sunblock Cream adalah antara produk Korea pilihan terkini yang mendapat jualan tertinggi sehingga 10K!

Selain daripada bertindak sebagai sun block, ia juga boleh digunakan sebagai bedak asas mekap dan mampu bertahan selama 12 jam.

Ia mengandungi ekstrak Mulberry Root, Red GInseng dan Aloe untuk melembap dan mencegah kulit daripada kering.

Kandungan SPF 50 PA++ sangat baik untuk melindungi kulit muka dan badan anda daripada sinaran UVA dan UVB berbahaya.

5.Biore UV Aqua Rich Watery Essence

Semak harga dalam pilihan dibawah:

Shopee Malaysia

Lazada Malaysia

Antara sunblock untuk kulit muka dan badan terbaik di Malaysia!

Biore UV Aqua Rich Watery Essence menggunakan Aqua Micro Capsules yang mengandungi bahan-bahan menyerap UV untuk pertahanan yang lebih kuat dan lama.

Ia tidak melekit dan berminyak serta mudah untuk diratakan di seluruh kulit muka mahupun badan.

Diformulasikan dengan Hyaluronic Acid dan Mix Citrus Essence sebagai bahan pelembap agar kulit kekal terhidrat sepanjang hari.

Sesuai digunakan setiap hari.

6.Elta MD

Semak harga dalam pilihan dibawah:

Shopee Malaysia

Lazada Malaysia

Anda mempunyai masalah kulit dan sensitif kepada bedak asas?

Sunblock bertekstur ringan dan bebas minyak sangat bagus untuk penggunaan kulit sensitif, berminyak atau berjerawat sebelum atau selepas bersolek.

Non-comedogenic.

Selamat digunakan kerana 100 % tiada bahan pengelupasan.

7.Skin Aqua Tone Up UV Essence

Semak harga dalam pilihan dibawah:

Shopee Malaysia

Lazada Malaysia

Skin Aqua Tone Up UV Essence sangat sesuai bagi mereka yang aktif dan gemar dengan aktiviti luar.

Gel pelindung matahari yang lembut ini mengandungi bahan mutiara ultra-halus dalam warna lavender yang membantu menenangkan kulit anda.

Mengandungi SPF 50+ PA++++, ia berupaya untuk melindungi kulit daripada sinaran UVA dan UVB serta memberikan kesan lutsinar pada kulit.

DIperkaya dengan Hyaluronic Acid, Vitamin C dan Pure Nuance Complex yang membantu menyihatkan kulit anda.

8.HANAJIRUSHI

Semak harga dalam pilihan dibawah:

Shopee Malaysia

Lazada Malaysia

Aqua Sunblock Cream adalah krim pelindung matahari yang ringan yang sesuai digunakan setiap hari.

Ia membantu melindungi kulit anda dari sinaran ultraviolet yang kuat, menyegarkan dan melembapkan kulit anda dari dalam.

Ia mengurangkan kesan debu halus yang boleh merosakkan kulit dan menggalakkan penuaan.

Sangat sesuai digunakan di muka dan seluruh badan.

9.Aveeno

Semak harga dalam pilihan dibawah:

Shopee Malaysia

Lazada Malaysia

Jika ia cukup baik untuk si kecil anda, ia juga cukup baik untuk anda!

Sangat sesuai jika anda mempunyai kulit ultra sensitif.

Dengan SPF 50, ia memberikan liputan UVA/UVB spektrum luas dan mengandungi sumber semula jadi zink oksida sumber bahan-bahan yang menenangkan seperti oat.

Tidak memedihkan, tidak berminyak, bebas pewangi, paraben dan phthalate.

10.BabyGanics Sunscreen Lotion

Semak harga dalam pilihan dibawah:

Shopee Malaysia

Lazada Malaysia

Antara sunblock yang sesuai untuk dewasa dan juga kanak-kanak.

Ia mengandungi bahan-bahan bersifat non-allergenic seperti zink oxide, octisalate dan titanium dioxide.

Dirumus tanpa: PABA, phthalates, paraben, pewangi atau zarah nano.

Cubalah BabyGanics Sunscreen Lotion yang kalis air dan mengandungi SPF 50 yang mampu bertahan selama 80 minit!

11.Bio-Essence Bio-Water

Semak harga dalam pilihan dibawah:

Shopee Malaysia

Lazada Malaysia

Sunscreen terbaik untuk kulit sensitif yang mendapat maklum balas postitif daripada para pengguna!

Tekstur berkrim yang cepat meresap, tiada rasa berminyak dan melekit.

Wangian yang menyenangkan.

Sangat sesuai untuk kulit sensitif dan berminyak

12.Cetaphil Sunblock

Semak harga dalam pilihan dibawah:

Shopee Malaysia

Lazada Malaysia

Cetaphil Sunblock yang mempunyai SPF 50+ ini diformula khas untuk mereka yang berkulit sensitif.

Ia bersifat kalis air dan boleh digunakan di bahagian muka dan seluruh badan.

Selain itu, ia tidak berminyak, tidak melekit, tidak mengandungi pewangi tiruan dan bebas paraben.

Ia menawarkan perlindungan UVA dan UVB yang sangat berkesan. Gel sunblock ini sangat  mudah menyerap ke serata kulit dan menyuburkan kulit.

13.CeraVe

Semak harga dalam pilihan dibawah:

Shopee Malaysia

Lazada Malaysia

Antara ciri- ciri istimewa pelindung suria terbaik dari CeraVe ini:

• Perlindungan UV spektrum luas, 100% berasaskan mineral
• Dirumus dengan tiga seramida penting (1, 3, 6-II) yang membantu memulihkan penghalang semula jadi kulit dan mengunci kelembapan lama selepas itu.Bebas octinoxate
• Bebas Oxybenzone, octinoxate, minyak, paraben, pewangi dan penapis penapis kimia
• Lembut pada kulit. Sesuai untuk kulit sensitif dan kanak-kanak.

Cubalah sekarang!

0Shares

2 thoughts on “13 Sunblock Untuk Kulit Sensitif Malaysia 2024 [Terbaik!]”

  1. Pingback: 10 Tips Penjagaan Muka Untuk Kecantikan Yang Asli! - Sricantik

  2. Pingback: 12 Krim Jeragat Terbaik Di Malaysia 2024 - Sricantik

Leave a Reply