Senarai multivitamin terbaik untuk wanita yang diyakini berkesan dan dipercayai di Malaysia!
Setiap hari, kita semua berusaha untuk hidup dalam keseimbangan.
Kita cuba makan dengan betul, bersenam dan tidur lebih lena.
Namun, ada ketikanya,kita perlu meningkatkan kesegaran badan kita untuk mengatasi tekanan, amalan tidur dan makan yang kurang baik yang disebabkan dari kesibukan sehari – hari.
Di sinilah pentingnya pengambilan makanan tambahan.
Ia bertujuan untuk mengisi jurang nutrisi makanan yang kurang disebabkan amalan diet yang ketat, gaya hidup yang kurang sihat dan faktor persekitaran itu sendiri.
Oleh sebab badan lelaki dan wanita adalah berbeza, wanita memerlukan sejumlah vitamin dan mineral tertentu daripada lelaki seperti asid folik, zat besi, vitamin B12 dan B6.
Kebaikan Multivitamin Untuk Wanita
Multivitamin mempunyai keupayaan untuk meningkatkan fungsi badan kita.
Kalsium dan Vitamin D terbukti dapat membantu kesihatan tulang.
Vitamin D juga menyokong usus besar yang sihat dan dapat mencegah barah usus besar dan banyak keadaan kronik.
Asid Folik terbukti dapat mengurangkan kecacatan kelahiran dan dikaitkan dengan risiko penyakit jantung yang lebih rendah, barah usus besar dan barah lain termasuk barah payudara.
Vitamin B terbukti dapat meningkatkan tenaga dan membantu fungsi saraf.
Magnesium terbukti dapat merehatkan otot otot badan.
Antioksidan terbukti dapat mencegah barah tertentu dan gabungan Vitamin C dan Zink terbukti dapat meningkatkan fungsi imun.
Ternyata, pengambilan multivitamin sangat membantu dalam kesihatan tubuh badan kita!
Terdapat beberapa sebab mengapa wanita mengambil multivitamin.
Terutama sekali bagi wanita yang sedang hamil atau ingin hamil.
Multivitamin membantu memastikan bayi berkembang dan membesar dengan baik.
Bagi wanita lain, kadang-kadang perlu mengambil suplemen vitamin untuk mengatasi kekurangan tertentu.
Walau bagaimanapun, bagi kebanyakan wanita yang sihat, cara terbaik untuk mendapatkan vitamin adalah makan makanan yang sihat dengan banyak buah dan sayur-sayuran.
Anda Perlukan Multivitamin Jika…
- Anda biasanya makan kurang daripada 1,600 kalori sehari.
- Anda ingin hamil dan sedang hamil dan menyusukan bayi
- Anda makan makanan yang tidak mengandungi cukup buah-buahan dan sayur-sayuran. Anda seharusnya makan satu setengah hingga dua cawan buah setiap hari. Di samping itu anda juga memerlukan dua hingga tiga cawan sayur setiap hari.
- Anda tidak makan dua hingga tiga bahagian ikan setiap minggu. Dalam kes ini, biasanya doktor mungkin mengesyorkan suplemen minyak ikan.
- Anda mengalami pendarahan haid yang berat. Ini akan menjadikan anda berisiko mengalami kekurangan zat besi.
- Anda menghadapi masalah pencernaan yang menyebabkan anda tidak dapat menyerap nutrien yang cukup dari makanan yang sihat
- Anda adalah wanita berumur 40an dan ke atas untuk mendapatkan kalsium dan vitamin D yang mencukupi untuk mencegah osteoporosis. Ini amat penting bagi wanita yang lebih tua yang tinggal bersendirian dan berisiko jatuh dan patah tulang yang serius.
Dapatkan nasihat doktor
Sekiranya anda mempunyai kemusykilan tentang multivitamin yang ingin anda ambil, kami cadangkan berbincang dengan doktor anda sebelum membuat pilihan.
Tanya doktor anda jika multivitamin yang anda ambil boleh mengganggu kebekesanan ubat anda, jika ada.
Sesetengah vitamin mungkin mempunyai reaksi dengan ubat ubatan yang anda ambil.
Antaranya seperti :
- Vitamin D boleh mempengaruhi gula dalam darah dan tekanan darah anda. Ia juga boleh berinteraksi dengan alat perancang kelahiran dan ubat-ubatan untuk merawat HIV, asma, barah, masalah jantung, masalah kolesterol, sakit, dan lain-lain.
- Vitamin B6 dapat meningkatkan risiko pendarahan jika berinteraksi dengan aspirin atau ubat pencair darah lain. Sekiranya anda menghidap diabetes, vitamin B6 juga boleh mempengaruhi gula dalam darah anda. Ia juga boleh berinteraksi dengan ubat untuk asma, barah, kemurungan, Parkinson, atau keadaan lain.
- Vitamin E juga dapat meningkatkan risiko pendarahan apabila digabungkan dengan ubat pencair darah. Ia juga boleh mempengaruhi ubat-ubatan untuk Alzheimer, tuberkulosis, barah, asma, masalah jantung, sawan, dan keadaan lain.
- Vitamin C boleh mengganggu ubat pencair darah dan mempengaruhi kadar gula dalam darah dan tekanan darah. Ia juga boleh berinteraksi dengan ubat perancang kelahiran oral, ubat HIV, acetaminophen, ubat Parkinson, antibiotik, ubat antikanser, aspirin, barbiturat, nikotin, dan lain-lain.
Tips memilih mutivitamin untuk wanita
1. Kepentingan RDA
Manfaat multivitamin adalah untuk memberi anda Recommended Daily Amount (RDA) dari pelbagai vitamin dan mineral. RDA adalah jumlah yang seharusnya mencukupi, tetapi tidak terlalu banyak, bagi kebanyakan orang dewasa yang sihat.
2. Sentiasa periksa label
Periksa label pada produk. Perlu ada jadual yang memberitahu anda berapa peratus RDA produk untuk setiap vitamin atau mineral yang terdapat di dalamnya. Multivitamin yang terbaik memberi anda kira-kira 100% dari nilai harian untuk banyak vitamin dan mineral yang berbeza.
Selain itu, ia juga seharusnya :
- Semula jadi
- Bebas alergen
- Mudah diserap oleh badan anda
- Telah menjalani ujian saintifik dan klinikal
- Bebas dari ‘filler‘, warna tiruan, atau bahan tambahan.
3. Jangan mengambil vitamin dalam dos yang besar.
Sekiranya label pada botol mengatakan bahawa ia memberikan lebih daripada 100% daripada jumlah harian yang disyorkan, maka itu adalah megadose.
Sebagai contoh, 500% RDA adalah megadose. Lebih banyak dos pada beberapa vitamin sebenarnya boleh memudaratkan.
Contohnya seperti :
- Vitamin B6 yang terlalu sedikit dan terlalu banyak boleh menyebabkan masalah sistem saraf
- Vitamin larut lemak (A, D, E, K) lebih mudah berlebihan kerana ia tidak dapat dikumuhkan melalui air kencing, seperti vitamin larut air. Terlalu banyak vitamin A dapat meningkatkan risiko patah tulang pinggul. Terlalu banyak vitamin D boleh menyebabkan darah terlalu banyak kalsium. Ini boleh menyebabkan muntah dan sembelit.
- Zat besi yang berlebihan boleh menyebabkan muntah dan kerosakan hati.
Vitamin dan mineral sering ditambahkan ke dalam makanan dan minuman yang diproses.
Sekiranya anda mengambil makanan yang memberikan sejumlah vitamin yang tinggi, anda mungkin perlu mengurangkan pengambilan makanan tambahan jika diet anda sudah menyediakan jumlah yang mecukupi.
4. Jangan mengambil vitamin yang telah tamat tempoh.
Tahap kualiti dan keberkesanan vitamin boleh merosot dari masa ke masa.
Ini mungkin berlaku sekiranya disimpan di tempat yang panas dan lembap.
Sekiranya vitamin anda telah tamat tempoh, adalah lebih selamat dan lebih sihat jika anda membeli pek atau botol yang baharu.
5. Buat kajian tentang multivitamin yang ingin anda ambil
Periksa dengan laman web Food and Drug Administration (FDA) untuk melihat apakah makanan tambahan tersebut selamat atau tidak.
Laman web juga boleh memberitahu anda jika orang mengadu reaksi negatif.
Cadangan Multivitamin Untuk Wanita Terbaik di Malaysia 2023
Sekiranya anda menghadapi masalah tekanan, kurang tidur, mudah penat dan tidak bertenaga, mulailah ke arah kesihatan yang lebih baik dengan masukkan makanan tambahan berkualiti tinggi ke dalam rutin harian anda.
Ingin tahu senarai mulvitamin terbaik untuk wanita?
Jom, semak senarai panjang yang telah kami sediakan!
1.Blackmores
Semak harga dalam pilihan di bawah:
Blackmores Multivitamin for Women adalah gabungan 24 nutrien komprehensif.
Ia berfungsi untuk menyokong kesihatan dan kesejahteraan wanita secara menyeluruh.
Pengambilan 1 tablet sehari secara konsisten dapat menyokong metabolisme badan, penghasilan tenaga wanita, dan mengurangkan keletihan mental.
2.Garden Of Life
Semak harga dalam pilihan di bawah:
Vitamin Code, Multivitamin for Women ini lebih daripada sekadar multi-vitamin kerana ianya dirumuskan untuk keperluan badan wanita.
Ia diperkaya dengan probiotic dan enzim hidup serta mineral & antioksidan lengkap.
Produk non-GMO semulajadi.
3.Now Foods, EVE
Semak harga dalam pilihan di bawah:
Multivitamin terbaik untuk wanita dari Now Food, EVE ini berkualiti tinggi untuk memenuhi keperluan nutrien dalam diet harian anda.
Sumber Vitamin E diekstrak dari soya non-GMO.
Ambil 3 biji sehari selepas makan.
4.Vimerson’s Health
Semak harga dalam pilihan di bawah:
Multivitamin dari Vimerson’s Health ini dibuat khas untuk memenuhi keperluan nutrisi wanita setiap hari.
Ia diperkaya dengan vitamin dan mineral untuk meningkatkan tenaga, menguruskan berat badan, menguatkan sistem imun, dan melambatkan proses penuaan.
Ia dihasilkan daripada bahan semula jadi dan diformulasikan tanpa hormon atau bahan pengawet.
Sangat sesuai untuk meningkatkan tahap tenaga, menguatkan tulang dan meningkatkan kesihatan payudara.
5.Nature’s Way
Semak harga dalam pilihan di bawah:
Anda cepat letih?
Cubalah Nature’s Way Complete Daily Multivitamin ini.
Ia mengandungi pelbagai jenis vitamin, mineral dan antioksidan untuk membantu meningkatkan kesihatan dan tenaga harian.
Pengambilan yang konsisten dapat membantu menyokong kesihatan sistem imun
dan sistem saraf.
6.Centrum
Semak harga dalam pilihan di bawah:
Mutivitamin terbaik untuk wanita yang membantu menyokong tenaga, imuniti dan metabolisme anda.
Ia lengkap dengan kandungan Vitamin D3 Centrum tertinggi untuk menyokong kesihatan tulang.
Vitamin bukan GMO dan bebas gluten yang mudah ditelan.
7.Naturelo
Semak harga dalam pilihan di bawah:
Multivitamin ini dibuat dari campuran buah-buahan dan sayur-sayuran organik yang mengandungi vitamin A, C, D3, E, B12, kalsium, dan folat (yang merupakan versi asid folik yang lebih mudah diserap).
Cubalah sekarang!
8.Himalaya
Semak harga dalam pilihan di bawah:
Himalaya Women Wellness adalah multivitamin berasaskan herba.
Komposisi herba yang digunakan dalam produk ini membantu dalam memulihkan keseimbangan hormon pada wanita yang mempunyai tahap hormon yang berubah-ubah akibat haid dan menopaus, mengurangkan gejala pra-haid dan menopaus.
Ia juga membantu mengatasi keletihan, menggalakkan kesihatan fizikal dan mental, serta menyokong dan meremajakan badan selepas bersalin.
Selain itu, ia menyokong penghasilan susu pada ibu baru dengan meningkatkan tahap hormon prolaktin, memastikan penyusuan yang optimum.
Bebas daripada gula, pewarna tiruan, perasa tiruan, pengawet dan gelatin.
100% vegetarian.
9.Flavettes
Semak harga dalam pilihan di bawah:
Flavettes Daily Plus adalah multivitamin terbaik yang sesuai untuk golongan dewasa.
Hanya satu tablet sehari untuk membekalkan keperluan vitamin-vitamin dan zat galian untuk keperluan seharian anda.
10.Piping Rock
Semak harga dalam pilihan di bawah:
Formula multivitamin terbaik untuk wanita ini memberikan pelengkap komprehensif yang diperlukan untuk menyokong dan mengekalkan proses metabolik badan setiap hari.
Ia mengandungi campuran proprietari khas untuk sokongan kulit, rambut, kuku, tulang & sendi.
Pengambilan 2 caplets setiap hari selepas makan.
11.Swisse
Semak harga dalam pilihan di bawah:
Anda sering stress?
Multivitamin ini sememangnya sesuai untuk anda yang selalu stress dan memerlukan tenaga yang banyak sepanjang hari.
Ia adalah formula berkualiti premium yang mengandungi 50 vitamin, mineral, antioksidan dan ramuan yang disesuaikan untuk wanita!
12.21st Century
Semak harga dalam pilihan di bawah:
Multivitamin terbaik untuk wanita ini diperkaya dengan EPO (Evening Primrose Oil) dan nutrien yang sangat diperlukan oleh wanita seperti Iron, Calcium dan Silica.
Ia juga mengandungi senarai lengkap keperluan vitamin dan mineral minimum harian wanita.
Cubalah sekarang!
13.New Chapter
Semak harga dalam pilihan di bawah:
Anda mengalami masalah pencernaan?
Mungkin multivitamin New Chapter ini boleh membantu anda.
Multivitamin ini diperam dengan probiotik dan pelbagai jenis sayuran dan herba organik untuk memudahkan pergerakan usus anda.
Bebas dari pengisi sintetik atau gelatin haiwan.
14.VitaHealth
Semak harga dalam pilihan di bawah:
Lengkapkan keperluan nutrisi badan anda dengan VitaHealth Multivits & Minerals ini!
• Mengandungi 20mg zat besi
• Dengan 24 vitamin, mineral & nutrien lain
• Hanya 1 biji softgel sehari
Pengambilan dos yang betul dan konsisten akan :
• Menyokong pembentukan darah
• Meningkatkan tenaga & kecergasan
• Menguatkan imuniti
15.Opti-Women
Semak harga dalam pilihan di bawah:
Tercari – cari multivitamin yang sesuai untuk wanita yang gemar bersukan?
Pemakanan Optimum Opti-Women dirumus khas untuk menyokong wanita dengan gaya hidup aktif.
Ia menyediakan 23 vitamin dan mineral penting, termasuk asid folik, zat besi dan vitamin D.
Sesuai untuk pengamal vegetarian.
Sebelum mengambil sebarang jenis multivitamin, pastikan anda :
- SENTIASA ikut arahan pada bungkusan produk.
- Jangan ambil lebih daripada dos yang dicadangkan kecuali diperintahkan oleh profesional perubatan.
- Jika multivitamin yang anda gunakan adalah sekali sehari, sebaiknya mengambilnya pada waktu pagi. Ini akan membantu menyediakan tenaga untuk hari anda, dan memberi banyak masa untuk nutrien untuk dicerna.
Semoga membantu!
Pingback: 10 Tips Penjagaan Muka Untuk Kecantikan Yang Asli! - Sricantik
Hai doctor,saya Intan…saya nak mencari suppliment untuk membekalkan tenaga memandangkan saya ibu yang berkerjaya dan selalu hantar ambil anak skolah..boleh doctor suggestkan yang mana sesuai?
Terima kasih Doctor ?
Hai Intan. Terima kasih kerana bertanya. Apa yang boleh saya cadangkan adalah multivitamin Blackmores kerana ia sememangnya antara jenama saplimen terbaik di Malaysia. Ia mudah didapati di kedai kedai farmasi, Watson atau Guardian berdekatan anda. Semoga membantu ya!
Hi Doktor
Saya seorang yg low blood pressure, perlukan folic acid setiap hari. Boleh suggest multivitamin yang sesuai?
Hi Melin. Saya cadangkan agar anda berjumpa dengan doktor kesihatan yang bertauliah untuk mendapatkan pandangan dan nasihat sebelum mengambil sebarang jenis vitamin. Keperluan vitamin setiap orang tidak sama dan memerlukan keperluan dos yang berbeza mengikut keperluan badan kita.
Semoga membantu ya!
Hai doc adakah supplement blackmores sesuai untuk breastfeeding mom mcm saya? Tq doc
Hi Siti Aishah. Antara supplement yang sesuai untuk ibu menyusu yang boleh saya cadangkan adalah multivitamin Blackmores – Pregnancy and Breastfeeding Gold. Sebelum mengambil apa apa jenis vitamin, sila dapatkan nasihat daripada doktor anda ya. Semoga membantu!
Hai doktor..sy sharifah..apa yg perlu sy ambil untuk melancarkan period sy..menabah tenaga dan mengurangkan stress sy..
Terima kasih doktor ?
Hi Sharifah. Senarai multivitamin di atas sememangnya sesuai untuk wanita yang mengalami masalah seperti anda. Saya cadangkan multivitamin Blackmores kerana ia mudah didapati di kedai kedai farmasi berdekatan. Semoga membantu ya!
Hi doktor..saya nad, saya nak tanya boleh ka saya makan 2 supplement 21st century multivitamin dengan 21st century women mulitive? Maksud saya campur2 vitamin ?
Hi Nad. Sebelum mengambil sebarang jenis vitamin, pastikan anda merujuk kepada doktor atau ahli farmasi bertauliah. Pengambilan 2 supplement itu tidak menjadi masalah sekiranya tiada perubahan atau tindak balas negatif yang anda hadapi. Semoga membantu ya!
Hi doctor . Nak tanya . Saya pernah makan centrum energy multivitamin . Kenapa bila saya makan , saya akan rasa mual selepas pengambilan multivit tersebut . Husband saya pun mengalami simptom yang sama iaitu mual . Tq doctor
Hi Noorzilla. Jika anda mengambil vitamin tersebut sebelum makan, cuba ambil selepas makan. Jika anda masih terasa mual walaupun mengambilnya selepas makan, mungkin anda tidak sesuai dengan vitamin tersebut. Hentikan terus dan sila dapatkan nasihat doktor berhampiran anda jika anda menghadapi masalah kesihatan yang serius.
Hi doktor, sy Rekha . Sy pekerja kilang bdiri 12jam. Kaki dan lutut sy slalu sakit. Apa supplement ssuai yer. Terima kasih
Hi Rekha. Anda boleh cuba salah satu dari pilihan yang telah disenaraikan di atas. Saya cadangkan agar anda berjumpa dengan doktor berhampiran anda dan boleh dapatkan nasihat lebih lanjut mengenai masalah yang anda hadapi sekarang. Take care and stay safe ya!
Hai dokter saya HALINA…Usia 45, masalh saya cepat letih ….saya suka jogging pagi tapi lutut sakit… vitamin apa yang sesuai utk usia Dan masalh saya ye… TQ (takut telan ubat)
Hi Halina. Biasanya, masalah sakit lutut boleh disebabkan oleh berbagai jenis masalah sakit lutut seperti ‘knee osteoarthritis’ dan ‘rheumatoid arthritis’. Rawatan untuk 2 penyakit ini juga berbeza. Sila dapatkan pemeriksaan dan nasihat lanjut daripada doktor berdekatan anda untuk memastikan bahawa yang bermasalah adalah sendi lutut, bukan otot atau ligemen di sekeliling sendi lutut. Selepas itu, doktor akan cadangkan suplime yang sesuai untuk masalah anda.
May i ask. How much multivitamin can i take perday? Can i take daily 2 tablet multivitàmin?
Hi Cik Sue.
You can always refer to the description given on the bottle. Taking excessive doses for a long period of time is not recommended unless you have already sought the advice of a qualified doctor. Hope it helps!
haii doc..nak tnya macam sy consume vit C 21st century..tp boleh ke sy ambil multivitamin utk tambahkan supplement dlm badan??vit C sy ambil 1000mg..so multivitamin sy perlu ambil dlm jenama sama @ blh ambil dr jenama lain??
Hai Aishah. Jika anda tidak mengalami apa apa simptom seperti mual, pening, cirit birit selepas mengambil vitamin vitamin tersebut, boleh teruskan dalam dos yang betul. Pastikan anda mengambil air putih yang cukup ya!
Hi doctor nak tanya saya ambil swisse multivitamin..dalam masa yg sama sy juga breastfeeding..adakah ia mengganggu breastfeeding sy nanti? Risau pula nak consume..
Hai Nurshazwani. Pengambilan multivitamin biasanya tidak akan mengganggu proses penyusuan malah akan membantu penghasilan susu yang berkualiti. Namun, adalah lebih baik jika anda memantau perubahan pada kualiti air susu dan penerimaan bayi. Jika terdapat tanda tanda seperti cirit birit, sembelit pada bayi atau air susu semakin kurang, hentikan pengambilan multivitamin dan perhatikan lagi perubahan yang ada. Jika anda masih ragu – ragu, anda boleh terus berhubung dengan doktor kesihatan terdekat anda. Semoga membantu ya!
Terima kasih doctor..lega membacanya..semoga doctor sentiasa dipermudahkan urusan..?
hai doctor, vitamin ape yg sesuai utk wife sy dia cepat letih dan mudah stress..
Hi DR..saya wina,saya merancang untuk hamil.sekarang sy mkn folic asid saja..adakah tambahan suplemen yang sesuai untuk sy ambil? Sy juga merasakam diri saya selalu letih,mudah stress…
Hai doc i nak tnye centrum halal ke utk muslim.?
Hai Azra. Terima kasih kerana bertanya. Ya, multivitamin Centrum tidak sesuai untuk muslim sebab mengandungi gelatin babi.
Semoga membantu ya!