10 Pelembap Muka Terbaik Untuk Kulit Kering di Malaysia 2020

Senarai Pelembap Muka Terbaik Khas untuk Kulit Kering yang menjadi pilihan rakyat di Malaysia 2020.

Pelembap yang berkualiti dapat menenangkan dan memperbaiki keadaan kulit kering, gatal, dan merimaskan.

Tetapi dengan begitu banyak jenis pelembap di pasaran, bagaimana anda mencari pelembap yang sesuai untuk anda?

Ia biasanya bergantung kepada pilihan peribadi dan anda boleh memilih untuk menggunakan beberapa yang sesuai dengan pelbagai keperluan anda.

Di sini, kami telah menyenaraikan 10 jenis pelembap terbaik khas untuk kulit kering dan sensitif untuk memudahkan anda membuat pilihan.

Jom, kita semak!

1Hada Labo Hydrating Lotion

Formulasi hebat dari Jepun ini menggabungkan 4 jenis Hyaluronic Acid (HA) untuk menghidrat kulit sepenuhnya dari permukaan ke lapisan kulit dalaman untuk kulit yang lembut dan licin.

Dengan menggunakan pelembap muka ini, kulit muka anda bersedia untuk menerima penyerapan bahan penjagaan kulit seterusnya dengan lebih baik.

Sangat sesuai untuk kulit normal dan kering.

Lihat pilihan: Hada Labo Hydrating Lotion

2Neutrogena Hydro Boost Water Gel

Neutrogena Hydro Boost Water Gel telah terbukti berkesan untuk melembapkan muka dengan segera dan mengekalkan kelembapan kulit muka anda sehingga 48 jam.

Ia membantu merawat daya tahan kulit agar kekal terhidrat dan mengembalikan kulit anda ke keadaan optimum secara semulajadi.

Lihat pilihan: Neutrogena Hydro Boost Water Gel

3Eucerin Hyaluron Filler Day Cream

Kulit muka anda mula menunjukkan tanda – tanda kedutan akibat kulit yang kering?

Cubalah Eucerin Hyaluron Filler Day Cream ini!

Sangat berkesan untuk melembapkan kulit yang kering dan menghilangkan kedutan- kedutan halus di muka.

Dilengkapi dengan SPF 15 dan perlindungan UVA untuk menghalang penuaan pramatang dan menjadikan kulit anda kekal lembap sepanjang hari.

Lihat pilihan: Eucerin Hyaluron Filler Day Cream

4Sebamed Relief Face Cream

Kulit muka anda sangat kering dan merekah?

Sebamed Relief Face Cream pastinya sesuai untuk anda.

Ia mengandungi 5% kandungan urea yang sangat membantu untuk melembapkan kuit dan mengurangkan kesan gatal dan kemerahan pada kulit.

Bahan-bahannya berasaskan tumbuhan yang sangat aktif menyokong sintesis kolagen untuk membantu menjadikan kulit wajah lebih kenyal dan mengurangkan kedutan yang disebabkan oleh kekeringan.

Lihat pilihan: Sebamed Relief Face Cream

5COSRX Hyaluronic Acid Intensive Cream

COSRX Hyaluronic Acid Intensive Cream adalah pelembap sempurna untuk kulit kering dan sensitif.

Kandungan Asid Hyaluronik mengekalkan kelembapan dan menjadikan kulit sentiasa terhidrat dan menjadikan kulit terasa lembut dan memberikan kelembapan tahan lama.

Gunakan sedikit pada siang hari, dan sapukan lapisan tambahan sebelum tidur.

Lihat pilihan: COSRX Hyaluronic Acid Intensive Cream

6Curel Intensive Moisture Cream

Sesuai untuk kulit kering atau sangat kering.

Formula intensifnya memberikan kelegaan segera dan melindungi kulit dari kekeringan selama lebih dari 24 jam.

CurelĀ® Ultra HealingĀ® Lotion, dengan Advanced Ceramide Complex, mengembalikan tahap ceramide kulit untuk membantu mengekalkan kelembapan dan mencegah gejala kulit kering dan ketat daripada kembali.

Lihat pilihan: Curel Intensive Moisture Cream

7Mustela Stelatopia Emollient Face Cream

Berfungsi untuk melembapkan dan menenangkan sensasi ketidakselesaan kulit gatal

Terbukti dapat mengurangkan kemerahan dan kekasaran pada kulit akibat daripada kesan ekzema.

Sangat sesuai digunakan pada bayi dan kanak – kanak yang mengalami ekzema dan gatal pada kulit.

Lihat pilihan: Mustela Stelatopia Emollient Face Cream

8Olay Total Effects Whips

Pelembap muka hebat dari Olay ini memberikan khasiat tanpa meninggalkan kesan melekit pada kulit.

Ia serta merta berubah dari krim menjadi cecair semasa bersentuhan dengan kulit untuk penyerapan yang cepat.

Anda pasti terpesona melihat kulit anda yang licin dan cantik bersinar.

Lihat pilihan: Olay Total Effects Whips

9Clinique Moisture Surge

Inginkan pelembap yang mampu meningkatkan tahap kelembapan dan keseimbangan kulit?

Bukan setakat menghilangkan garis-garis kering yang halus, ia juga bersifat menenangkan kulit dengan segera agar kulit kelihatan lebih lembut, licin dan terasa lebih selesa.

Cubalah Clinique Moisture Surge sekarang!

Lihat pilihan: Clinique Moisture Surge

10Laneige Water Bank Moisture Cream

Bahan pelembap utama dalam gel ringan ini dikestrak daripada sumber sayur- sayuran hijau yang pastinya akan meningkatkan kelembapan dalam kulit menjadikan kulit kekal lembap sepanjang hari melalui Water Bank Cream ini.

Lihat pilihan: Laneige Water Bank Moisture Cream

Selamat mencuba!

Leave a Reply